Thursday, May 31, 2012

Wanita cenderung alami jangkitan saluran urinari




Saluran urinary atau saluran kencing adalah sistem yang menghasilkan air kecing dan mengeluarkannya daripada tubuh. Ia termasuklan pundi, buah pinggang, dan saluran yang menghubungkannya.


Namun apabila kuman masuk ke dalam sistem ini, ia boleh menyebabkan jangkitan. Terdapat pelbagai nama berbeza bergantung kepada bahagian saluran urinary jangkitan itu berlaku.

Pundi
Jangkitan pada pundi juga dikenali sebagai cystitis atau jangkitan pundi.

Buah pinggang
Jangkitan pada satu atau kedua-dua buah pinggang dikenali sebagai pyelonephritis atau jangkitan buah pinggang.

Ureter
Saluran yang membawa air kencing daripada setiapp buah pinggang kepada pundi adalah kawasan yang jarang mendapat jangkitan.

Urethra
Jangkitan pada saluran yang mengosongkan air kencing daripada pundi keluar dikenali sebagai urethritis. Kebanyakan jangkitan saluran urinary adalah jangkitan pundi. Ia biasanya tidak serius jika ia dirawat secepat mungkin. Jika anda tidak mengambil berat tentang jangkitan ini, ia boleh merebak ke buah pinggang. Jangkitan buah pinggang adalah serius dan boleh menyebabkan kerosakan kekal.


Penyebab jangkitan
Biasanya, kuman akan memasuki sistem melalui urethra, saluran yang membawa air kencing daripada pundi ke luar tubuh. Ia menyebabkan jangkitan ini hidup di luar usus dan ditemui dalam najis. Jika kuman ini dapat masuk ke dalam urethra, ia boleh bergerak sehingga ke dalam pundi dan buah pinggang dan menyebabkan jangkitan.

Wanita cenderung untuk mengalami jangkitan pundi dibandingkan dengan lelaki. Keadaan ini mungkin disebabkan wanita memiliki urethra pendek. Oleh itu kuman lebih mudah untuk memasuki pundi. Melakukan hubungan seksual boleh memudahkan kuman untuk memasuki urethra.

Jangkitan juga boleh terjadi jika tidak minum air secukupnya, sekiranya anda menghidap diabetis, atau hamil. Peluang untuk mendapat jangkitan pundi adalah tinggi jika anda memiliki sebarang masalah untuk menghalang aliran air kencing daripada pundi.


Golongan berisiko
Air kencing terjadi daripada ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethra stricture). Tidak kurang juga yang selali menahan kencing dan yang kurang minum air.


Gejala-gejala

  • Rasa sakit atau panas terbakar apabila kencing.
  • Rasa untuk kencing dengan kerap, tetapi air kencing tidak mahu keluar.
  • Perut rasa sakit apabila disentuh atau berat.
  • Kencing berbau busuk atau pekat.
  • Sakit pada salah satu bahagian belakang di bawah rusuk. Di sini terletaknya buah pinggang anda.
  • Demam dan rasa sejuk.
  • Loya dan muntah-muntah.




Rawatan

Biasanya antibiotic yang diberikan oleh doktor mampu menyembuhkan jangkitan pundi. Adalah amat membantu jika anda meminum banyak air dan cecair lain agar dapat kerap kencing sekali gus mengosongkan pundi.

Jika doktor member antibiotic, ambil seperti yang disarankan. Jangan berhenti mengambilnya hanya kerana anda sudah rasa baik. Anda perlu menghabiskannya agar tidak mengalami jangkitan berulang.



Pencegahan

  1. Minum air dengan banyak setiap hari.
  2. Kerap kencing. Jangan cuba untuk menahannya.
  3. Jika anda seorang wanita, kencinglaj selepas melakukan hubungan seksual.
  4. Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda.
  5. Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda kencing.
  6. Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa datang haid.
  7. Jangan gunakan seluar dalam jenis nilon.
  8. Jangan gunakan semburan kebersihan wanita atau ‘douche’ kerana produk ini boleh merengsakan urethra. 







Wednesday, May 30, 2012

Awas!!! Tubuh kurus tapi banyak lemak!




Tubuh yang kurus dan langsing tidak bermakna anda tidak mempunyai lemak. Kadangkala orang kurus mempunyai lemak yang tinggi daripada orang yang lebih berat dan berisi. Bagi yang mempunyai tubuh yang agak berisi juga perlu lebih berhati-hati kerana kemungkinan tubuh anda juga mengumpul lemak berlebihan.


