Sunday, May 27, 2012

Elak Daripada Jadi Stress!!!



Awas!! Stress Boleh Berjangkit

Eh, pernah dengar tak??

Apabila rakan sepejabat mengalami sakit mata atau selesema, anda pasti akan menjauhkan diri darinya kerana bimbang diri dijangkiti penyakit serupa. Hal yang sama sebaiknya anda lakukan saat mengetahui teman anda itu mengalami stress.

Ini kerana penelitian terbaru daripada University of Hawaii menunjukkan bahawa stress juga boleh berjangkit. Individu didapati berisiko untuk mengalami stress pasif atau second-hand stress, jika duduk bersebelahan dengan individu lain yang sedang stress. 

Ketua kajian, Profesor Elaine Hatfield, seorang Professor Psikologi dari University of Hawaii menjelaskan bahawa individu mampu meniru ekspresi, pastur tubuh, suara dan memek wajah orang lain dalam tempoh singkat sehingga mereka mampu merasakan emosi individu-individu di sekeliling mereka.

Jelasnya lagi, sifat manusia yang mampu menyerap emosi individu di sekeliling mereka membuatkan juga mengalami stress dan mula memfokuskan fikiran pada perkara – perkara negative . lebih serius , bukan hanya sikap negative stress yang mampu diserap tetapi mereka juga cenderung untuk melakukan bahasa tubuh individu stress seperti mengerutkan wajah ketika bercakap .

Tak percaya? Boleh cuba buat penelitian sendiri dengan teman-teman anda....individu yang stress bersikap lebih dingin dan tempo mood nya agak berlainan. Sedar tak sedar, kita sendiri  pun jadi tidak selesa apabila teman sebelah dalam keadaan stress, diamkan diri dan mukanya monyok, ye tak?

Life is about making choices. Jangan terlalu risau tanpa batasan atau risau yang keterlaluan hingga menggangu diri. Kehidupan itu sendiri akan ada pelbagai isu kecil, isu besar dan pelbagai ragam masalah yang  perlu diselesaikan. Pilihlah kehidupan yang positif. Mulakan hari anda dengan bacaan al-quran kerana kalimah Allah adalah penyelamat yang pasti. 

Tips mudah...Pilihlah cara pemikiran yang positif. Senyuman akan membantu menaikkan antibodi dan menurunkan hormon stress 'cortisol'. Ukirkan senyuman, bukan sahaj bantu diri sendiri ceria tapi anda juga bantu orang sekeliling turut merasakan aura positif. Jadi..senyumlah..