Mengapa Rasulullah
melarang minum sambil berdiri?
Assalamualaikum.
|
بسم الله الرحمن الرحيم
|
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
|
Islam adalah sebuah agama yang
lengkap memberi panduan dan adab, yang meliputi semua tatacara kehidupan
manusia. Adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan
begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.
|
Anda pernah minum berdiri?
Minum berdiri ini agak biasa dalam masyarakat kita hari ini.
|
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus
menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi
pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa
yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu
penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas
perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat
tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia
melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami
bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”
Pada masa duduk, apa yang diminum atau
dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan
lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan
dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia
pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat
saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada
tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada
masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang,
sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum
dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara
terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka
pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada
tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa
berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya
makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang
sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa
selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah
Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk
bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat
Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk
seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).

Dari Sudut Sains
Di antara sebab larangan minum
berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan
duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana
makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.
|
Minum berdiri menyebabkan cecair akan
jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau
perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan
perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk
dihadam. Begitu juga dengan makanan.
|
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi,
apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama
sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam
keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses
pengimbangan dan berdiri tegak.
|
Ia adalah proses gabungan diantara
sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak
mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah
syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud
ketika seseorang itu duduk.
|
Apabila duduk maka sistem saraf dan
sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman
akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini
akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.
|
Namun
demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk
seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum
berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah
minum air zam-zam berdiri.
|
Hukum Minum
Berdiri – Makruh atau Haram?
Mungkin tajuknya kecil dan
tidak begitu penting bagi sebahagian pembaca. Tetapi secara peribadi, inilah
tajuk yang sering ditanya kepada para ustaz dan ustazah juga pendakwah oleh
mereka yang ingin tahu dan ingin belajar. Apakah dengan menganggapnya remeh dan
kecil maka kita tidak perlu membantu mereka yang ingin tahu?
Saya cuba menulis seringkas mungkin - Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa yang terbaik dan mengikut sunnah ialah minum dalam keadaan 'duduk'. Manakala minum berdiri pula dikatakan 'tidak mengikut sunnah' atau 'makruh' malah ada yang menyatakan 'berdosa' walaupun terkadang diri orang itu tidak berani mengatakan 'haram'. Pandangan kedua pula menyatakan 'tidak makruh' dan 'harus'.Maka apa sebenarnya kedudukan 'minum dalam keadaan berdiri'?
1- Sememangnya terdapat hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang menyokong kedua-dua pendapat iaitu : ada hadith yang melarang minum dalam keadaan berdiri, dan ada hadith yang menunjukkan ia dibenarkan.
2- Di antara hadith yang melarang ialah seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain iaitu:
لاَ يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ قَائِمًا فَمَنْ نَسِىَ فَلْيَسْتَقِئْ
Maksudnya:
Jangan sesekali ada di kalangan kamu minum sambil berdiri. Sesiapa yang lupa maka hendaklah dia memuntahkannya kembali.
[Riwayat Muslim - no.5398]
3- Di antara hadith yang membenarkan pula ialah seperti hadith yang berikut yang diungkapkan daripada riwayat Ali Bin Abi Tolib yang mana beliau ketika itu minum sambil berdiri di hadapan sebahagian orang-orang Islam lalu dia berkata :
إِنَّ نَاسًا يَكْرَهُ أَحَدُهُمْ أَنْ يَشْرَبَ وَهْوَ قَائِمٌ ،
وَإِنِّى رَأَيْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فَعَلَ كَمَا رَأَيْتُمُونِى فَعَلْتُ
Maksudnya:
Sesungguhnya ada orang yang mana di antara mereka tidak suka minum sambil berdiri. Sesungguhnya aku telah melihat Nabi s.a.w. melakukan sebagaimana kamu semua melihat aku lakukan (Ali sedang minum sambil berdiri)
[Riwayat al-Bukhari - no.5615]
4- Terdapat lagi hadith-hadith yang lain yang seumpama di atas tapi cukup untuk diringkaskan di sini bahawa terdapat dua bentuk hadith yang berbeza atau kelihatan seolah-olah bertentangan dalam hal keadaan minum sambil berdiri - sama ada dibolehkan atau tidak.
5- Suka saya mengajak pembaca melihat bersama buku Jami' at-Tirmidzi yang mana kita dapati at-Tirmidzi telah membawa hadith-hadith yang berkaitan minum sambil berdiri dan disusun dengan baik. Pertama beliau membawa hadith-hadith berkaitan larangan di bawah satu bab yang dinamakan : 'Bab berkaitan hadith yang membawa larangan minum berdiri' dan di dalamnya ada 3 hadith atau 3 riwayat. Kemudian selepas bab itu, beliau membawa pula hadith-hadith yang membenarkan di bawah bab : 'Bab berkaitan hadith yang membawa kelonggaran/kebenaran minum berdiri' dan di dalamnya ada 2 riwayat.
Inilah di antara cara para ulama sejak dulu hingga kini (bukan hanya at-Tirmidzi malah semua ulama terkemuka) membawa hadith-hadith yang nampak 'seolah-olah' bertentangan lalu dikumpulkan dan dianalisis untuk difahami sebenar-benarnya hukum yang berkaitan.
5- Maka adakah minum berdiri makruh atau dilarang dengan maksud berdosa sesiapa yang melakukannya? Di sini sini saya ingin menyebutkan satu sahaja pandangan yang saya lihat amat sesuai dalam memahami keadaan yang kita bicarakan di sini iaitu kata-kata seorang imam fiqh dan hadith terkemuka - Yahya Bin Syaraf atau lebih dikenali dengan nama Imam an-Nawawi:
Menurut an-Nawawi (penyusun buku Hadith 40 dan Riyadhussolihin, seorang tokoh terkemuka dalam fiqh dan hadith (wafat pada 676H): Beliau berpandangan bahawa dibolehkan minum berdiri dan minum duduk itu lebih baik dan lebih sempurna. (Rujuk: Riyadhussolihin, bab no.114)
Beliau membuat kesimpulan itu dengan menyenaraikan enam hadith yang di antaranya ada yang melarang dan ada yang membenarkan. Maka itulah kesimpulan beliau dan itulah juga kesimpulan yang dibuat oleh ulama sebelum beliau termasuk at-Tirmidzi yang disebutkan di atas tadi.
6- Walaupun ada yang menyatakan 'makruh' dengan pelbagai alasan, namun tujuan saya menulis ini ialah sekurang-kurangnya untuk memberikan satu lagi pandangan yang pernah diungkapkan oleh ilmuan Islam yang terdahulu.