BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh
Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau
yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik,
atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah
kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan
tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor
tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji
tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda
mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres
kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat
mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam
komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej
Universiti Cork, Ireland.
Namun begitu, dia
menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan
mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.
EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam
semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala
diabetes.-Sumber KOSMO-
Pada kebiasaan
yang kita dengar, makan coklat juga mampu untuk mengatasi masalah stres. Namun
mungkin boleh menjadikan anda lebih cepat gemuk jika makan secara berlebihan.
Mungkin lepas
ini boleh cuba untuk beralih kepada Yogurt.
Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan
1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
Fakta :
Kandungan kolestrol yang tinggi tidak semestinya hanya kepada individu yang
mengalami masalah lebihan berat badan (Obesiti) tetapi orang kurus juga boleh
mengalami masalah yang sama.