Tuesday, May 8, 2012

Menu Sihat Dengan Buah Manggis


Khasiat Dan Manfaat Buah Manggis


Buah manggis atau nama saintifiknya Garcinia Mangostana. Tumbuhan ini merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok buah manggis ini merupakan tumbuhan saka yang mempunyai ketinggian daripada 7 hingga 25 meter. Pokok buah manggis ini juga menghasilkan buah yang berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ Queen of Fruit” atau “ Ratu segala Buah” dalam bahasa melayunya.
Buah manggis adalah antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan ianya tergolong dalam tumbuhan tropika. Buah manggis juga dikatakan sejenis tumbuhan yang sensitive dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, manakala biji benihnya pula akan mati juka berada pada suhu 45F.


Biji benih manggis dipercayai mempunyai jangka hayat yang sangat pendek, dan ia perlu ditanam dengan segera kerana ia hanya mampu bertahan antara 1 hingga 5 hari, selepas ianya dikeluarkan daripada buahnya. Manakala percambahan pula memakan masa antara 2-3 minggu. Anak pokok akan menghasilkan akar tunjang yang panjang, dan ianya penting bagu daya hidup pokok, oleh itu permindahan anak pokok perlu diilakukan dengan berhati-hati agar tidak akan merosakkan akar tunjang muda tersebut. Selepas ditanam, pokok manggis tersebut akan berbuah dalam jangka masa 6 hingga 12 tahun. Buah manggis biasanya dimakan segar kerana ianya mempunyai rasa yang sangat lazat.
Buah manggis mempunyai kulit yang tebal dan ianya tidak boleh dimakan. Manakala isinya pula berwarna putih dan mempunyai rasa yang sangat manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar dihilangkan apabila terkena pada pakaian.


Kandungan kulit manggis

Kulit manggis mempunyai Tanim, Resin, dan juga Crystallizable Mangostine ( C20H22O5, ia membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C ( 374° F), ia juga mudah larut dalam alcohol atau ether, ia tidak larut dalam air. Sulingan asal lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutan dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis juga dikatakan mengandungi asid malic yang menjadikan isi buah manggis berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N.Reitler di makmal wittstein ( vierteljahresschr.f.prakt. Pharm. Vol.Vll.p 170), dan ini juga didapati memgandungi 88 peratus resin, ia larut dalam alcohol atau ether. Penggunaan ammonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia Purpurea, terdapat kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari Tristearin dan Oleic Glycerides dan juga Asid Myristic ( Jahresb.der Pharm. 1896. P.71).



Khasiat Kulit Manggis

1.    Memberi tenaga.
2.    Prevents inflammation (anti radang).
3.    Mencegah sakit urat saraf.
4.    Mencegah kemurungan.
5.    Mencegah ulcer ( perut, mulut, dan usus).
6.    Mencegah Kegelisahan, panik, cemas ( anti-anxiety effect).
7.    Mencegah kanser.
8.    Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
9.    Anti penuaan (awet muda).
10.  Membantu buang toksid dalam badan.
11.  Membantu bunuh kuman.
12.  Mencegah kulat.
13.  Membantu mencantikan kulit.
14.  Mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
15.  Membantu masalah jantung.
16.  Memgurangkan tekanan darah tinggi.
17.  Mengurangkan paras gula dalam darah.
18.  Membantu menurunkan berat badan.
19.  Mencegah batu karang.
20.  Membantu mengimbangi Seluruh badan.