Wednesday, May 23, 2012

Makan dengan cara SIHAT




10 panaduan mengambil makanan dengan betul dapat memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas untuk menjalani aktivi seharian.



1.   Menjaga Mood ketika makan.

-       Sewaktu makan, kita harus menjaga mood supaya makanan yang dimakan dapat dinikmati dengan sebaiknya. Hindarkan perasaan marah kerana mungkin makanan yang dimakan tidak dapat dicerna dengan baik. Selain itu, air liur juga tidak dapat berfungsi dengan baik dan melambatkan tugas otot mulut dan sistem pencernaan untuk mencerna makanan.

          2.   Makanlah sebelum lapar.

-       Sebaik-baik waktu makan ialah makan sebelum lapar dan minum sebelum berasa sangat haus. Namun, harus diingatkan supaya berhenti sebelum kenyang dan kembung. Ia bukan sahaja dapat menjaga sistem pencernaan, malah jumlah yang diambil juga adalah bersesuaian dengan keperluan badan. Kesannya adalah dapat mengawal kandungan gula di dalam darah agar tetap stabil di samping dapat menstabilkan emosi serta fizikal kita. Apabila sudah terasa sangat lapar, cara paling baik ialah berehat sekitar satu jam untuk meredakannya dan barulah mula makan. Mungkin ramai yang tidak tahu, akibat terlalu lapar, gas akan terkumpul di dalam badan dan gula di dalam darah akan meningkat serta merta apabila makanan terus diambil. Begitu juga apabila terlalu haus. Berehat selama 15 minit terlebih dahalu dan kemudiannya minum secara pelahan untuk memastikan keperluan badan anda menerima air secara berperingkat.

          3.   Mengunyah dengan perlahan.

-       Ketika makan, pastikan anda mengunyah makanan dengan perlahan kerana ia membantu menghancurkan makanan dengan lebih sempurna sebelum dialirkan ke bahagian pencernaan. Pastikan juga keseluruhan gigi digunakan samada rahang kanan dan kiri, kerana dapat mengelakkan kelenjar di bahagian yang sering digunakan membengkak.

          4.   Makan dengan perlahan.

-       Makan juga seharusnya dengan perlahan termasuklan ketika mengunyah, menelan serta menambah jumlah makanan. Ketika hendak menelan, pastikan makanan telah dikunyah dengan baik dan jumlah kunyahan adalah sebanyak 36 kali sebagaimana yang disarankan oleh doctor. Sebenarnya, dengan kunyahan yang banyak, enzim yang keluar bersama air liur akan keluar dan membantu proses pencernaan. Sekiranya kita mengunyah terlalu cepat, enzim tersebut belum sempat keluar dan akibatnya sistem pencernaan menjadi tidak sihat. Makan dengan perlahan juga dapat membantu kita menikmati makanan yang dimakan dan mengetahui jumlah keperluan makanan yang diperlukan. Sekiranya makanan dimakan dengan cepat, jumlah makanan yang diambil juga akan bertambah dan mungkin juga melebihi jumlah makanan yang diperlukan.

          5.   Makan makanan yang sihat.

-       Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat walaupun ia tidak digemari kerana mungkin makanan yang disukai tidak baik untuk kesihatan. Mungkin kita hanya memilih makanan yang lembut untuk memudahkan pencernaan tetapi makanan yang keras juga diperlukan untuk pertumbuhan gigi dan gusi. Mereka yang terbiasa dengan makanan yang keras akan memiliki gigi dan gusi yang lebih kuat serta tidak mudah terkena radang gusi, gusi berdarah, dan sebagainya. Malah, makanan yang keras  atau susah digigit juga biasanya mengandungi banyak serat yang berguna bagi pencernaan.



         6.   Duduk tegak.

-       Duduk tegak ketika makan akan memudahkan makanan masuk ke dalam perut dan jumlah makanan yang diambil juga mudah diketahui. Selain itu, kedudukan perut yang tertekan saat duduk tidak tegak, akan mengganggu pencernaan makanan. Posisi terbaik adalah duduk dengan ketegakan 90 darjah dan makan menggunakan meja tinggi kerusi tinggi.

         7.   Fokus.

-       Sebaik-baik makan ialah tanpa bercakap dan tidak berjalan-jalan kerana jumlah pengambil makanan akan menjadi tidak seimbang. Selain itu, proses makan juga akan terganggu dan kunyahan juga menjadi tidak sempurna.

         8.   Berjalan selepas makan.

-       Selepas makan, anda boleh berehat selama sepuluh minit dan kemudiannya berjalan santai anggaran 200 langkah. Ia berguna untuk melancarkan proses pencernaan dan perut anda juga tidak terlalu penuh. Anda tidak perlu berlari atau berjalan cepat tetapi sudah memadai dengan berjalan biasa. Untuk kesan terbaik, anda boleh berjalan selama 20 minit tetapi elakkan berolahraga, berlari, berkuda kerana menyebabkan pencernaan terganggu. Bagaimanapun, berjalan selepas makan tidak sesuai untuk penghidap penyakit diabetis kecuali disarankan oleh doctor.

         9.   Urut.

-       Sambil berjalan-jalan sebaik-baiknya anda melakukan urutan ringan pada bahagian perut kerana dapat mengumpulkan chi (tenaga) baik ke arah perut dan seterusnya membantu proses pencernaan makanan. Caranya memang mudah iaitu dengan menggosok kedua telapak tangan anda sehingga hangat dan kemudian urut perut mengikut arah lawan jam sebanyak 36 kali lagi.

         10.   Berkumur setelah makan.

-       Berkumur memang baik untuk menjaga  kesihatan gigi, radang dan sakit gusi. Setiap kali selepas makan, sebaik-baiknya berkumur untuk membuang sisa makanan yang dimakan sekitar 3 hingga 4 kali.