Justeru, adalah lebih baik anda sentiasa membuat ujian kesihatan yang mudah tidak kira tubuh langsing mahupun sebaliknya. Ini bagi memastikan anda dapat mengekalkan berat badan ideal pada tahap yang normal, sekali gus dapat mengetahui Indeks Jisim Tubuh (IJT), tekanan darah, kadar gula dalam darah dan paling penting mengenal pasti kadar kolesterol dalam tubuh anda.

Ujian sebegini dapat membantu anda mengambil langkah yang sesuai bagi memelihara kesihatan pada tahap yang terbaik. Namun, jangan lupa untuk menjalankan rutin pemeriksaan lain sebagai langkah awal mencengah penyakit.

Amalan pemakanan yang tinggi kandungan lemak tepu boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol berlebihan di saluran darah. Akibatnya saluran darah menjadi semakin sempit, seterusnya menyekat perjalanan darah yang lebih lancer ke seluruh badan. Inilah yang menyebabkan serangan jantung terhadap pesakit.



Tip kurangkan kadar kolesterol


Bagi mengurangkan kolesterol di dalam tubuh, anda perlu mula mengamalkan diet yang sihat. Diet yang sihat ini merangkumi makan makanan yang rendah lemak dan, tinggi serat terutamanya dari sumber buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran penuh. Selain itu, ambil protein daripada pelbagai sumber seperti daging, ikan, kekacang, serta produk tenusu rendah lemak.

Pastikan tidak mengambil protein daripada sumber lemak daging. Paling penting, kurangkan penggunaan minyak yang mengandungi lemak tepu di dalam masakan, sebalinya gantikan dengan minyak yang mempunyai lemak tidak tepu.

Serat beta glucan boleh didapati dari sumber oat, barli, bijiran rai. Bahan makanan ini terbukti dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak dengan tinggi serat.

Namun kebanyakan orang tidak gemar untuk makan oat seperti bubur disebabkan oleh kelikatan dan kepekatannya. Akan tetapi dengan mengisar oat dan dijadikan bahan makanan tambahan di dalam jus dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Menyediakan jus buah-buahan bersama oat membuatkan rasanya lebih enak dan ia boleh dijadikan sebagai alternative untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.  Antara lain, anda juga boleh mencuba hidangan jus dengan kombinasi buah-buahan seperti buah avocado, buah nanas dan sedikit campuran susu krim.

Bagi menambahkan pengambilan serat beta glutan, anda boleh menambahkan oat atau bran oat di dalam jus anda. Bukan sahaja enak, tetapi juga kaya dengan khasiat serta dapat mengekalkan kadar kolesterol pada tahap yang normal.

Khasiat Ikan Terhadap Kanser!!!



Makan ikan dapat hindari risiko kanser



Beruntunglah anda yang mempunyai kegemaran makan ikan kerana anda berkemungkinan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena kanser usus besar, demikian menurut sebuah analisis dari 41 penyelidikan dari seluruh dunia. Analisis yang terbit di dalam American Journal of Medicine mengaitkan pengambilan ikan dengan manfaat kesihatan.


Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa pengambilan ikan mempunyai hubung kait dengan kanser kolorektal. Secara keseluruhan, makan ikan secara rutin menyebabkan penurunan risiko 12 peratus kematian disebabkan kanser usus besar atau rectum.


Selain itu mereka yang gemar makan ikan mungkin akan mendapat manfaat lebih kerana boleh terhindar dari penyakit jantung dan reproduksi. Jika benar ikan biasa boleh memberikan manfaat besar tersebut, ia mungkin berasal dari kandungan Omega-3 yang didapati pada ikan ini masih belum jelas terbukti sama ada kapsul minyak ikan juga memiliki manfaat yang sama.

Maksimumkan Khasiat Buah-buahan!!!




Buah-buahan adalah sumber makanan yang baik untuk amalan gaya hidup sihat. Namun adalah lebih elok jika nutrisi dalam buah ini diketahui agar anda dapat memanfaatkannya secara maksimum. Perhatikan khasiat yang ada dalam buah-buahan berikut :-




Tembikai
Buah yang tinggi dengan kandungan air ini memiliki kandungan gula yang sangat tinggi. Buah tembikai atau Citrullus lanatus merupakan buah dari tanaman yang menjalar yang memiliki indeks glikemik sebesar 65.





