Sunday, May 20, 2012



Khasiat Kunyit Hidup



Beberapa kajian telah dijalankan, dan ianya menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ angin didalam perut. Kunyit juga boleh disapukan dengan minyak, kerana ianya dapat membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh dijadikan sebagai tonik apabila ianya dicampurkan dengan manisan dan juga minyak bijan, kerana ia dapat membantu masalah haid yang tidak menentu dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan dengan air juga boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit sendi, lutut, sendi dan ruam.


Tumbuhan ini bukan sahaja ditanam diladang, kebun tetapi ianya juga amat sesuai ditanam desekeliling rumah. Kunyit hidup mempunyai banyak khasiatnya berbanding dengan kunyit serbuk, kerana ianya mungkin telah dicampurkan dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan.
Di negara-negara Timur, kunyit digunakan sebagai pengganti saffron dan warna kuning(digunakan sewaktu menggoreng ikan dan ayam) dan sebagai ubat di negara seperti China, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia ia ditanam dan boleh didapati tumbuh meliar di merata tempat. Kunyit (Cucurma domestica) adalah tumbuhan yang tumbuh sepanjang tahun. Menurut WHO, kunyit merupakan tumbuhan ubat-ubatan yang paling banyak digunakan di dunia.
Dalam perubatan kunyit hidup ini digunakan sebagai antioksidan, antiradang, antibakteria dan juga antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka didalam badan, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema.Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, terseliuh anggota badan dan juga kudis.

Kunyit juga dikatakan mempunyai kuasa penawar alami kerana kandungan antioksidannya yang tinggi, antaranya ialah vitamin C, vitamin E dan juga karotenoid ( carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Curcumin ini adalah antioksidan yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri yang dinamakan atherosclerosis, antaranya penyebab utama serangan jantung.
Kunyit juga dapat mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘ bile’. Ia juga dapat menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete, iaitu sel-struktur kecil dalam darah daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).


Berikut adalah manfaat Kunyit Hidup : -
Kunyit adalah salah satu herba yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan yang telah menjadi amalan terutamanya kaum Melayu dan India.

Kunyit padat dengan nutrien menjadikannya antioksidan yang lebih kuat untuk kesihatan berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran .

Antioksidan adalah nutrien utama dalam menjaga kesihatan yang:
§  Menyokong fungsi ingatan 
§  Meningkatkan kesihatan jantung
§  Meningkatkan sistem imun
§  Dan secara keseluruhan, membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas .

Kandungan antioksidan kunyit datang dari sebatian aktif yang dipanggil curcuminoids, yang mengandungi antioksidan yang:
§  5 hingga 8 kali lebih kuat daripada vitamin E, juga lebih kuat daripada vitamin C
§  3 kali lebih berkuasa daripada biji anggur atau ekstrak kulit kayu pain
§  Cukup kuat untuk memusnahkan oksidan yang paling aktif iaitu radikal hidroksil

Selain dari kepadatan nutrien untuk kesihatan, ianya juga berkalori rendah dan termogenik semula jadi dalam kunyit meningkatkan tahap kesihatan metabolisme anda, ia membantu anda membakar kalori. Ini penting jika anda cuba untuk menguruskan badan.

Sementara itu, hampir semua orang yang hidup di dunia kini mengalami tekanan hidup yang tinggi yang mampu mengganggu kesihatan. Kunyit mengandungi sejenis adaptogen - bahan yang membantu menyokong badan anda terhadap tekanan dan meningkatkan kesihatan sistem imun.

Amalkan penggunaan kunyit demi kesihatan anda setiap hari kerana ia menyokong banyak fungsi - mata, kulit, tulang dan sendi, hati, penghadaman dan banyak lagi.



Fungsi Kunyit Hidup :
  1. Membantu proses penghadaman.
  2. Mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut.
  3. Membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Menghilangkan kesan lebam.
  6. Menguatkan pundi hempedu.
  7. Menyekat pembekuan darah yang bahaya
  8. Mengurangkan toksin hati.
  9. Membantu memetalismakan lemak.
  10. Membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri.
  11. Mengurangkan paras kolesterol darah.
  12. Membunuh sek kanser terutama kanser esofagus.
  13. Meransang sel dalam sistem imuniti.
  14. Antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka akibat lebam.
  15. Merawat arthritis ( sakit sendi).
  16. Merawat jaundis ( sakit kuning).
  17. Merawat asma ( lelah).
  18. Digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan.
  19. Mengecutkan rahim dan mencuci darah.
  20. Pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.