Thursday, March 15, 2012

Makan KFC Semasa Berdiet?







Siapa yang tak suka KFC?  Dengan ayam goreng hot and spicy, cheesy wedges memang cukup dah nak buat kita telan air liur. Memang finger lickin’ good. Lagipon KFC antara fast food yang termurah berbanding McD & Pizza Hut.
Ramai yang ‘boikot’ KFC semasa berdiet. Kononnya pengharaman terhadap KFC harus dibuat kalau nak kurus. Sebenarnya ada cara untuk makan KFC dengan cara yang lebih sihat. Untuk yang tengah berdiet jom tengok…
1. Pilih Bahagian Dada




 
Bahagian dada ayam adalah yang paling kurang lemak dan paling tinggi protein. Malah kalori  juga lebih rendah berbanding bahagian yang lain. Bahagian yang paling tinggi lemak dan kalori ialah Thigh. Bukan drumstick, tapi yang lebih dekat dengan bontot ayam tu.
2 - Buang kulit ayam





 
Kulit dan kerak  mengandungi kandungan lemak & minyak yang sangat tinggi.Tinggi lemak tu maksudnya tinggi kalori. Seketul drumstik  goreng berserta kulit/kerak tepung mengandungi 10g lemak (179kcal) – kandungan lemak lebih kurang satu sudu besar minyak masak, manakala seketul betis ayam goreng tanpa kulit/kerak tepung mengandungi 4g lemak (92kcal). Tengok, modified sikit je ayam KFC dah boleh kurangkan 87kcal!
3 - Pilih perisa ‘spicy’, bukannya ‘original’




 
Kenapa kena pilih spicy tapi bukannya original? Sebabnya mudah, makanan yang berempah ni boleh meningkatkan metabolism, dan tinggi metabolism maksudnya kita boleh ‘bakar’ kalori lagi cepat compare dengan biasa, lepas tu dapat bantu mereka yang ‘terlebih berat’ untuk turun berat badan dengan pantas.

4- Bawak air masak / mineral



Kalu ditanya Pepsi? Mirinda? 7 up? Cakap tak nak! Dahla harga mahal , minuman bergas langsung tidak menyihatkan. 1 cawan Pepsi yang  di KFC hanya mengandungi kira-kira 7 sudu teh gula berserta beberapa mol gas karbonat dan sedikit perasa. Berbaloi ke bayar RM1.80 untuk 7 sudu teh gula, padahal sekampit gula 1kg, baru RM1.60? Fikir-fikirkanlah..



 
5 - Elak  ’French Fries’ atau ‘Wedges’




VS


Letak sebatang fries atau wedges di celah lipatan sehelai tisu dan picit. Cuba tengok minyak yang melekat lekat kat tisu tu. Sebatang dua adalah OKAY, tapi  mampu ke nak  makan sebatang dua je, padahal dah bayar lebih kurang RM3 untuk cheesy wedges? Senang tak payah nak add on cheesy wedges or fries. JIMAT!
6 - Lap minyak yang berlebihan



Lepas buang kulit ayam dan kerak , korang mesti perasan silaun-silau minyak kat  isi ayam tu. Lap minyak-minyak tu dengan tisu KFC bagi. Kalau tak cukup boleh mintak kat kaunter.  Korang dah boleh kurangkan  beberapa puluh kalori kalau ikut teknik lap lap minyak ni.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2010/10/makan-kfc-semasa-berdiet/