Tuesday, May 22, 2012

Hidup lebih muda dengan antioksidan!!






Sering kali kita mendengar atau melihat label perkataan antioksidan. Adakah anda semua tahu apa itu antioksidan? Apa fungsinya dan sejauh mana ia member kesan kepada tubuh badan kita??



Merujuk kepada sumber, antioksidan merupakan sekumpulan bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga terdapat pada kebanyakan makanan terutama buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, tomato, brokoli, kentang, dan sayur-sayuran hijau adalah antara sumber yang kaya dengan antioksidan sama pentingnya dengan vitamin dan mineral. Beta karotin, vitamin A, C, E, koenzim Q10 ,asid lipoik, dan selenium adalah merupakan antara contoh antioksidan.

Penghadang radikal bebas
Bahan pencemaran seperti asap kenderaan dan rokok, pendedahan kepada radiasi cahaya matahari, tekanan hidup dan diet yang tinggi boleh meningkatkan radikal bebas dalam tubuh kita. Walaupun radikal bebas mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu kurang daripada sesaat, tetapi ia boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki.
Tahukah anda semua bahawa tubuh anda diserangi oleh hamper sepuluh juta radikal bebas setiap hari? Jadi, anda kena menyingkirkannya. Mujurlah kita mempunyai sistem pertahanan untuk menangani masalah yang diakibatkan oleh radikal bebas. Secara semula jadi, tubuh kita menghasilkan antioksidan dalam bentuk enzim yang meneutralkan radikal bebas. Pun begitu kebolehan tubuh untuk membentuk antioksidan akan berkurangan apabila usia semakin lanjut.

Kuasa tumbuhan
Antioksidan terdapat secara semulajadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, herba, kekacang, biji-bijian, bunga, kulit kayu, dan juga akar. Kita sudah biasa dengan vitamin dan mineral. Tumbuhan sememangnya mengandungi banyak vitamin berfungsi sebagai antioksidan misalnya vitamin C, beta karotena dan vitamin E. Mineral yang bertindak sebagai antioksidan merangkumi selenium, zink, dan kromium. Tetapi, ramai di antara kita tidak sedar bahawa tumbuhan mengandungi banyak nutrient lain yang dikenali sebagai fitonutrien yang sebahagian besarnya bertindak sebagai  antioksidan.

Kepentingan antioksidan
Beta karotin merupakan molekul yang berubah menjadi vitamin A apabila diproses dalam badan dan ia juga adalah antioksidan yang bermanfaat untuk pengelihatan dan menangani kanser pada sel. Vitamin A dan E, adalah larut lemak dan penting untuk mata dan kulit sihat. Tanda- tanda seperti rabun malam, kulit kering, dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan. Vitamin E penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin E akan mengakibatkan anemia, iaitu penyakit pemusnahan sel darah merah yang banyak. Vitamin C, vitamin larut air yang berupaya meningkatkan sistem pertahanan badan. Vitamin C adalah antara vitamin yang diperlukan untuk perkembangan sel badan dan membantu penyerapan zat besi dalam badan. Kulit yang mudah lebam, gusi yang sering berdarah, luka yang lambat sembuh, dan mudah terkena jangkitan adalah antara tanda kekurangan vitamin C dalam badan.



Vitamin A dan E adalah lemak dan penting untuk kulit dan mata yang sihat. Tanda- tanda seperti rabun malam, kulit kering, dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan. Vitamin E penting dalam pembentukan sel darah merah.


Lambatkan proses penuaan
Oleh kerana tubuh kita sering melakukan proses metabolisme, maka timbul radikal bebas dalam tubuh dan akhirnya merosakkan sel-sel yang ada. Contohnya kesan radikal bebas akan merosakkan lemak pada membrane sel. Akibatnya, kulit akan kehilangan elastik dan berkedut. Di sinilah fungsinya antioksidan yang mana ia mampu mencegah penuaan ini.

Fungsi + sumber
Jangan salah sangka, antioksidan bukan zat tunggal, ia perlu bekerjasama dengan vitamin seperti karotinoid (sumber vitamin A), E, C dan mineral seperti magnesium dan selenium. Nutrisi ini penting untuk membantu memperbaiki sel-sel tubuh. Zat antioksidan ini boleh kita peroleh daripada makanan sehari-hari. Vitamin A banyak terdapat dalam sayuran berwarna terang seperti tomato, ubi keledek, cili merah. Selain itu, hati ayam atau kambing mengandungi vitamin A yang cukup tinggi. Semestinya kalau vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan. Buah yang paling tinggi sumber vitamin C ialah jambu. Selain itu, vitamin C juga terdapat pada sayur-sayuran dan buah berwarna kuning atau hijau seperti lada benggala hijau, kiwi, pisang, sawi, betik dan sebagainya. Kekacang almond, kacang tanah, biji bunga matahari banyak mengandungi vitamin E. Begitu juga dengan minyak jagung dan ubi. Manakala selenium banyak terdapat dalam beras merah, ikan tuna, salmon dan daging ayam tanpa kulit.