Friday, May 11, 2012

Menu Sihat Dengan Buah Jambu Batu


Khasiat Jambu Batu



Jambu batu atau nama saintifiknya Psidium Guajava, merupakan sejenis tumbuhan perdu yang mempunyai banyak cabang. Tumbuhan saka ini mempunyai ketinggian daripada 12 meter dan ianya juga boleh memcecah ketinggian sehingga 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini kebanyakannya ditanam di halaman rumah,diladang dan juga di tanah-tanah yang berbatu.

Manakala daunnya berbentuk bulat seperti telur, kasar, dan berwarna kusam. Tumbuhan ini juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisii serta mempunyai biji yang banyak. Tetapi tumbuhan ini juga mempunyai sejenis buah yang tidak mempunyai biji. Buah jambu batu ini juga mempunyai pelbagai jenis, ada yang isinya berwarna putih dan merah.

Buah jambu batu ini mempunyai banyak khasiat kesihatan tubuh badan. Ianya mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, fosforus, kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan potassium. Pengambilan 90 gram sudah cukup untuk keperluan vitamin C bagi orang dewasa. Ia juga membantu pertumbuhan tisu agar kulit licin dan sihat. Jambu batu ini juga berfungsi sebagai anti-oksidan sama seperti buah-buahan yang lain.

Tumbuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan daripada kulit, batang dan juga daunnya. Daun tumbuhan ini dikatakan mampu mengubati sakit perut, cirit-birit, bukan setakat itu sahaja ianya juga dapat membantu menegangkan dan mencantikan kulit. Manakala batangnya pula dapat merawat ulser mulut  dengan merebus batang dan juga daunnya kemudian diminum air rebusan itu.









Antara Khasiat dan Manfaat :-

  • Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
  • Membantu menurunkan berat badan.
  • Mengurangkan paras gula dalam darah.
  • Mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Membantu pertubuhan kulit yang licin dan sihat.
  • Membantu menaikkan sel darah putih dan merah.
  • Meningkatkan kadar sistem metabolisme.
  • Membantu penghadaman.
  • Mengelakkan sembelit.
  • Merawat cirit-birit.
  • Anti-oksidan.
  • Anti-penuaan.
  • Mencegah kanser.
  • Mencegah bau badan.
  • Membantu menegangkan kulit.
  • Mencegah ulser.






§