Melon
Buah melon sama seperti buah tembikai, melon atau Cucumis melo ini juga memiliki indeks glikemik yang tinggi. Sebaiknya, ambil buah ini dalam jumlah yang sederhana bagi menghindarkan risiko diabetis.




Nanas
Meski pun nanas ( Ananas comosus) memiliki kandungan gula yang sangat tinggi, namun buah ini juga mengandungi nutrisi penting lain seperti bromelain, iaitu sejenis enzim yang terbukti mengurangi peradangan dan pembengkakan. Jadi, sesekali makanlah buah ini.




Mangga
Selain memiliki kandungan gula yang banyak ketika buah masak ranum, mangga atau mangifera indicha juga mengandungi asam. Asam merupakan pemicu yang berkesan terhadap kerosakan gigi. Mangga muda terbukti mengandungi kandungan asam seperti yang terdapat pada buah limau.

Khasiat Timun!!



Sayur-sayuran juga bukan sahaja dijadikan bahan untuk mencantikkan kulit wajah. Apatah lagi di dalam bahan-bahanan semulajadi ini terdapat vitamin yang baik untuk kulit seperti vitamin C dan vitamin B.



Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala isinya pula berwarna putih kehijauan.

Selain member kesan kesegaran pada kulit, timun juga mengandungi lemak dan mineral yang baik untuk memutihkan kulit. Tetapi elakkan dari menggabungkan dengan buah-buahan atau sayuran yang mengandungi vitamin C kerana ia akan meneutralkan vitamin pada timun. Ikutii beberapa langkah yang boleh dipraktikkan untuk mendapat wajah halus dan cerah menggunakan timun dan bahan semula jadi yang lain.

Manfaat timun :

  • Mengelakkan sembelit.
  • Merawat gastric.
  • Mengatasi masalah arthritis.
  • Mencegah gout dan reumatik.
  • Membantu menurunkan berat badan.
  • Merawat penyakit disentri ( keluar darah semasa buang air besar).
  • Mengubati kudis.
  • Menyelesaikan masalah jerawat.
  • Membantu masalah  radang pada sendi.
  • Membantu pembersihan pada bahagian sendi.
  • Membantu peredaran PH darah.
  • Membantu penghadaman.



  • Ambil timun bersaiz sederhana dan kisar halus. Kemudian, rendam kacang soya untuk beberapa jam. Setelah kembang, kisar halus. Sementara itu, rebus semangkuk buah labu lalu dikisar. Masukkan bahan-bahan tadi dalam bekas berasingan.
  • Kemudian, sapukan jus timun itu pada wajah, jangan lupa untuk melakukan urutan ringan pada wajah dan ratakan. Lakukan kira-kira satu minit. Selepas itu ambil semangkuk air panas dan wap wajah anda untuk lima minit. Wajah akan menjadi hangat.
  • Setelah itu, ratakan wajah dengan jus kacang soya lalu urutlah wajah anda selama lima minit. Biarkan untuk seketika. Selepas itu bersihkan wajah anda dengan tuala basah.
  • Akhir sekali, sapukan wajah dengan masker labu kisar dan biarkan selama 20 minit. Bersihkan wajah dan lihatlah hasilnya.






Tuesday, May 29, 2012

6 Jenis Pemakanan!!!



Awasi Kuantiti Vitamin B12


Bagi anda yang ‘vegetarian’ tahukah anda bahawa kekurangan vitamin B12 dalam darah mampu menyebabkan anak yang bakal anda lahirkan akan mengalami gejala spina bifida (kerosakan gen). Fakta ini telah dibuktikan menerusi kajian yang dilaporkan didalam American Journal of Obstetrics and Gynecology. Vitamin B12 terkandung di dalam daging, telur dan produk tenusu.




Kurangkan Pengambilan Daging Merah


Daging merah memang tinggi protein tetapi ada alasan yang lebih baik untuk mengurangkan kuantiti pengambilannya khususnya untuk wanita. Ini kerana jika anda mengambil lebih daripada tujuh hidangan daging merah dalam seminggu, risiko mendapat penyakit endometriosis dua kali ganda dari biasa. Laporan yang diterbitkan di dalam Jurnal Human Reproduction ini juga menyarankan agar golongan wanita mengambil lebih banyak buahan segar iaitu sekitar 7 hingga 13 hidangan sehari. Ia akan membantu anda mengurangkan separuh risiko menghidapi endometriosis.


