Wednesday, May 2, 2012

Menu Sihat Dengan Buat Betik


Khasiat Buah Betik


Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya, ianya tergolong dalam keluarga Caricaceae. Buah betik adalah sejenis tumbuhan semula jadi tropika Amerika tapi sekarang telah banyak ditanam di Negara-negara tropika dan sub-tropika dunia. Betik adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.
Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat, ia boleh membesar sehingga 8 inci panjangnya. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning-kuning oren. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi buah betik rasanya sangat manis, dan aromanya seharum kasturi. Masyarakat Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh menjadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik yang banyak didalam badan.

Buah betik kaya dengan vitamin A, vitamin C, kalium, magnesium yang sangat tinggi. Selain itu buah ini juga kaya kalsium, karotena, flavonoid,  Zat besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Kandungan jumlah kalorinya juga sangat rendah. Kesemua nutrient yang terdapat di dalam sebiji buah betik berfungsi untuk memecahkan serat sisa makanan sehingga mudah untuk membuang air besar, dan juga dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung strok.
Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau,  betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang menyerang kandung hempedu. Ianya telah ditemukan oleh Pakar pemakanan dari Universiti of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko penghidap penyakit kandung hempedu adalah tinggi.
Walaupun sumber vitamin C boleh diperolehi daripada pelbagai jenis biah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamain C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, dan ianya sangat baik untuk diamalkan oleh kaum perempuan.
Pucuk buah betik atau daun muda selalunya direbus dan ianya boleh dijadikan ulam. Pucuk betik ini mempunyai banyak khasiat, antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migraine disamping boleh melangsingkan badan. Pucuk betik ini mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.

Manakala bunga betik pula selalunya terdapat pada pokok betik jantan dan pokok betik betina, ianya juga boleh direbus dan dibuat kerabu. Bunga betik jantan bersaiz lebih kecil daripada bunga betik betina. Walau bagaimanapun,  Cuma pokok betik betina sahaja yang berbuah. Jika anda menanam pokok betik dan merasa hairan mengapa ianya tidak berbuah walaupun banyak mengeluarkan bunga, ianya adalah pokok betik jantan.
Daun betik yang dilayukan di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, tumbuk lumat daun dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis, kemudiam minum air perahan daun muda itu, ianya dapat membantu sakit sendi itu. Manakala daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Jika meminum jus daun betik itu platelet pesakit denngi akan segera bertambah.
Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak.  Ambil segenggam biji betik dan tumbuk sehingga hancur kemudian direbus dan bagi minum pada kanak-kanak tersebut, tetapi ianya tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

Pokok buah betik ini juga mempunyai getah, dan getah daripada daun, buah atau pun batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah, hanya sapukan getah tersebut di bahagian yang berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan balutkan tempat tersebut, ianya dapat menghentikan pendarahan.





Berikut adalah khasiat betik : -


  • Membantu penghadaman.
  • Mengelakkan sembelit.
  • Membantu ketidak selesaan perut.
  • Membantu mengeluarkan angin dalam badan.
  • Merawat masalah kulit.
  • Masalah jerawat.
  • Anti penuaan.
  • Membantu menurunkan berat badan.
  • Mencegah kanser
  • Membantu masalah jantung.