Guarana adalah pokok menjalar yang tumbuh meliar di hutan-
hutan Amazon. Dikenali juga dengan nama saintifiknya Paullinia cupana, biji
tumbuhan ini dikatakan amat popular digunakan sebagai produk ubatan tetapi juga
produk minuman memberi tenaga. Malah selama beribu-ribu tahun orang Amazon
telah menggunakannya untuk mengekal stamina dan meningkatkan ketahanan fizikal.
Biji guarana
adalah bahagian yang digunakan. Ia dituai dengan tangan dalam musim kering.
JIka kesemua buahnnya matang, ia boleh dipetik menggunakan gunting atau dipatah
secara manual. Jika hanya beberapa biji buah sahaja matang, ia akan dipetik
secara satu persatu.
Sebelum
bijinya dipanggang, kulit buah yang berwarna merah perlu dibuang terlebih
dahulu. Buahnya akan dikupas dengan menggunakan tangan, kemudiannya direndam
dalam air atau disimpan selama beberapa hari sehingga kulitnya lembut. Biji
guarana dipanggang dan diproses melalui cara yang sama seperti biji kopi.
Guarana
mengandungi fitokimia seperti theobromine, saponins, tannins dan catechins.
Fitokimia adalah sebatian antioksidan berkuasa yang ditemui dalam tumbuhan yang
dapat membantu untuk mencegah dan menentang penyakit dalam manusia.
Tindakan
guarana adalah sumbangan utama fitokimia kafein. Dikatakan juga guarana
mengandungi kira-kira 3 hingga 7 peratus kafein apabila dibandingkan dengan
kopi yang hanya mengandungi kira-kira 1 hingga 2 peratus kafein.
Sifat-sifat
pemberi tenaga dan pemyebuh guarana telah menjadikannya sebagai ramuan ubatan
popular dalam perubatan tradisional sejak dulu lagi. Pada lewat kurun ke-17,
seorang mubaligh Kristian telah menulis bahawa guarana amat bernilai sebagaimana emas kerana ia menjadi
minuman yang member tenaga. Semasa zaman penjajah juga, guarana turut dijual
sebagaimana emas kerana sifat-sifat perangsang, tonik, penawar demam, pelindung
kepada pengerasan arteri dan untuk merawat migraine yang terdapat di dalamnya.
Sifat-sifat
perangsang dalam guarana menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai bahan utamadalam
kebanyakkanya di dalam minuman ringan , minuman pemberi tenagan , suplemen
vitamin dan produk kehilangan berat badan pada zaman ini .
Berikutan dengan
kandungan kafein dalam guarana, herba ini dikatakan mampu merangsang sistem
saraf utama, menyekat selera makan dan melegakan keletihan mental dan fizikal.
Ia juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi kognitif dan merangsang prestasi
sukan.
Peransang
Menurut
Phyllis Balch dalam bukunya yang bertajuk “Prescription for Nutritional Healing”,
guarana mampu bertindak sebagai tonik umum dan pembersih usus. Ia juga mampu
mengurangkan gejala-gejala penyakit keradangan usus. Guarana juga mampu
digunakan sebagai diuretic dan membantu merawat penyakit saluran urinary,
diarea, sakit akibat haid dan sakit kepala.
Selain itu
guarana juga dikatakan mampu mencegah barah (kanser), melegakan otot lembut bronchial,
melegakan kegelisah , meransang prestasi , melindungi dari malaria dan
melindungi neuron - neuron dalam otak
daripada rosak .
Guarana juga
mampu bertindak sebagai peransang kardiak dan membantu menaikkan tekanan darah
rendah . tetapi ia amat bahaya kepada mereka yang mengalami hipertesi . selain
itu , guarana juga mampu mencegah platelet – platelet dalam darah daripada
berkumpul dan sekali gus mengurangkan pembentukan darah beku.
Walaupun
terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat guarana, namun begitu penggunaannya
perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan
kemudaratan di kemudian hari.
Guarana mampu
menyebabkan dehidrasi dan issomnia . pengambilan berlebihan mampu membawa kepada
kegelisaan , sakit kepala , fikiran terganggu , loya, bergetar, muntah-muntah
dan cirit-birit..
Berikutan
dengan kandungan tinggi kafein dalam guarana, pengambilannya dalam seharian
tidak boleh berlebihan. Malah guarana tidak dicadangkan kepada
individu-individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau masalah
jantung.