Thursday, May 17, 2012

Sihat Dengan Limau Kasturi




Khasiat Limau Kasturi


Limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa. Untuk pengetahuan anda semua perahan jus limau kasturi ini memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaan buah limau kasturi ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Limau kasturi ini mempunyai banyak khasiatnya yang mungkin anda tidak ketahui.



Limau kasturi ini bukan hanya jus limaunya sahaja, tetapi kulitnya juga mempunyai banyak khasiatnya, malah kulitnya juga boleh digunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak, dan juga pening kepala, dan ianya juga dikatakan mampu mengatasi masalah badan berbau dengan mengunakan buah limau kasturi ini.










Berikut adalah khasiat limau kasturi :-


1.    Mampu mengurangkan lelah.
- Ambil sesudu madu asli, kemudian campurkan dengan 5 titk jus limau kasturi, Dan minum air campuran madu dengan limau kasturi itu.

Anda boleh minum limau kasturi pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami lelah. Anda juga boleh mengamalkan minum meminuman jus limau kasturi ini seminggu sekali.

2.    Merawat sakit kepala.
-       Ambil sebiji limau kasturi, potong di bahagian atasnya.
-       Kemudian, picit kulit limau sehingga cecairnya keluar. Pastikan ianya menghala ke arah hidung semasa cecair itu terpancut keluar.
-       Anda juga boleh memakan kulit buah limau kasturi itu secara mentah.

3.    Mampu mengatasi masalah bau badan.
-       Dengan mengamalkan memakan buah limau kasturi secara mentah.

4.    Menyembuhkan sakit tekak.
-       Biasanya ianya digunakan untuk merawat sakit tekak akibat lendir dan kahak.
-       Bagi orang dewasa, campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam, kemudian kacau campuran itu sehingga rata dan diminum.
-       Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi itu dengan sedikit madu asli. Tujuan untuk menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakan kanak-kanak dari mengalami kepanasan.

5.    Menghilangkan kesan minyak pada pakaian.
-       Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.
-       Campurkan perahan limau kasturi itu tadi dengan sedikit garam.
-       Kemudian gosokkan campuran itu pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
-       Lepas anda gosok biarkan ia selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak itu akan hilang.
-       Akhir sekali barulah anda cuci pakaian tadi bersama dengan pakaian yang lain seperti biasa.