Biji Kopi Hijau mudahkan pelangsingan
Berat badan
tak juga turun sedangkan sudah berbulan lamanya anda menjalani program diet
secara maksimum. JIka anda antara yang mengalami hal tersebut, cuba ambil
sejenis biji kopi hijau.
Melalui sebuah penyelidikan dari Universiti of
Scranton, Pennsylvania, Amerika, khasiat
biji kopi hijau dikatakan efektif untuk kaedah penurunan berat badan tanpa
memerlukan waktu yang lama. Penelitian tersebut melibatkan 16 orang responden
berusia di antara 23 hingga 36 tahun dengan berat badan berlebihan (obesity).
Kesemua responden dibahagi kepada dua kumpulan diminta mengambil kapsul selama
22 minggu. Kumpulan pertama diberi kapsul berisi ekstrak kopi hijau,manakalan
kumpulan kedua pula diberi kapsul placebo ( kapsul kosong). Hasilnya, kumpulan
yang mendapat kapsul berisi ekstrak kopi hijau mengalami penurunan berat badan
lebih cepat, antara 7kg dalam tempoh tersebut.
Kajian yang
diketuai oleh Joe Vinson mendapati bahawa sekumpulan orang yang mengalami
kelebihan berat badan atau obesity mengalami penurunan berat badan sekitar 10
peratus penurunan lemak pada tubuh setelah mengamalkan pengambilan beberapa milligram
serbuk kopi hijau dalam beberapa hari.
Berdasarkan
penyelidikan tersebut, ambil kapsul ekstrak kopi hijau sekali sehari, diiringi
makan makanan rendah lemak, diet sihat dan olahraga teratur menjadi cara murah
yang selamat serta efektif untuk menurunkan berat badan, demikian fakta menurut
Joe Vinson.