Thursday, March 15, 2012

Cara Untuk Menenangkan Diri Yang Marah



 
Anda selalu bergaduh dengan pasangan anda. Ada jugak yang bergaduh dengan ibu bapa anda. Tidak pandai untuk mengawal kemarahan. Asal tak puas hati je meninggikan suara. Ajak orang bergaduh sana sini.
Ada beberapa cara untuk menenangkan diri anda yang marah itu. Antaranya ialah:
Berwuduk
Ini adalah cara terbaik. Ketika anda sedang marah, berwuduklah. Pasti akan redha kemarahan itu. Selain itu, wuduk juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. So, amalkan la berwuduk.
Beribadat
Perkara paling senang untuk dilakukan. Bagi umat Islam hari-hari diwajibkan solatkan?? Solat tu dah dikira ibadat. So jangan lah tinggal solat. Senangkan. Solat dapat menenangkan diri anda. Anda juga boleh melakukan ibadat lain seperti qiamullail, baca al-quran dan macam-macam lagi sebagai tambahan.
Makan Coklat
Ada kajian yang menyatakan bahawa makan coklat dapat mengurangkan tekanan darah dengan membesarkan pembuluh darah. So kurang lah naik darah tu.
Melihat Pemandangan Cantik
Melihat alam ciptaan Allah ini memang banyak hikmahnya. Kagum dengan segala ciptaanNya. Hati anda akan lebih sejuk.
Amalkan Minum Teh
Teh dapat menurunkan kadar peningkatan hormon marah. So bila tiada hormon tu, anda tidaklah naik angin tidak tentu pasal jer.
Menonton Video Atau Cerita Lucu
Dengan menonton dan menbaca sesuatu yang lucu anda akan ketawa. Dengan ketawa anda boleh menghilangkan sedikit sebanyak duka atau masalah-masalah yang berlaku. Anda akan merasa lebih happy.
Berurut
Anda boleh mengurut sendiri kepala anda. Ataupun nak lebih sedap suruhla rakan-rakan anda ataupun sesiapa saja yang urut. Kalau rasa banyak duit boleh pegi spa. Satu badan dia urutkan.
Meluahkan Perasaan
Kadang-kadang bila kita simpan sesuatu didalam hati kita menyebabkan kita akan cepat naik marah. So, jika ada sengketa berkongsilah dengan sesiapa saja. Kita akan memperoleh banyak cara untuk melerai kerumitan yang terjadi. Jangan tanggung seorang diri. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak idea yang akan diperolehi untuk selesaikan masalah.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/03/cara-untuk-menenangkan-diri-yang-marah/

5 Minuman Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan!


Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.
1- Air masak


 

Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.
2- Jus sayur-sayuran



Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.
3-Teh yang tidak terlalu manis






 

Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.
4-Kopi




 

Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.
5-Susu rendah lemak






 

Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.
Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/06/5-minuman-yang-membantu-mengurangkan-berat-badan/

7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak



 

Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan  gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit.  Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon  jadi jemu.
Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:
JUS OREN



Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk  melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.
TEH CHAMOMILE




 
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).
JUS CRANBERRY


 
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.
SUSU COKLAT




 
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian.  Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat  mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.
TEH HIJAU




 
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22%  turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena  kanser   dan penyakit jantung.
JUS TOMATO


 
Jus tomato dapat menurunkan risiko  kanser  dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari   kanser   . Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.
TEH HITAM




 
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis   kanser   kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat anti  kanser   . Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel   kanser   kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.


Sumber petikan daripada :  http://selangor2u.com/blog/2011/02/7-minuman-berkhasiat-sebagai-pengganti-air-masak/

Makan KFC Semasa Berdiet?







Siapa yang tak suka KFC?  Dengan ayam goreng hot and spicy, cheesy wedges memang cukup dah nak buat kita telan air liur. Memang finger lickin’ good. Lagipon KFC antara fast food yang termurah berbanding McD & Pizza Hut.
Ramai yang ‘boikot’ KFC semasa berdiet. Kononnya pengharaman terhadap KFC harus dibuat kalau nak kurus. Sebenarnya ada cara untuk makan KFC dengan cara yang lebih sihat. Untuk yang tengah berdiet jom tengok…
1. Pilih Bahagian Dada




 
Bahagian dada ayam adalah yang paling kurang lemak dan paling tinggi protein. Malah kalori  juga lebih rendah berbanding bahagian yang lain. Bahagian yang paling tinggi lemak dan kalori ialah Thigh. Bukan drumstick, tapi yang lebih dekat dengan bontot ayam tu.
2 - Buang kulit ayam





 
Kulit dan kerak  mengandungi kandungan lemak & minyak yang sangat tinggi.Tinggi lemak tu maksudnya tinggi kalori. Seketul drumstik  goreng berserta kulit/kerak tepung mengandungi 10g lemak (179kcal) – kandungan lemak lebih kurang satu sudu besar minyak masak, manakala seketul betis ayam goreng tanpa kulit/kerak tepung mengandungi 4g lemak (92kcal). Tengok, modified sikit je ayam KFC dah boleh kurangkan 87kcal!
3 - Pilih perisa ‘spicy’, bukannya ‘original’




 
Kenapa kena pilih spicy tapi bukannya original? Sebabnya mudah, makanan yang berempah ni boleh meningkatkan metabolism, dan tinggi metabolism maksudnya kita boleh ‘bakar’ kalori lagi cepat compare dengan biasa, lepas tu dapat bantu mereka yang ‘terlebih berat’ untuk turun berat badan dengan pantas.

