Buah-buahan adalah sumber makanan yang baik untuk amalan
gaya hidup sihat. Namun adalah lebih elok jika nutrisi dalam buah ini diketahui
agar anda dapat memanfaatkannya secara maksimum. Perhatikan khasiat yang ada
dalam buah-buahan berikut :-
Tembikai
Buah yang tinggi dengan
kandungan air ini memiliki kandungan gula yang sangat tinggi. Buah tembikai
atau Citrullus lanatus merupakan buah dari tanaman yang menjalar yang memiliki
indeks glikemik sebesar 65.
Melon
Buah melon
sama seperti buah tembikai, melon atau Cucumis melo ini juga memiliki indeks
glikemik yang tinggi. Sebaiknya, ambil buah ini dalam jumlah yang sederhana
bagi menghindarkan risiko diabetis.
Nanas
Meski pun
nanas ( Ananas comosus) memiliki kandungan gula yang sangat tinggi, namun buah
ini juga mengandungi nutrisi penting lain seperti bromelain, iaitu sejenis
enzim yang terbukti mengurangi peradangan dan pembengkakan. Jadi, sesekali
makanlah buah ini.
Mangga
Selain
memiliki kandungan gula yang banyak ketika buah masak ranum, mangga atau
mangifera indicha juga mengandungi asam. Asam merupakan pemicu yang berkesan
terhadap kerosakan gigi. Mangga muda terbukti mengandungi kandungan asam
seperti yang terdapat pada buah limau.