Wednesday, March 14, 2012

Petai Belalang Penawar Penyakit Kencing Manis



 





Petai Belalang
 
















Petai belalang adalah sejenis tumbuhan tempatan yang lazat untuk dimakan mentah mahupun dibuat ulam atau dimasak sambal. Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikenali kerana khasiatnya dapat mengubati penyakit kencing manis.. Akarnya direbus bersama tiga cawan air. Biarkan akar itu kering sehingga tinggal satu cawan air.
Selawat tiga kali dan minum sekali dalam sehari. Dari segi saintifik, ia dikenali sebagaiLeucaena Leucocephala. Petai belalang ini juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak.
Daun petai belalang muda ditumbuk dengan beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis demam campak. Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik.
Daunnya dibakar manakalah abunya dicampurkan dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok kebahagian yang bersisik.
Untuk mengatasi masalah kayap, rebuskan pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandian dan membersihkan badan.

Sumber petikan daripada : http://psipum.org/petai-belalang-penawar-penyakit-kencing-manis/