Makan ikan dapat hindari risiko kanser
Beruntunglah
anda yang mempunyai kegemaran makan ikan kerana anda berkemungkinan mempunyai
risiko yang lebih rendah untuk terkena kanser usus besar, demikian menurut
sebuah analisis dari 41 penyelidikan dari seluruh dunia. Analisis yang terbit
di dalam American Journal of Medicine mengaitkan pengambilan ikan dengan
manfaat kesihatan.
Hasil kajian
yang diperolehi mendapati bahawa pengambilan ikan mempunyai hubung kait dengan
kanser kolorektal. Secara keseluruhan, makan ikan secara rutin menyebabkan
penurunan risiko 12 peratus kematian disebabkan kanser usus besar atau rectum.
Selain itu
mereka yang gemar makan ikan mungkin akan mendapat manfaat lebih kerana boleh
terhindar dari penyakit jantung dan reproduksi. Jika benar ikan biasa boleh
memberikan manfaat besar tersebut, ia mungkin berasal dari kandungan Omega-3
yang didapati pada ikan ini masih belum jelas terbukti sama ada kapsul minyak
ikan juga memiliki manfaat yang sama.