Tuesday, May 22, 2012

Amal minum jus atasi jerawat!



Semua orang, baik wanita mahupun lelaki tentunya runsing apabila dikunjungi “teman’ yang ditidak diundang. ‘Teman” yang tidak diundang sering dikaitkan  dengan jerawat, jeragat atau apa sahaja yang biasa timbul pada wajah. Ia bukan sahaja membuatkan wajah tidak menarik, tetapi masalah jerawat yang kronik boleh member kesan negative tehadap keyakinan diri seseorang.



Menurut perunding pemakanan, Indra Balaratnam, pengarang bersama buku berjudul Healthy Eating Recipes for the Asian Palate, yang dilancarkan pada September 2004, masalah jerawat ini disebabkan oleh lubang halus umbi rambut pada kulit yang tersumbat hasil daripada penghasilan minyak berlebihan serta pengumpulan sel kulit mati.

Masalah jerawat ini biasanya dihidapi oleh golongan kanak-kanak yang menghampiri umur baligh serta memasuki zaman remaja mereka. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah kes yang melibatkan golongan dewasa. Masalah jerawat yang dihidapi oleh golongan dewasa biasanya adalah disebabkan oleh perubahan hormon.

“Kehadiran jerawat pada wajah boleh dikatakan satu trauma. Ramai golongan remaja yang mempunyai masalah ini berasa rendah diri memandangkan mereka menganggap penampilan mereka tidak lagi menarik akibat daripada jerawat tersebut. Tambahan, kesan parut jerawat yang tentunya masih dapat dilihat biarpun bintik jerawat telah hilang,” ujar Indra yang mempunyai 16 tahun pengalaman dalam bidang nutrisi dan pemakanan ini.



Gabungan vitamin A dan vitamin C

Selain mengamalkan rutin penjagaan muka dengan baik seperti penggunaan air yang bersih untuk mencuci muka, pencuci muka dan sebagainya, terdapat cara yang lebih baik, murah dan juga menyihatkan. Caranya adalah dengan mengamalkan minum jus buah-buahan. Bagi penggemar jus, tentunya ia suatu berita gembira yang boleh dimanfaatkan.

Nutrien-nutrien yang dapat mengurangkan masalah jerawat adalah bahan yang kaya dengan beta karoten (iaitu bahan yang akan bertukar menjadi vitamin A aktif apabila tubuh memerlukannya) dan vitamin C. Kedua-dua nutrient ini mempunyai antioksidan yang tinggi untuk melawan pembentukan bakteria dan penghasilan minyak pada permukaan kulit.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan beta karoten biasanya mempunyai warna kuning oren. Antaranya adalah betik, mempelam (mangga), cili benggala kuning, labu dan kentang. Sebaliknya, vitamin C kebanyakannya terdapat di dalam buah-buahan beri seperti beri hitam, strawberi dan sebagainya. Buah-buahan citrus dan sayuran berdaun hijau juga kaya dengan vitamin C.

Bagi mereka yang tidak gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran, cara mudah untuk membantu mereka mendapatkan nutrien-nutrien penting ini di samping membantu mengatasi masalah jerawat mereka adalah mengisar bahan makanan ini menjadi jus. Tambahan adalah lebih baik menikmati jus buah-buahan dan sayur-sayuran seperti ini tabiat sesetengah remaja dan sesetengan orang yang lebih senang menikmati minuman manis seperti minuman soda atau minuman berkarbonat.



Jus untuk dicuba:

Untuk mengatasi masalah inni, anda boleh mengamalkan minum jus buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning-oren dan dan buah-buahan sitrus seperti mempelam (mangga), nanas, oren, tomato, limau bali, lobak merah, dan betik (untuk tambahan vitamin A). Beberapa kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran seperti di bawah boleh dipadankan untuk anda menikmati jus enak dan berkhasiat.

  • Oren + mempelam ( mangga) + pir.
  • Limau bali + lobak merah.
  • Tomato + lobak merah + epal.
  • Tembikai susu + timun.