Khasiat Limau Nipis
Limau nipis
atau nama saintifiknya Citrus Aurantifolia, merupakan sejenis tumbuhan yang airnya dijadikan
minuman dan juga di campurkan dalam masakan. Buah limau nipis ini dipercayai
berasal daripada India dan Myanmar dan juga di Asia Tenggara. Kalau di barat
ianya dipanggil lime, bagi bangsa sepanyol mengenalinya sebagai lima, manakala
orang Arab menyebutnya limah. Ianya juga merupakan sejenis buah-buahan dari family
Rutaceae yang ditanam untuk pelbagai kegunaan dikalangan masyarakat kita.
Pokok
limau nipis kini ianya ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan juga subtropika.
Tumbuhan limau nipis ini sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di Negara
kita. Ianya boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai
ditanam di atas tanah jenis lom berpasir. Pokok limau nipis boleh mencapai
ketinggian hingga 5 meter dengan mempunyai banyak cabang dan juga ranting.
Pokok ini juga mempunyai duri yang tajam, keras dan pendek. Daunnya adalah
jenis daun yang ringkas, susunan selang seli, lebar daun 2-5 cm dan tangkainya
pula mempunyai sayap yang tirus. Bunganya berwarna putih dalam jambak yang
keluar dari ketiak daun. Buah limau nipis pula berbentuk bulat dan juga bujur
(jenis berry) dengan ukuran garis pusar sekitar 3-6cm dan kulitnya berwarna
hijau ataupun hijau kuning. Kulit buahnya sangat nipis dan mengandungi kelenjar
minyak, banyak air serta terlalu berasid dan wangi.
Limau
nipis biasanya ditanam secara TUT di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya
digunakan sebagai benih. Buah limau nipis ini juga boleh membiak melalui kaedah
cantuman tetapi ianya jarang-jarang sekali dilakukan. Pokok ini mula berhasil
pada tahunn kedua atau ketiga selepas ditanam tetapi jika tanam daripda biji ia
akan memakan masa selama 5 tahun.
Minyak yang
diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma
terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis
digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan
kain.
Jus buah limau
nipis mampu membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang
terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan
badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan
melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan juga
vitamin C.
Khasiat dan
manfaat Limau nipis:-
- Merawat demam panas.
- Merawat batuk.
- Merawat selesema.
- Merawat sakit hempedu.
- Mampu membunuh cacing kerawit dalam perut dan usus.
- Menghentikan masalah cirit-birit.
- Menghentikan masalah hidung berdarah.
- Mampu merawat sakit sendi.
- Mengurangkan paras gula dalam darah.
- Mencegah arterioskterosis.
- Boleh digunakan sebagai pencuci luka.
- Mampu menghentikan merokok.
- Membantu membersihkan nikotin pada gigi dan mulut.
- Mencegah kulit kepala berkelemumur.
- Menyinkirkan sel kulit mati.
- Mengurangkan kedutan.
- Melembapkan kulit.
- Menyegarkan kesihatan kuku.
Demam panas
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan.

Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
Mencegah kulit kepala berkelemumur.
Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa
sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang
berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.
Menyegarkan lagi kesihatan kuku.
Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis,
ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada
itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu
untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.