Pelbagai Manfaat Serai

Pokok ini lazimnya ditanam untuk kegunaan masakan. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada dahi  mampu meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malah bias-bisa badan atau sengal sendi- sendi mampu diubati melalui cara itu. Air perahan serai berkesan mengelak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung.


Beri Otak Anda Makanan

Otak juga perlukan khasiat makanan sama seperti tubuh. Menurut kajian yang dilakukan di Hospital Brigham & Wanita, Boston, amalan makan sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk mencegah penyakit malahan turut membantu meningkatkan kecerdasan dan keupayaan otak. Golongan wanita yang mengambil sekurang-kurangnya lapan sajian sayuran berdaun hijau dan lima jenis sayuran lain seperti brokoli dan kubis setiap minggu akan mempunyai daya memori dan keupayaan berfikir jauh lebih baik dari mereka yang tidak makan sayur-sayuran.


Pasta Tanpa Kolesterol

Pasta mampu menjadi sajian sihat ketika berdiet jika anda hidangkan dengan sos tomato sahaja. Ini kerana tomato tidak mengandungi sebarang kandungan kolesterol begitu juga pasta. Bagaimanapun jika sos pasta anda ditambah dengan sedikit daging cincang, ia mungkin menambahkan kolesterol dalam masakan pasta anda. Namun, jangan bimbang kerana jika anda menambah hanya satu cawan daging cincang ke dalam kuah pasta anda, ia hanya menambah 2 miligram kolesterol bagi setiap hidangan. Pertubuhan kesihatan Jantung Amerika mencadangkan pengambilan kolesterol tidak mencadangkan pengambilan kolesterol tidak boleh melebihi 300 miligram sehari.


Khasiat Lada Benggala

Warnanya ceria lagi menyemarakan rasa, begitu juga dengan khasiatnya. Lada benggala kaya dengan kandungan vitamin C. Ia membantu mempertingkatkan keupayaan imunisasi tubuh di samping mempertingkatkan kadar metabolisme. Biasanya lada benggala digunakan sebagai bahan sampingan di dalam sayur campur, sup, sos pasta dan sos salsa.

Sunday, May 27, 2012

Tip Dan Trik Diet Sihat




Sering  kali mendengar keluhan para gadis tentang diet yang dilakukan tidak sejajar dengan hasilnya. Tidak kira  sama ada diet ketika cuti, pengambilan makanan ketika dalam keadaan emosi mahupun amalan menyunyah pada waktu malam. Semuanya harus mengikut tataterbib yang betul.  Ayuh kita rungkai permasalahan ini.


Trik pemakanan ketika bercuti

  1. Elakkan kata- kata “ saya sedang bercuti”
  2. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.
  3. Di dalam restoran, jangan duduk berhampiran dengan makanan.
  4. Nikmati makanan berkalori tinggi waktu yang terakhir.
  5. Sepanjang percutian, pakai baju yang agak ketat untuk menggelakkan ruang pembersaran bentuk badan.
  6. Jangan kasihan pada makanan.
  7. Berjalan-jalan di sekitar pusat beli belah sebelum mula membeli.
  8. Jadikan senaman sebagai satu keutamaan yang tidak boleh berkompromi.
  9. Menari ! Inilah aktiviti pembakaran lemak yang paling mudah dilakukan.




Tip elak mengunyah makanan pada waktu malam

  1. Ambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
  2. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.
  3. Penuhi waktu malam dengan aktiviti berfaedah selain makan.
  4. Sekiranya kamu makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan ringan.
  5. Letakkan papan tanda ini di dapur dan peti sejuk, “ tutup selepas makan malam”.
  6. Berus gig selepas makan. Secara psikologinya, kamu  berasa tidak mahu makan lagi selepas memberus gigi.
  7. Jangan makan sambil membaca atau menonton televisyen.
  8. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi ia bergantung pada berapa banyak jumlah kalori yang kamu ambil pada waktu itu.





Cara mengendalikan makanan ketika emosi

  1. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar diet atau pemakanan.
  2. Carilah teman untuk berbual.
  3. Sertai kumpulan sokongan yang boleh membantu kamu mengurangkan berat badan.
  4. Melayari internet juga dapat membantu. Layari laman sesawang yang menawarkan program diet.  Kamu juga boleh bersoal jawab dengan pakar atau kaunselor melalui e-mail.





