Awasi Kuantiti Vitamin B12
Bagi anda
yang ‘vegetarian’ tahukah anda bahawa kekurangan vitamin B12 dalam darah mampu
menyebabkan anak yang bakal anda lahirkan akan mengalami gejala spina bifida
(kerosakan gen). Fakta ini telah dibuktikan menerusi kajian yang dilaporkan
didalam American Journal of Obstetrics and Gynecology. Vitamin B12 terkandung
di dalam daging, telur dan produk tenusu.
Kurangkan Pengambilan Daging Merah
Daging merah
memang tinggi protein tetapi ada alasan yang lebih baik untuk mengurangkan
kuantiti pengambilannya khususnya untuk wanita. Ini kerana jika anda mengambil
lebih daripada tujuh hidangan daging merah dalam seminggu, risiko mendapat
penyakit endometriosis dua kali ganda dari biasa. Laporan yang diterbitkan di
dalam Jurnal Human Reproduction ini juga menyarankan agar golongan wanita
mengambil lebih banyak buahan segar iaitu sekitar 7 hingga 13 hidangan sehari.
Ia akan membantu anda mengurangkan separuh risiko menghidapi endometriosis.
Pelbagai Manfaat Serai
Pokok ini lazimnya
ditanam untuk kegunaan masakan. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan
aroma masakan. Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada
dahi mampu meredakan sakit dan
ketegangan kepala. Malah bias-bisa badan atau sengal sendi- sendi mampu diubati
melalui cara itu. Air perahan serai berkesan mengelak gigitan nyamuk apabila
disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air
rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung.
Beri Otak Anda Makanan
Otak juga
perlukan khasiat makanan sama seperti tubuh. Menurut kajian yang dilakukan di
Hospital Brigham & Wanita, Boston, amalan makan sayur-sayuran bukan sahaja
baik untuk mencegah penyakit malahan turut membantu meningkatkan kecerdasan dan
keupayaan otak. Golongan wanita yang mengambil sekurang-kurangnya lapan sajian
sayuran berdaun hijau dan lima jenis sayuran lain seperti brokoli dan kubis
setiap minggu akan mempunyai daya memori dan keupayaan berfikir jauh lebih baik
dari mereka yang tidak makan sayur-sayuran.
Pasta Tanpa Kolesterol
Pasta mampu
menjadi sajian sihat ketika berdiet jika anda hidangkan dengan sos tomato
sahaja. Ini kerana tomato tidak mengandungi sebarang kandungan kolesterol
begitu juga pasta. Bagaimanapun jika sos pasta anda ditambah dengan sedikit
daging cincang, ia mungkin menambahkan kolesterol dalam masakan pasta anda.
Namun, jangan bimbang kerana jika anda menambah hanya satu cawan daging cincang
ke dalam kuah pasta anda, ia hanya menambah 2 miligram kolesterol bagi setiap
hidangan. Pertubuhan kesihatan Jantung Amerika mencadangkan pengambilan
kolesterol tidak mencadangkan pengambilan kolesterol tidak boleh melebihi 300
miligram sehari.
Khasiat Lada Benggala
Warnanya
ceria lagi menyemarakan rasa, begitu juga dengan khasiatnya. Lada benggala kaya
dengan kandungan vitamin C. Ia membantu mempertingkatkan keupayaan imunisasi
tubuh di samping mempertingkatkan kadar metabolisme. Biasanya lada benggala
digunakan sebagai bahan sampingan di dalam sayur campur, sup, sos pasta dan sos
salsa.