Sunday, May 27, 2012

Asid Benzoik Dalam Kuetiau Jejaskan Sistem Saraf



Pengunaan pengawet makanan seperti asid benzoic dalam makanan seperti kuetiau dan mi nampaknya belum menunjukkan perubahan positif biarpun isu ini pernah hangat diperkatakan sebelum ini . baru – baru ini , seorang lagi pemilik  kilang mi telah didakwa atas kesalahan mengunakan asid benzoic pada kadar tidak dibenarkan dalam produk makanan .



Pemilik tersebut dikatakan menggunakan asid benzoik dengan kadar yang 770 mg / kg iaitu melebihi  kadar yang dibenarkan dalam produk kuetiau keluaran syarikatnya . menurut akta peraturan makanan 1983 , penggunaan asid benzoik hanya dibenarkan dalam pemprosesan makanan seperti pes cili, belacan , pati minuman , jeruk atau buah – buahan yang dikeringkan.

Selain daripada pati minuman yang memerlukan cairan , tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang – undang dalam makanan ini ialah tidak bolah melebihi 1,000 ppm dalam apa jua keadaan sekalipun . persatuan penggunaan pulau pinang ( CAP ) dalam kenyataan pernah dakwa bahawa asid benzoik yang boleh ditemui dalam pelbagai jenis mi ini boleh memudaratkan kesihatan .

Laporan pertubuhan kesihatan kesihatan sedunia mendapati , penggunaan asid benzoic boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit  seperti asma , riinitis , alergi dan dikaitkan dengan gejala hiperaktif di kalangan kanak – kanak . malahan dalam satu kajian ke beberapa sukarelawan yang diuji dengan dos asid benzoik selama beberapa hari mendapati mereka mengalami sakit kepala , lemah serta kerengsaraan perut .

Asid benzoik merupakan salah satu pengawet yang dimasukkan ke dalam makanan agar ia tahan lebih lama ia digunakan bagi tujuan untuk mengurangkan atau mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria , kulat dan ragi selain mengelakkan makanan berbau busuk dan basi . Asid ini boleh didapati secara semula jadi dan juga secara sintetik .

Asid benzoik juga didapati dalam pelbagai bentuk seperti natrium benzoate, kalium benzoat atau kalsium benzoat . Natrium Benzoat misalnya , digunakan dalam manjerin , minuman ringan , kicap dan sos . oleh sebab ia digunakan sebagai bahan pengawet dalam mkanan , ia sepatutnya dicatatkan pada label bekas , plastik atau tin makanan .  



Bahaya Jika Berlebihan 

Namun , di sebalik fungsinya sebagai pengawet makanan , ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna sekiranya digunakan dalam kuatiti yang berlebihan . asid bainzoik jika digunakan secara berlebihan dikatakan boleh menyebabkan kerengsaan perut selain menjejaskan sistem saraf .

Kesanya juga akan menjadi lebih buruk buat mereka yang mengalami penyakit lelah atau ruam kulit seperti urtikaria dan ekzema . Malahan , bagi mereka yang alah terhadap pewarna – pewarna tiruan ( seperti tartrazine ) serta alah pada ubat aspirin , kemungkinan besar juga akan mengalami alahan terhadap pengawet daripada kumpulan benzoat ini .

Selain pengunaan asid benzoik , salah satu lagi bahan pengawet yang pernah dikaitkan dengan pembuatan produk mi adalah asid borik . penggunaan asid borik ini pernah heboh diperkatakan dahulu apabila ia digunakan untuk melambatkan mi daripada rosak . Namun apa yang membimbangkan , asid borik ini menyebabkan darah .

Asid borik kebiasaannya digunakan untuk kawalan seranggan sebagai pengawet kayu dalam industry perabot dan bidang perubatan. Tetapi, jika ia digunakan dalam makanan ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna seperti timbulnya gejala loya, muntah, cirit-birit, dermatitis, kegagalan fungsi buah pinggang dan kegagalan sistem peredaran darah.

Biarpun penggunaan asid borik dalam makanan telah dilarang menerusi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, namun langkah pengawalan secara lebih ketat perlu dilakukan. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan ia terus disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.

Buat masa ini di bawah peraturan 20 dan peraturan 20A , peraturan – peraturan Makanan 1985 telah menyenaraikan beberapa bahan pengawet yang dibenarkan  seperti sulfur dioksida , asid benzoik , asid sorbic , asid propionic , garam natrium dan agen antimicrobial seperti klorin dan kalium nitri pada kadar tertentu dalam produk makanan .

Sehubungan itu , sebagai pengguna kita seharusnya lebih peka dan berhati – hati dalam memilih produk makanan yang dijual di pasaran . Baca label makanan dengan teliti sebelum beli. Jika mendapati sesuatu perkara mencurigakan  , segera laporkan kepada pihak berkuasa .perkara ini penting bagi mengelakkan kita terus memperjudikan kesihatan dengan terus ditipu oleh peniaga .