1-MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buahan, dan bijiran yang selamat. (Selamat ini bermaksud yang kurang penggunaan racun perosak dan baja kimia). Apabila anda memakan banyak sayuran dan buahan sajian harian anda ( saranan adalah mengambil5-7 sajian sehari) risiko anda untuk kanser paru-paru, usus besar, pundikencing, oral kaviti dan perut akan menurun. Buahan dan sayuran yang tinggi serat disamping ada kandungan yang secara natural bolehmencegah
kanser . Antara buahan yang terbukti boleh mencegah
kanser seperti acai beri, epal, asparagus, brokoli,lobak dan strawberri.
2-KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DALAM MAKANAN HARIAN.
Elakan makanan yang tinggi lemak samada lemak haiwan atau pun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan
kanser payudara,prostate, rahim,ovari, pankreas, perut dan juga usus besar.Lebih penting elakan dari mengambil lemak buatan – TRANS FATTY ACID.
3-KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING.
Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan
kanser seperti
kanser payu dara,rahim, usus besar, rektum,pankreas dan juga
kanser buah pinggang. Daging barbeque, disalai,diperam lagi meningkatkan risiko untuk
kanser jika dimakan berlebihan dan kerap.
4-JANGAN MEMASAK MAKANAN & SAYURAN SAMPAI LUNYAI
Vitamin dan mineralnya akan hilang dan tinggal serat sahaja.
5-BELILAH MAKANAN ORGANIK KALAU MAMPU.
Kalau nak bagus lagi tanam je sayuran sendiri di halaman rumah tu, disamping menjimatkan perbelanjaan anda boleh juga mencantikkan halaman rumah.
6-ELAKKAN MEMINUM AIR YANG TAK BERTAPIS.
Kalau ada duit lebih belilah penapis air, ada banyak dijual dipasaran sekarang dari yang bermagnet lah beraura lah. Tetapi yang paling mustahak air yang ditapis bebas KLORIN yang boleh menyebabkan
kanser , logam logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria2 degil. Kalau tak mampu pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.
7-AMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN) YANG MAMPU MENINGKATKAN SISTEM IMUN.
Pada masa sekarang pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian.Ini adalah kerana nutrient-nutrient didalam makanan , sayuran dan buahan adalah tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh pertanian yang intensif dan berskala besar , ye la semua nak cepat contoh dulu tanam padi setahun sekali sekarang setahun sampai 3 kali yang pasti tanah tak cukup masa untuk memulihkan untuk mengembalikan zatnya untuk digunakan semula.Antara makanan tambahan yang direkomendkan untuk sistem imun adalah seperti TRANSFER FACTOR yang terbukti dengan kajian sains. Makanan tambahan yang tinggi nilai antioksida seperti JUS MONAVIE yang terdiri dari SUPERFOOD ACAI BERI dan 18 buahan terpilih yang lain.Manakala makanan tambahan yang bolehmembersihkan usus secara semulajadi seperti ALOEVERA.( 90% peratus penyakit adalahberpunca dari usus). Paling malas nak ambilsuplemen kurang-kurang pun makanlah vitamin C.
8-JIWA KENA TENANG DAN BERSIH serta ELAKKAN DAN TANGANI STRESS DENGAN BIJAK.
9-PEKA DENGAN PERUBAHAN PADA TUBUH BADAN.
Kenali tanda-tanda awal
kanser dan bertindak segera dengan berjumpa yang pakar.
10-MINIMUMKAN PENGAMBILAN UBATAN.
Kebanyakan ubatan adalah dari bahan-bahan kimia walaupun kajian telah dilakukan dan terbukti selamat dan ada juga pada mulanya selamat kemudian ditarik balik kerana kesan sampingan berbahaya sudah semestinya jika berambilan pada masa panjang akan mendatangkan kesan-kesan sampingan pada tubuh badan. Kalau tak perlu, tak payah lah makan ubat biarlah tubuh badan kita menyembuhkan dengan caranya atau ambilah sesuatu yang semulajadi untuk membantu tubuh badan melawan penyakit, biar lambat asal selamat.