4- Bawak air masak / mineral



Kalu ditanya Pepsi? Mirinda? 7 up? Cakap tak nak! Dahla harga mahal , minuman bergas langsung tidak menyihatkan. 1 cawan Pepsi yang  di KFC hanya mengandungi kira-kira 7 sudu teh gula berserta beberapa mol gas karbonat dan sedikit perasa. Berbaloi ke bayar RM1.80 untuk 7 sudu teh gula, padahal sekampit gula 1kg, baru RM1.60? Fikir-fikirkanlah..



 
5 - Elak  ’French Fries’ atau ‘Wedges’




VS


Letak sebatang fries atau wedges di celah lipatan sehelai tisu dan picit. Cuba tengok minyak yang melekat lekat kat tisu tu. Sebatang dua adalah OKAY, tapi  mampu ke nak  makan sebatang dua je, padahal dah bayar lebih kurang RM3 untuk cheesy wedges? Senang tak payah nak add on cheesy wedges or fries. JIMAT!
6 - Lap minyak yang berlebihan



Lepas buang kulit ayam dan kerak , korang mesti perasan silaun-silau minyak kat  isi ayam tu. Lap minyak-minyak tu dengan tisu KFC bagi. Kalau tak cukup boleh mintak kat kaunter.  Korang dah boleh kurangkan  beberapa puluh kalori kalau ikut teknik lap lap minyak ni.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2010/10/makan-kfc-semasa-berdiet/

Bahaya Barangan Plastik!



Barangan Plastik Salah Satu Penyebab Kanser!!!
 
Barangan yang diperbuat daripada plastik lebih menjadi pilihan suri rumah sekarang. Selain murah, barangan plastik lebih tahan lama dan mudah untuk di kendali berbanding dengan yang lain. Ianya di katakan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur terutamanya untuk kanak kanak. 


 
Ini merupakan kod yang dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat dan telah diadaptasi oleh lembaga-lembaga yang mengembangkan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization). Mungkin anda pernah terlihat simbol ini yang secara umumnya berada di dasar barangan plastik. Tapi tahu tak apa makna setiap simbol dan kod ni? Setiap simbol dan kod yang tertera memberi maksud tersendiri seperti berikut:
1-PET atau Polyethylene Terephthalate




 
 
Biasanya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera simbol tiga segi ni dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET di bawah segitiga. Simbol itu biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparent seperti botol air mineral dan hampir semua botol minuman lain. Botol Jenis PET/PETE ini dicadangkan “hanya untuk sekali pakai”.
KENAPA?
Bila kerap sangat dipakai, terutamanya bila digunakan untuk menyimpan air panas akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan  kanser  dan ada kes seorang perempuan menghidap   kanser   payudara, dan setelah di diagnosis oleh doktor, polimer-polimer dari botol minuman ini berada dalam sel   kanser   tersebut.
2-HDPE atau High Density Polyethylene


 
HDPE biasanya dipakai untuk botol  yang berwarna  (bukan jernih), tupperware, kursi lipat, dan lain-lain. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang sesuai untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang disimpan dalam bekas plastik ini.
HDPE memiliki sifat  yang lebih kuat, keras  dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Sama juga seperti PET, HDPE juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian, kerana tindakbalas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.
3- V atau Polyvinyl Chloride




 
Plastik ini biasanya digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. PVC mengandung DEHA yang dapat bertindakbalas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik berbahan PVC. Tindak balas yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dibungkus sangat berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain yang tidak mengandung bahan pelembut seperti plastik yang terbuat dari polietilena @ daun pisang.
4- LDPE atau Low Density Polyethylene




 
LDPE, iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi). Biasanya LDPE digunakan untuk tempat makanan, plastik , dan botol-botol yang bersifat agak lembik. Plastik LDPE adalah kuat, tembus cahaya dan fleksibel dan pada suhu di bawah 60 darjah celsius ianya sangat tahan terhadap tindak balas kimia, perlindungan terhadap wap air tetapi kurang baik bagi tindak balas gas-gas yang lain seperti oksigen. Barangan dari bahan LDPE ini sukar diuraikan, tetapi tetap baik untuk dijadikan pembungkus makanan atau pinggan kerana sukar bertindak balas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik ini.
5- PP atau Polypropylene


