Wednesday, May 23, 2012

Sihat dengan Ulam Tempatan!!!




Menikmati hidangan nasi panas tidak lengkap tanpa kehadiran ulam-ulaman yang tidak boleh di cicah sambal belacan, sambal tempoyak, budu atau cencaluk. Ulam bukan sahaja enak tetapi terkandung khasiat yang bermanfaat kepada tubuh manusia.



Gajus
Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur dan penyakit kulit yang lain.



Peria pantai
Mengandungi saponin. Ia juga dikatakan dapat menstabilkan tekanan darah selain dari membantu mengawal diabetis. Selain dari kegunaan perubatan ia juga digunakan sebagai sabun kerana keupayaan daunnya menghasilkan buih jika diramas dalam air.



Timun
Masyarakat Cina memakan timun untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan, selain membantu mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong, batuk, merendahkan tekanan darah, menambah selera makan serta kecantikan kulit wajah.



Lemuni
Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa dicampurkan air. Daun yang panas ini kemudiannya dilekap pada luka tadi. Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri-beri, rheumatic dan cirit-birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptic. Di Malaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang putih, lada hitam, kunyit, dan nasi, kemudian di gentel kecik digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggelakkan pertumbuhan janggut. Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara. Selain itu, daunnya boleh boleh dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi. Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk ( Aedes).



Jering
Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Ia kaya dengan protein, karbohidrat dan serat yang dipercayai membantu mengubati penyakit kencing manis.



Ulam raja
Mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kaya dengan laksium dan vitamin A. Khasiatnya dikatakan dapat mencuci darah daripada toksik dan menguatkan tulang. Kloroform yang diekstrak daripada daun ulam raja mengandungi bahan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus.



Petai
Mempunyai bau yang kuat dan boleh dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan  tekanan darah tinggi.



Pudina
Di barat, ia digunakan sebagai penawar batuk dan teh untuk kegunaan harian. Boleh mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti selesema, membuang angin, ruam kulit selain digunakan untuk mengurangkan tekanan.



Daun selom
Boleh sebagai ulam kerana baunya yang wangi dan kerangupannya. Ia biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan yang agak berair terutamanya di kawasa lereng bukit yang berpaya. Berfungsi untuk membersihkan darah dengan mencuci toksik di dalam badan.



Pucuk kaduk
Biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan tetapi ramai yang tidak mengetahui ia juga boleh dimakan mentah. Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.



Terung asam
Biasa digunakan sebagai perencah masakan, sama ada dicampurkan dalam masakan kari, sayur atau dicampurkan ke dalam air asam untuk ikan bakar. Dalam perubatan tradisional Melayu buah terung asam dikatakan dapat mengubat cacing kerawit.



Temu lawak
Dalam perubatan herba temu lawak bantak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti reumatik, kesakitan pada otot demam (anti-pyretic), masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang, penyakit kulit, menghilangkan kekejangan, buasir, masalah kerengsaan pada rectum, najis berdarah, masalah sembelit, batuk dan demam pada kanak-kanak, gastric ,kencing manis, masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan. Jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan kontraksi rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin di peringkat awal kehamilan.