Main Hula Hoop bakar kalori
Sebaiknya gunakan kasut olahraga agar kaki dapat menampung
berat badan dengan baik. Jangan lupa iringi aktivti hula hoop anda dengan muzik
ceria agar anda bersemangat dan seronok untuk melakukannya...
Ramai wanita
yang memandang permainan hula hoop agak memalukan. Namun, di sebalik permainan
yang memerlukan kekuatan pingggang dan pinggul ini ( seperti bergelek)
sebenarnya amat efektif untuk membakar kalori di dalam tubuh. Hula hoop ini
ternyata bukan sekadar memiliki fungsi sebagau hiburan, tetapi juga untuk
kesihatan tubuh badan.
Jika membakar
kalori dengan olahraga rutin sahaja kerap sekali membuat ramai orang
menggeleng, apatah lagi jika perlu
memasukan olahraga berat di dalam adegan harian mereka. Rasanya, tentu sukar
sekali untuk diteruskan.
Seharusnya,
olahraga bukanlah dilakukan dengan aktiviti yang berat. Olahraga yang baik
sebenarnya dilakukan secara rutin dalam keadaan yang menyenangkan sehingga anda
tidak mudah bosan untuk menjalaninya, apatah lagi untuk meninggalkannya.
Lingkaran
bulatan yang biasa diperbuat daripada rotan
atau plastik ini amat berkesan untuk membakar 600 kalori melalui permainan hula
hoop. Pilih diameter yang sesuai dengan tubuh anda, sehingga membuat anda mudah
untuk bergerak atur pernafasan dengan baik, tarik dan hembuskan secara teratur.
Jika anda sudah makan, sebaiknya lakukan permainan ini sejam selepas anda
makan.
Gunakan
pakaian senam yang boleh menyerap peluh. Sebaiknya gunakan kasur olahraga agar
kaki dapar menampung berat badan dengan baik. Jangan lupa iringo aktiviti hula
hoop anda dengan muzik ceria agar anda bersemangat dan berasa seronok untuk
melakukannya.
Tip
Hula Hoop
- Jangan gunakan hula hoop jenis
permainan.
-
Hula
hoop permainan hanya sesuai untuk kanak-kanak dan bukan untuk orang dewasa.
Saiz hula hoop yang kecil sukar untuk diputar malah semakin besar lingkaran
hula hoop, semakin pelahan putarannya. Oleh itu, jika baru bermula berman hula
hoop, tidak disarankan menggunakan hula hoop bersaiz kecil. Apakah saiz yang
sesuai? Tegakkan hula hoop di depan anda dan ukuran yang ideal ialah hula hoop
berada di antara perut dan dada.
- Putar.
-
Pegang
hula hoop dan rapatkan ke belakang tubuh anda sementara bahagian di hadapan
perut mempunyai ruang dengan hula hoop. Putar hula hoop mengelilingi pinggang
yang di tentukan oleh momentum tolakan pada tubuh. Ke mana arah gerakan putaran
hula hoop? Ini terserah pada kelesesaan anda sama ada memutar pada putaran arah jarum jam atau sebaliknya.
- Lakukan dengan gembira.
-
Hula
hoop adalah aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan oleh semua orang.
Lakukannya dengan gembira dan usah menganggap hula hoop beban kepada anda.
- Putaran awal dan akhir.
-
Hula
hoop dapat dilakukan minimum dua jam selepas makan. Lakukan aktiviti pemanasan
sebelum dan sesudah bermain hula hoop. Malah cuba lakukan aktiviti regangan di
beberapa bahagian seperti lengan, pinggang, pinggul, bahu, punggung, dan kaki.
- Gaya.
-
Letakkan
disebelah kaki dihadapan dan badan membongkok pada paras pinggang dan mula
putarkan hula hoop. Bagi beberapa orang, cara ini lebih mudah daripada
mengerakkan pinggul. Malah anda boleh juga mencuba melebarkan kaki hingga badan
membongkok untuk memnutarkan hula hoop. Gaya ini juga efektif untuk membentuk
pinggang.
Kebaikan
Hula Hoop
v Menguatkan
otot sekitar perut dan mengecilkan pinggang.
v Memantapkan
bahagian paha dan punggung.
v Membentuk
bahagian belakang bawah tubuh.
v Memberi
kekuatan dan keseimbangan tubuh.
v Melatih
kecerdasan kinestetik iaitu kemampuan mengetahui kemampuan tubuh menggunakan
perasaan.
v Memberi
keseimbangan tubuh badan.
v Mengurangkan
tekanan.
v Meningkatkan
kemampuan semua pacaindera secara keseluruhan.