11-ELAKKAN KAWASAN ATAU BANGUNAN YANG LITAR PENGUDARAN UDARA TERTUTUP.
12-ELAKKAN PENGGUNAAN KAPAL TERBANG.
Pengudaraan biasanya menggunakan pengudaraan yang dikitar semula, ini mendedahkan kita kepada serangan virus yang mungkin berbahaya.
Disamping itu juga pendedahan yang tinggi terhadap UV radiation pada altitude yang tinggi mungkin boleh menyebabkan
kanser .
13-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA HANDPHONE.
Kalau nak bergayut janganlah guna handphone kang silap haribulan masak otak tu dan telinga berkanser pulak. Setiap alatan perhubungan sebenarnya mengeluarkan radiofrequensi yang tidak diketahui kesannya pada tubuh manusia, kemungkinan penyebab
kanser .
14-MASAK JANGAN GUNAKAN MICROWAVE.
15-JAUHKAN SINAR X (XRAY) SEBAIK MUNGKIN.
Setiap kali x ray diambil berjuta-juta sel mati, sebab tu doktor tak bagi amik x ray kerap sangat .Kemungkinan sinar X ini juga menyebabkan
kanser . Kalau kenekat testis kemungkinan boleh MANDUL.
16-KAWAL BERAT BADAN ANDA.
Banyak kajian saintifik mengaitkan kegemukan dengan
kanser . Jangan makan mengikut hawa nafsu.
17-KATAKAN TIDAK PADA ROKOK.
Walaupun bukan semua perokok itu mesti terkena
kanser , tetapi didapati terdapat kaitan rapat rokok dengan
kanser yang terdiri dari kawasan ia mula masuk,meresap dan juga bila ia keluar semua kawasan yang terlibat boleh menjadi
kanser . Yang malangnya juga, perokok juga menyebabkan orang lain terdedah kepada
kanser dengan berganda akibat asap rokok yang dikeluarkan. Maka katakan TIDAK pada rokok kerana rokok hanya pelaburan kepada penyakit dan kemerosotan kewangan di masa tua..hehe kalau sempat tua la..
18-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA SINAR MATAHARI TERIK.
Sinar cahaya matahari dipagi hari adalah bagus untuk kesihatan kerana dapat membantu menghasilkan vitamin D pada kulit. Tetapi pendedahan kepada sinar matahari terik sehingga “sunburn’ itu memudaratkan boleh dapat
kanser kulit.
19-BERHATI-HATI DENGAN PENDEDAHAN ALAT ELETRIK.
Jarakan diri anda dengan alat eletrik seperti TV. Kerana kebanyakkan alat eletrik menghasilkan gelombang radiasi dan frequensi walaupun kecil tapi sekiranya pendedahan yang kronik mungkin memudaratkan.
20-KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BANYAK PERISA DAN PENGAWET.
Jangan amalkan mengambil makanan ringan kerana ia mempunyai bahan itu, dan lebih bagus jangan ajar anak-anak kita mengambilnya. Amalkan makanan yang fresh.
21-KATAKAN TIDAK PADA ARAK DAN ALKOHOL
Alkohol menyebabkan seribu satu masalah kepada kesihatan badan kita. Alkohol boleh menyebakan
kanser mulut, tekak. salur esofagus,perut, pankreas dan juga hati.
Nota diatas cuma saranan sahaja, bukan semestinya anda mengikut langkah langkah itu anda terselamat dari
kanser tetapi sekurangnya anda telah meminimumkan penyebab-penyebab
kanser .
Sumber petikan daripada : http://bicarasihat.com/21-cara-ubah-gaya-hidup-elak-kanser-97805
Sumber petikan daripada : http://bicarasihat.com/21-cara-ubah-gaya-hidup-elak-kanser-97805