Thursday, May 24, 2012

Sihat Dengan Buah FIG ( FICUS CARICA)



Buah FIG, ramuan terbaik masalah sembelit.


Buah Fig atau nama botaninya FICUS CARICA berasal dari Asia dan dikatakan ia merupakan buah pertama yang pernah ditanam. Orang Greek pernah menceritakan buah ini sekitar 60 s.m dan plato telah mempromosikan buah fig sebagai buah yang berkhasiat untuk atlet. Secara rasminya buah ini telah diimport ke Eropah kira-kira 1600 tahun dahulu.

Dikenali juga sebagai buah fin atau ara, buah yang lembut dan manis ini dikatakan mampu merangsang kesihatan dan kini terdapat lebih daripada 600 jenis buah fig. Buah yang berbentuk seperti buah pear ini berisi pulpa yang manis dan mempunyai biji kecil berwarna keemasan melekat pada dinding rongga buah. Ia berbeza dalam saiz dan warna. Buah yang masak berair, padat dan sedap. Namun begitu, disebabkan buah ini tidak tahan lama maka di pasaran kebanyakan buahfig ini dijual dalam bentuk buah yang telah dikeringkan.


Analisis buah fig segar menunjukkan buah ini mengandungi sejumlah air yang sesuai dan sedikit protein, lemak dan karbohidrat. Buah fig kering mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Kandungan gula dalam buah ini membentuk 51 hinggs 74 peratus daripada kandungan keseluruhan buah.

Buah ini boleh dimakan dalam pelbagai cara, tidak kiralah sama ada buah itu sahaja yang dimakan atau dicampurkan dengan bahan makanan lain bagi menambahkan nilai pemakanan. Apabila diambil bersama dengan tepung, ia membuang kebanyakan kesan sebagai pencegah sembelit. Buah ini begitu baik jika dicampurkan dengan susu. Selalunya buah fig banyak digunakan dalam pembuatan kek dan jem. Kadangkala buah ini juga dijadikan bahan dalam pudding.

Makanan pemulih
Dikatakan 100gram buah fig kering mengandungi nilai pemakanan seperti air (23 peratus), protein (4.3 peratus), lemak (1.3 peratus), karbohidrat (63.4 peratus), serat (5.6 peratus), dan bahan mineral (2.4 peratus). Kandungan mineral dan vitamin yang terdapat pula ialah seperti kalsium (126 mg), fosforus (77 mg), besi (3 mg), vitamin A (80IU) dan sejumlah kecil vitamin B kompleks.

Banyak kebaikan dari segi perubatan telah dikaitkan dengan buah fig. Buah ini dikatakan sebagai makanan pemulih dimana ia dikatakan membantu penyembuhan cepat selepas sakit yang agak lama. Buah ini juga dikatakan sebagai tonik baik bagi mereka yang mengalami bibir, mulut, dan lidah yang merekah.

 Tidak kiralah diambil secara segar atau kering, buah fig dikatakan berguna sebagai penjulap berguna. Semuanya ini keran terdapat sejumlah kandungan selulosa yang banyak dan kulitnya yang kasar. Biji-biji kecil dalam buah mengandungi kelebihan merangsang peristaltic atau gelombang seperti pergerakan usus di mana ia memudahkan pemindahan najis dan membuatkan saluran pencernaan bersih.

Sifat penjulap buah fig juga menjadikan buah ini sebagai ramuan terbaik untuk buasir. Selepas mencucinya dengan air panas, ambil dua atau tiga biji buah fig dan rendamnya di dalam segelas air sejuk semalaman. Makanlah ianya pada keesokan harinya. Buah ini juga seharusnya diambil dalam cara yang sama pada waktu malam. Cara ini dikatakan mampu menyingkirkan ketengangan dalam pembuang najis dan sekali gus menghalang penonjolann terhadap dubur. Pengambilan tetap cara ini dikatakan mampu menyembuhkan buasir dalam masa tiga atau empat minggu.



Kesan analgesik

Buah  fig dikatakan juga berguna dalam merawat asma. Kahak dan lendir dalam batuk dirawat melalui penggunaan buah ini. Ia dikatakan mampu member kelegaan pesakit dengan mengeluarkan kahak dan lendir.  Buah fig ini juga dikatakan berguna dalam merawat kelemahan seksual. Buah yang mengandungi banyak asid amino dikatakan mampu meningkatkan libido dan juga stamina seksual.

Getah daripada batang pokok fig dikatakan mampu digunakan untuk merawat kematu dan ketuat. Getah ini juga mempunyai kesan analgesic (mengurangkan sakit) menahan sengatan dan gigitan serangan. Minyak dari buah fig boleh dimakan dan dikatakan boleh dijadikan minyak pelican. Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah fig, namun sebelum menggunakannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu.