Nanas atau
nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan tropikal. Ianya
adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas
merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad ( Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga
boleh dikatakan rendah herba (
herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam
mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya ini
dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti
pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula, buah ini dipanggil
anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah nanas
ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya juga
mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan
badan.
Buah nanas
ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci tubuh,
melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah
hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan
pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Tapi bagaimanapun
buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Buah nanas
ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul daripada nanas
menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang
sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas
yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai
CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali
sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser.
Buah ini mempunyai kandungan vitamin A,B, dan
C yang tinggi.
Pokok dan
juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic seperti asid
askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan
untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperolehi daripada daun
nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina
dan Taipei.
Manakala jus
nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat
atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian muka. Jika amalkan
minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang
terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan
badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Sellain
itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi
masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.
Antara Manfaat nanas adalah :
1.
Membantu menurunkan
berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah
nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas
menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.
2.
Menyihatkan mata.
Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata
daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.
3.
Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik
untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat.
Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti
jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk
menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.
4.
Memelihara masalah buang air besar.
Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan
masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.
5.
Mengandungi enzim.
Mengandungi enzim
yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak
adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal
bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.