Sayur-sayuran juga bukan sahaja dijadikan bahan untuk
mencantikkan kulit wajah. Apatah lagi di dalam bahan-bahanan semulajadi ini
terdapat vitamin yang baik untuk kulit seperti vitamin C dan vitamin B.
Timun
sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama
dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala isinya pula
berwarna putih kehijauan.
Selain member
kesan kesegaran pada kulit, timun juga mengandungi lemak dan mineral yang baik
untuk memutihkan kulit. Tetapi elakkan dari menggabungkan dengan buah-buahan
atau sayuran yang mengandungi vitamin C kerana ia akan meneutralkan vitamin
pada timun. Ikutii beberapa langkah yang boleh dipraktikkan untuk mendapat
wajah halus dan cerah menggunakan timun dan bahan semula jadi yang lain.
Manfaat timun :
- Mengelakkan sembelit.
- Merawat gastric.
- Mengatasi masalah arthritis.
- Mencegah gout dan reumatik.
- Membantu menurunkan berat badan.
- Merawat penyakit disentri ( keluar darah semasa buang air besar).
- Mengubati kudis.
- Menyelesaikan masalah jerawat.
- Membantu masalah radang pada sendi.
- Membantu pembersihan pada bahagian sendi.
- Membantu peredaran PH darah.
- Membantu penghadaman.
- Ambil timun bersaiz sederhana dan kisar halus. Kemudian, rendam kacang soya untuk beberapa jam. Setelah kembang, kisar halus. Sementara itu, rebus semangkuk buah labu lalu dikisar. Masukkan bahan-bahan tadi dalam bekas berasingan.
- Kemudian, sapukan jus timun itu pada wajah, jangan lupa untuk melakukan urutan ringan pada wajah dan ratakan. Lakukan kira-kira satu minit. Selepas itu ambil semangkuk air panas dan wap wajah anda untuk lima minit. Wajah akan menjadi hangat.
- Setelah itu, ratakan wajah dengan jus kacang soya lalu urutlah wajah anda selama lima minit. Biarkan untuk seketika. Selepas itu bersihkan wajah anda dengan tuala basah.
- Akhir sekali, sapukan wajah dengan masker labu kisar dan biarkan selama 20 minit. Bersihkan wajah dan lihatlah hasilnya.