Faedah-faedah diet

  1. Bebas lemak bukanlah selalunya perkara terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yang diambil.
  2. Menggelak untuk mengambil sarapan boleh membuatkan kamu mengidam pada makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.
  3. Sekiranya kamu terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.
  4. Masih belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar boleh menyebabkan glukosa menurut. Mengambil sedikit makanan yang berkhasiat dapat merangsangkan otak dan tubuh kamu.
  5. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dengan lebih cepat.
  6. Sayur-sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, malah ia juga menyimpan segala zat nutrient didalamnya.
  7. Bimbang tentang kandungan lemak trans didalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi 0.5 gram lemak trans.








RANCANG PEMAKANAN ANDA!!!



Rancang pemakanan berdasarkan keperluan nutrien anda

Keperluan fisiologi dan biologi pada beberapa peringkat kehidupam wanita menyebabkan keperluan nutrient mereka bertambah dengan signifikan seterusnya menyebabkan mereka lebih mudah terdedah kepada kekurangan nutrient.


   Ã°        Remaja : Sesetengah nutrient amat diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan pesat .
   Ã°        Pra- hamil : Nutrien secukupnya diperlukan untuk sebagai persediaan tubuh mereka untuk                      kehamilan.
   Ã°        Kehamilan dan laktasi :  Keperluan nutrient tertentu demi menghasilkan susu berkualiti tinggi.
   Ã°        Menopuas : Risiko tinggi mendapat penyakit kronik disebabkan hormon di hadapi.



Keperluan nutrien dan kalori – berbeza mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal :

-       Kanak-kanak sedang membesar, remaja dan wanita memerlukan lebih kalsium untuk tulang yang sihat.

·         Contoh makanan kaya kalsium : susu dan hasil tenusu, keju, yogurt, tauhu.

-       Kanak-kanak muda, remaja perempuan dan wanita dalam umur reproduktif perlu makanan kaya zat besi, seperti daging tidak berlemak, telur dan produk bijiran penuh.

·         Contoh makanan kaya zat besi : kerang, hati, daging tanpa lemak, telur.



Perbandingan keperluan nutrien  di antara lelaki dan perempuan
-       Berbanding lelaki, ada sesetengah nutrient yang kurang diperlukan wanita – seperti tenaga, iodine, niasin.



Umur
(tahun)
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Tenaga
( kcal / hari)
Protein
(g / hari)
Zink
(mg / hari)
Niasin (mg/ niasin setara / hari)
10-12
2180
1990
45
46




13-15
2690
2180
63
55
9.0
7.5
16
16
16-18
2840
2050
65
54




19-29
2440
2000






30-59
2460
2180
62
55
6.7
4.9


>60
2010
1780
59
51
(6.2)*
(4.3)*
16
14


Umur
(tahun)
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Vitamin B1
(mg / hari)
Vitamin B2
(g / hari)
Vitamin E
(mg / hari)
Iodin (ug / hari)
10-12






144
148
13-15



1.0


106
98
16-18
1.2
1.1
1.3

10
7.5
118
104
19-29








30-59



1.1


124
110
>60






(114)*
(98)*



*65 tahun
Sumber : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (RNI), Malaysia 2005.


Perbandingan keperluan zat besi di antara lelaki dan perempuan
-       Wanita memerlukan lebih banyak zat besi


Umur (tahun)
Lelaki (mg/ hari*)
Perempuan (mg/ hari*)
10 – 14
15
141
15 – 18
19
33
>19
14
31


292


113



  1. Sebelum baligh
  2. Sebelum menopaus
  3. Menopaus




Sumber : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (RNI), Malaysia 2005.


Berlebihan zat makanan pula sering kali boleh meningkatkan risiko seseorang wanita untuk mendapat penyakit kronik. Penyakit berkaitan dengan tabiat pemakanan dapat dicegah dengan memahami corak pengambilan makanan sihat. Piramid makanan boleh digunakan sebagai panduan mengenai jenis dan jumlah makanan yang perlu diambil pada setiap hari. Piramid ini memberikan purata bilangan sajian yang perlu diambil daripada empat aras seperti berikut :


  1. Aras 1 : Roti, bijiran, nasi , ubi, dan pasta.
  2. Aras 2 : Buah – buahan dan sayur – sayuran.
  3. Aras 3 : Daging, ikan, ayam, itik, kekacang, telur, susu, yogurt dan keju.
  4. Aras 4 : Minyak, lemak, gula dan garam.