Tuesday, May 22, 2012

Tumbuhan Herba Bantu Tampil Cantik & Sihat




Tumbuh-tumbuhan herba sememangnya penting dalam perubatan Melayu. Justeru, tidak hairanlah ia terbukti dalam menyembuhkan dalam berbagai jenis penyakit. Namun yang paling penting, khasiatnya juga mampu member kesan kepada kecantikan. Untuk jimat, kamu boleh tanam sendiri di halaman rumah. Selain daripada jimat, ia juga member kesedaran untuk kamu menghargai sumber alam semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya.



Belimbing tanah
Tumbuhan ini popular di kawasan Pantai Timur. Ia biasanya tumbuh liar di kawasan lembap hutan, tanah pamah dan juga lereng bukit. Khasiatnya tentulah pada ait rebusan akarnya yang digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir, dan juga sebagai air mandian  bagi membuang angin dalam badan. Manakala pelepah daunnya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.


Cekur
Kebiasaanya tumbuhan cekur ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembap dengan sedikit teduhan. Banyak kelebihan, antaranya digunakan sebagai tonik untuk senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau  dibuat kerabu.

Petua hilangkan jerawat :
1.Sediakan daun cekur  kira-kira sebesar ibu jari.
2.Kemudian giling sehingga lumat.
3.Setelah itu campurkan dengan bedak sejuk.
4.Sapukan campuran tadi ke muka dan biarkan 15 hingga 20 minit sebelum di bilas dengan air suam



Cucur atap
Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Tumbuhan ini didapati hidup secara liar di kawasan tanah tinggi dan juga tumbuh subur di tanah mineral. Lazimnya tumbuhan ini digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selesema, sakit kepala, demam campak, uluran, dan juga juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar.



Emas cotek
Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam. Air rebusan keseluruhan herba ini diminum oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid.Tumbuhan ini juga dipercayai boleh mengekalkan awet muda. Selain itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah, dan rawatan sakit kulit.


Halia
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Selain itu, khasiatnya juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migraine, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.


Kunyit
Dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit kuga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, membersihkan dan menghalang pembekuaan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, terseliuh anggota badan dan kudis.



Kesum
Secara tradisionalnya, air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman dan menghilangkan kelemumur di kepala. Daripada segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan bĂȘte karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium, dan fosforus.


Limau purut
Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci mulut dan rambut. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam, dan gigitan seranggan berbisa serta merangsang perjalanan darah.

Petua putihkan bawah lengan :
1.Gaulkan semangkuk hampas kelapa dengan air perahan limau purut.
2.Kemudian gosokkan pada bahagian bawah lengan ketika mandi.
3.Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.
4.Amalkan setiap hari dan pasti ada perubahannya.



Mengkudu
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan , pernafasan, penghadaman, dan buah pingggang.



Pegaga
Pegaga mengandungi bahan aktif seoerti triterpenoid glikosida, flavenoids, volatile oils, pectin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik, dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular untuk dijadikan ulam, minuman penyejuk badan, dan tonik kecerdasan minda.



Rosel
Kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping member kesan awet muda. Selain itu, kelopaknya juga boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan pewarna makanan.