Mufin Kesan Penyakit Diabetis
Selain
memiliki rasa yang lazat, mufin dikenal pasti dapat mengesan diabetis tipe 2.
Penelitian terbaru oleh Dr.Michael Traub dari Albert Einstein College of
Medicine, Amerika Syarikat, menunjukkan gangguan toleransi glukosa.
Menggunakan
73 wanita berusia 40 hingga 50 tahun sebagai sampel kajian, wanita-wanita itu
dikehendaki berpuasa semalaman sebelum dijamu dengan sebiji mufin berperisa
jagung, beri biru dan cip coklat sebagai pengganti larutan glukosa yang biasa
digunakan.
Hasilnya,
lebih separuh daripada wanita-wanita tersebut dikesan mengalami gangguan
toleransi glukosa. Jumlah gula dalam darah juga dapat diketahui dengan tepat
sama seperti ujian toleransi glukosa oral yang dilakukan ke atas pesakit
diabetis selama ini.
Kaedah
mengesan diabetis menerusi muffin bukan sahaja jauh lebih murah berbanding
larutan glukosa yang biasa digunakan tetapi ia juga cukup efektif dan tidak
mendatangkan kesan negative kepada pesakit.