Thursday, May 31, 2012

Wanita cenderung alami jangkitan saluran urinari




Saluran urinary atau saluran kencing adalah sistem yang menghasilkan air kecing dan mengeluarkannya daripada tubuh. Ia termasuklan pundi, buah pinggang, dan saluran yang menghubungkannya.


Namun apabila kuman masuk ke dalam sistem ini, ia boleh menyebabkan jangkitan. Terdapat pelbagai nama berbeza bergantung kepada bahagian saluran urinary jangkitan itu berlaku.

Pundi
Jangkitan pada pundi juga dikenali sebagai cystitis atau jangkitan pundi.

Buah pinggang
Jangkitan pada satu atau kedua-dua buah pinggang dikenali sebagai pyelonephritis atau jangkitan buah pinggang.

Ureter
Saluran yang membawa air kencing daripada setiapp buah pinggang kepada pundi adalah kawasan yang jarang mendapat jangkitan.

Urethra
Jangkitan pada saluran yang mengosongkan air kencing daripada pundi keluar dikenali sebagai urethritis. Kebanyakan jangkitan saluran urinary adalah jangkitan pundi. Ia biasanya tidak serius jika ia dirawat secepat mungkin. Jika anda tidak mengambil berat tentang jangkitan ini, ia boleh merebak ke buah pinggang. Jangkitan buah pinggang adalah serius dan boleh menyebabkan kerosakan kekal.


Penyebab jangkitan
Biasanya, kuman akan memasuki sistem melalui urethra, saluran yang membawa air kencing daripada pundi ke luar tubuh. Ia menyebabkan jangkitan ini hidup di luar usus dan ditemui dalam najis. Jika kuman ini dapat masuk ke dalam urethra, ia boleh bergerak sehingga ke dalam pundi dan buah pinggang dan menyebabkan jangkitan.

Wanita cenderung untuk mengalami jangkitan pundi dibandingkan dengan lelaki. Keadaan ini mungkin disebabkan wanita memiliki urethra pendek. Oleh itu kuman lebih mudah untuk memasuki pundi. Melakukan hubungan seksual boleh memudahkan kuman untuk memasuki urethra.

Jangkitan juga boleh terjadi jika tidak minum air secukupnya, sekiranya anda menghidap diabetis, atau hamil. Peluang untuk mendapat jangkitan pundi adalah tinggi jika anda memiliki sebarang masalah untuk menghalang aliran air kencing daripada pundi.


Golongan berisiko
Air kencing terjadi daripada ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethra stricture). Tidak kurang juga yang selali menahan kencing dan yang kurang minum air.


Gejala-gejala

  • Rasa sakit atau panas terbakar apabila kencing.
  • Rasa untuk kencing dengan kerap, tetapi air kencing tidak mahu keluar.
  • Perut rasa sakit apabila disentuh atau berat.
  • Kencing berbau busuk atau pekat.
  • Sakit pada salah satu bahagian belakang di bawah rusuk. Di sini terletaknya buah pinggang anda.
  • Demam dan rasa sejuk.
  • Loya dan muntah-muntah.




Rawatan

Biasanya antibiotic yang diberikan oleh doktor mampu menyembuhkan jangkitan pundi. Adalah amat membantu jika anda meminum banyak air dan cecair lain agar dapat kerap kencing sekali gus mengosongkan pundi.

Jika doktor member antibiotic, ambil seperti yang disarankan. Jangan berhenti mengambilnya hanya kerana anda sudah rasa baik. Anda perlu menghabiskannya agar tidak mengalami jangkitan berulang.



Pencegahan

  1. Minum air dengan banyak setiap hari.
  2. Kerap kencing. Jangan cuba untuk menahannya.
  3. Jika anda seorang wanita, kencinglaj selepas melakukan hubungan seksual.
  4. Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda.
  5. Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda kencing.
  6. Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa datang haid.
  7. Jangan gunakan seluar dalam jenis nilon.
  8. Jangan gunakan semburan kebersihan wanita atau ‘douche’ kerana produk ini boleh merengsakan urethra.