Monday, May 21, 2012

Menu Sihat Dengan Buah Mengkudu



Khasiat Buah Mengkudu


Buah mengkudu atau nama saintifiknya Morinda tinctoria ; Morinda citrifolia. Buah mengkudu ini dikenali dengan pelbagai nama mengikut Negara. Contohnya seperti “Noni” (Hawaii, Polynesia); “Nono” (Tahiti); “Lada” (Guam); “Indian Mulberry” (India); “Painkiller tree” (kepulauan Caribbean); “Nhau” (Sebahagian di Asia Tenggara); “Cheesefruit” (Australia); “Bumbo” (Afrika); dan “Kura” (Fiji). Buah mengkudu bukan sahaja boleh di makan segar tetapi ianya juga boleh dijadikan sebagai jus.


Buah mengkudu juga dipercayai mengandungi bahan “xeronine”. Menurut Dr. Ralph M.Heninicke, seorang Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan satu perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau juga menemui kompoun alkaloid “proxeronine” didalam buah mengkudu secara tidak senggaja ketika beliau mengkaji enzyme “bromelian” dalam buah nenas. Beliau mendapati kandungan “proxeronine” dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat didalam buah nenas.
Beliau juga mengesahkan bahawa buah mengkudu amat bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia. Kerana buah mengkudu mengandungi zat pencetus “xeronine”  yang dipanggil sebagai “proxeronine” disamping itu terdapat enzim yang membantu “proxeronine” yang membentuk “xeronine”.








Kepentingan xeronine :

§  Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
§  Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
§  Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
§  Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
§  Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.




Buah mengkudu juga dipercayai amat baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Ianya juga baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi, serta mampu membuang angin dan juga cacing dalam perut dan sebagainya.


§  Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
§  Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.
§  Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
§  Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
§  Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
§  Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
§  Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
§  Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
§  Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda.