Wednesday, June 6, 2012

Berapa Putih Mata Anda?


Berapa Putih Mata Kita?

Kenapa perlu endah tentang 'keputihan mata' ?

Sebab :

1. Periksa alergi mata
2. Infeksi dari contact lens, atau habuk
3. Masalah penyakit herpes

dan lain-lain...

Jika 'keputihan' di bahagian mata tak cukup putih, jernih, bersih..atau mungkin juga ada sedikit kemerahan atau kekuningan, itu tanda-tanda awal kerosakan mata. Terdedah kepada cahaya matahari juga antara faktor utama. Kacamata hitam yang tidak dilindungi dengan radiasi ultraviolet mengakibatkan membran di anak mata menebal. Ini sangat lazim dialami oleh orang Asia, 70% adalah berusia antara 40 ke atas.

Jika mata ada sedikit kemerahan, ini pula diakibatkan oleh urat darah di permukaan anak mata. Ada berdozen isu dan kemungkinan mengapa anak mata boleh menjadi kemerahan. 

ISu yang paling kerpa berlaku di kalangan kita adalah kerana kekurangan tidur yang berkualiti. Kebanyakan wanita menghadapi masalah yang sama kerana bahan kosmetik, sama ada celak atau kosmetik mata yang tidak berkualiti atau kerana contact lens yang tidak bersih.

Mata yang tidak sihat kerana kekeringan juga mengakibatkan radang mata dan timbul kemerahan. Walaupun ianya tidak serius, tetapi ini semua akan membawa kepada lebih banyak kenurukan juga mata yang berinfeksi, juga boleh mengakibatkan rabun. Jadi, isu kebersihan seharusnya dititik-beratkan.

Wanita seharusnya memilih bahan kosmetik yang berkualiti, bukan kerana kualiti produk dari segi nilai kosmetik juga kecantikan tetapi yang lebih utama adalah atas dasar isu keselamatan. Mata merah juga petanda alergi, flu/selesema atau herpes.

Simptom mata merah atau juga dikenali sebagai konjuntivitis adalah masalah yang diakibatkan oleh jangkitan bakteria. Kes jangkitan bakteria pada mata kini lebih kerap dilaporkan. Ia juga berpotensi untuk merebak dan jadi jangkitan yang lebih teruk hingga boleh menghilangkan penglihatan.


Bagaimana untuk memeriksa mata dengan cara mudah di rumah?

Lihat anak mata dan perhatikan tahap 'keputihan' anak mata di cermin. Buat secara konsisten dan jadikan ianya amalan harian. Perhatikan sebarang variasi perubahan pada anak mata. Jika anak mata putih dan sihat, Tetapi jika anak mata nampaknya 'pink' atau kemerahan, cuba elak untuk menggosok dengan kuat, elak pakai lens dan cuba gunakan eye drops yang mudah didapati di farmasi, sebagai langkah permulaan. Jika anak mata masih lagi merah atau semakin teruk, segeralah dapatkan nasihat dari pakar perubatan. Jangan dibiarkan, kerana mata satu aset yang sangat berharga. Dan rawatan laser adalah amat mahal dibandingkan dengan penjagaan harian. Maka, hargailah aset anda!

========================

Kapsul B17 juga membantu kesihatan anda, detox semulajadi, bantu minda lebih alert dan penglihatan yang lebih baik.

Hubungi kami untuk info dan pembelian HOTLINE 016-7337380