Tubuh yang kurus dan langsing tidak bermakna anda tidak
mempunyai lemak. Kadangkala orang kurus mempunyai lemak yang tinggi daripada
orang yang lebih berat dan berisi. Bagi yang mempunyai tubuh yang agak berisi
juga perlu lebih berhati-hati kerana kemungkinan tubuh anda juga mengumpul
lemak berlebihan.
Justeru,
adalah lebih baik anda sentiasa membuat ujian kesihatan yang mudah tidak kira
tubuh langsing mahupun sebaliknya. Ini bagi memastikan anda dapat mengekalkan
berat badan ideal pada tahap yang normal, sekali gus dapat mengetahui Indeks
Jisim Tubuh (IJT), tekanan darah, kadar gula dalam darah dan paling penting
mengenal pasti kadar kolesterol dalam tubuh anda.
Ujian
sebegini dapat membantu anda mengambil langkah yang sesuai bagi memelihara
kesihatan pada tahap yang terbaik. Namun, jangan lupa untuk menjalankan rutin
pemeriksaan lain sebagai langkah awal mencengah penyakit.
Amalan
pemakanan yang tinggi kandungan lemak tepu boleh menyebabkan pengumpulan
kolesterol berlebihan di saluran darah. Akibatnya saluran darah menjadi semakin
sempit, seterusnya menyekat perjalanan darah yang lebih lancer ke seluruh
badan. Inilah yang menyebabkan serangan jantung terhadap pesakit.
Tip
kurangkan kadar kolesterol
Bagi
mengurangkan kolesterol di dalam tubuh, anda perlu mula mengamalkan diet yang
sihat. Diet yang sihat ini merangkumi makan makanan yang rendah lemak dan,
tinggi serat terutamanya dari sumber buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran
penuh. Selain itu, ambil protein daripada pelbagai sumber seperti daging, ikan,
kekacang, serta produk tenusu rendah lemak.
Pastikan
tidak mengambil protein daripada sumber lemak daging. Paling penting, kurangkan
penggunaan minyak yang mengandungi lemak tepu di dalam masakan, sebalinya
gantikan dengan minyak yang mempunyai lemak tidak tepu.
Serat beta
glucan boleh didapati dari sumber oat, barli, bijiran rai. Bahan makanan ini
terbukti dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh sebagai
sebahagian daripada diet rendah lemak dengan tinggi serat.
Namun
kebanyakan orang tidak gemar untuk makan oat seperti bubur disebabkan oleh
kelikatan dan kepekatannya. Akan tetapi dengan mengisar oat dan dijadikan bahan
makanan tambahan di dalam jus dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Menyediakan
jus buah-buahan bersama oat membuatkan rasanya lebih enak dan ia boleh dijadikan
sebagai alternative untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh. Antara lain, anda juga boleh mencuba hidangan
jus dengan kombinasi buah-buahan seperti buah avocado, buah nanas dan sedikit
campuran susu krim.
Bagi
menambahkan pengambilan serat beta glutan, anda boleh menambahkan oat atau bran
oat di dalam jus anda. Bukan sahaja enak, tetapi juga kaya dengan khasiat serta
dapat mengekalkan kadar kolesterol pada tahap yang normal.