 
Polypropylene adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama untuk produk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan paling penting botol susu bayi. Polypropylene lebih kuat dan ringan serta mempunyai kadar  tindak balas wap yang rendah,mempunyai ketahanan yang baik terhadap lemak, dan stabil terhadap suhu tinggi.
Apabila membeli barangan plastik untuk menyimpan makanan dan minuman, carilah dengan kod angka 5.
6- PS atau Polystyrene


 
Polystyrene ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa digunakan sebagai bahan tempat menyimpan makanan (styrofoam), cawan pakai buang dan lain-lain.
  • Barangan daripada Polystyrene harus di elakkan, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, ianya mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan pada masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf.
  • Bahan itu juga sukar terurai. Polystyrene memerlukan proses yang sangat panjang dan lama untuk diuraikan.
7-OTHER


 
OTHER merupakan gabungan dari SAN (styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile butadiene styrene) dan PC (polycarbonate, Nylon). OTHER digunakan pada tempat menyimpan makanan dan minuman seperti botol air sukan, alat-alat rumah tangga, komputer dan alat-alat elektronik.
  • Polycarbonate (PC) digunakan dalam botol susu bayi dan botol minum. PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imun.
  • Bisphenol-A boleh berpindah masuk ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan kerana pemanasan.
  • SAN dan ABS memiliki ketahanan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.
  • Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, termos, piring,penapis kopi, dan sikat, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan.
Melihat bahaya yang terkandung dalam plastik, sudah smpai masa kita harus bertindak bijak dalam penggunaan plastik, terutamanya plastik dengan kod 1, 3, 6, dan 7 (khususnya polycarbonate) kerana kod tersebut memiliki bahan kimia yang merbahaya dan jika kita masih hendak menggunakan barangan  plastik, gunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (kecuali polycarbonate).


Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/03/bahaya-barangan-plastik/

Wednesday, March 14, 2012

Bagaimana untuk Ukur Tisu lemak di dada



 

Menurut "Sains harian" Julai 2010, tidak ada standard emas yang boleh diterima untuk mengukur ketumpatan payu dara. Ketumpatan payudara mempunyai hubung kait secara langsung dengan berat payudara, adipos kedua-dua, atau lemak, tisu dan tisu kelenjar. Yang tidak akan berhenti daripada beribu-ribu wanita dari mengambil masalah dan mencari kaedah yang sesuai untuk berat dada mereka. Saiz cawan Seorang wanita adalah petunjuk yang baik lemak-tisu di dalam payudara. Selain tisu kelenjar, lemak adalah apa yang terdiri daripada payudara wanita. Seberat payudara adalah satu cara yang penting untuk mengakses peratusan tisu lemak.









Arahan



    • 1
      Menanggalkan pakaian dari pinggang dan tergelincir ke dalam jubah. Tetapkan skala dapur di atas kaunter yang tinggi, bar atau rak yang tinggi pinggang lalu. Gunakan sekeping plastik dan meliputi skala dapur. Tetapkan skala dapur kepada sifar. Menguji skala untuk ketepatan dengan meletakkan berat £ 5 dan melihat keputusan. Letakkan stand up cermin jadi nombor pada skala digital akan mudah dilihat apabila berat payudara. Gunakan sebelah kiri kaunter untuk cermin, jika berat payudara yang betul.
    • 2
      Keluarkan jubah dan meletakkan payudara pada skala sehingga kepada jahitan di mana payudara dan dada bertemu di bawah payudara. Menimbang payudara penuh akan memberikan hasil yang paling tepat. Bengkokkan lutut tinggal tahap dengan skala tidak menekan mana-mana tambahan berat ke skala. Melihat ke dalam cermin dan mengesan bilangan digital. Membuang payudara dari skala dan menulis nombor di atas sekeping kertas. Ulangi proses ini sebanyak tiga kali. Tambah semua nombor tiga, kemudian dibahagikan oleh tiga untuk mendapatkan purata min.
    • 3
      Satu cara alternatif untuk mengukur berat payudara dengan merendamkannya payudara ke dalam mangkuk air. Untuk melakukan ini, mula-mula berat dulang pembakar dengan pihak yang tinggi pada skala dapur dan menulis keputusan. Letakkan dulang pembakar di atas kaunter dan mengisi mangkuk besar dengan air suam ke atas. Letakkan mangkuk di tengah-tengah dulang dan tenggelam payudara sepenuhnya, di samping membenarkan air untuk melimpah ke dalam dulang. Apabila dulang ditimbang dengan air, menulis nombor. Sekarang tolakkan berat dulang daripada bilangan kedua untuk mendapatkan berat payudara. Liter adalah sama dengan 1 kg. Jika payudara telah disesarkan ini air banyak - 1 liter, anda adalah kira-kira satu saiz C cawan.


Read more: Bagaimana untuk Ukur Tisu Lemak dalam Payudara | eHow.com http://www.ehow.com/how_7719044_measure-fat-tissue-breasts.html#ixzz1p9muxAqR