Sunday, June 17, 2012

10 Tips Mudah Cegah Kanser

Jom Amalkan 10 Tips Mudah Untuk Cegah Kanser !




Tips No 1, 2 dan 3 :
JANGAN MEROKOK !  Jika anda adalah salah seorang daripada 4.6juta perokok di Malaysia, hentikanlah. Merokok dan akibat dari asap rokok merupakan aktiviti tidak sihat yang mengakibatkan 10 jenis kanser yang membawa maut. Malangnya, orang yang terdedah kepada asap rokok (walaupun mereka bukan seorang yang mempunyai tabiat merokok) juga mempunyai risiko tinggi akibat terhidu asap rokok. Ini merupakan penganiayaan, walaupun tidak disengajakan.









Tips No 4 :
SENTIASA AKTIF ! Kegemukan dan tahap kecergasan yang rendah memang berkait rapat dengan kanser dan penyakit lain juga. Amalkan gaya hidup yang sihat dan cergas membantu tahap kesihatan yang optimum. Oksigen berjalan lancar dalam tubuh sekaligus membantu edaan darah yang baik. Tak susah untuk jadi seorang yang aktif, contohnya : 
- berjalan kaki dari tempat parking kereta ke pejabat 10 minit

- menyapu sampah di kawasan rumah 10 minit
- aktiviti yang mengeluarkan peluh 20 minit
- kegiatan mengemas rumah juga membantu aktiviti regangan otot 15 minit
Jadi, suami isteri, juga para remaja rajin-rajin lah membantu membuat kerja rumah. Selain sihat, keluar peluh aktiviti mengemas sebenarnya menjemput malaikat ke rumah..membawa barokah. 

Tips No 5 :
MAKAN SAYURAN & BUAHAN ! Sayuran dan buahan mempunyai banyak zat dan nutrien yang tinggi. Gantikan coklat, ais krim dan makan bergula tinggi dengan jus buah-buahan. Makanan yang diproses seperti gula-gula, ais soda berkarbonat dan kek mengandungi bahan perisa tiruan, bahan pengawet makanan dan bahan tambahan lain yang mempunyai kesan jangka panjang pada organ kita. Cara mudah untuk kurangkan risiko kanser dan penyakit kronik adalah mengurangkan 'junk food' seperti ini kepada buahan. Selain boleh bantu mencegah kanser, antara kebaikan utama mengamalkan sayuran & buahan adalah badan yang lebih langsing...tubuh lebih langsing, kulit juga cantik berseri. Pilihan bistari..hehe

Tips No 6 :
KURANGKAN DAGING MERAH ! Sumber daging merah adalah seperti berikut :
- daging lembu
- daging kambing
- daging rusa
- daging khinzir (Para Muslimin tak amalkan yang ini, kan...selamat satu perkara)
Had kan mengambilan makanan berasaskan daging merah dalam diet harian. Daging merah dimakan 2 kali seminggu boleh menyumbang kepada potensi kanser perut & usus, menurut kajian oleh American Institute Of Cancer Research.  
Makanan bersumberkan daging sukar dihadam oleh perut dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk di proses. Dan sisa-sisa yang tidak habis dihadam akan tertinggal dalam perut/usus. Ini mengakibatkan punca tindakan biokimia terhasil yang lama-kelamaan akan menjadi aktif sekaligus menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

Tips No 7 :
GORENG PUN SODAP ..? Ya, makanan bergoreng memang sedap. Orang Malaysia memang kaya dengan makanan gorengan lazat. Nasi dan mee, ada goreng mamak, goreng thai. Buah-buahan...ada pisang goreng, cempedak goreng. Sekarang ada durian goreng pulak. Ayam, daging dan ikan, ini memang biasa kita dengar. Lauk-lauk sedap hasil dari gorengan. 
Malangnya, hasil gorengan merupakan 70% sumber punca kanser seperti kajian oleh University Of Minnesota. Ini kerana kebanyakan minyak masak kita telah melalui suatu proses bagi memanjangkan tempoh penggunaan minyak tersebut. Minyak dipanaskan dengan kehadiran hidrogen dan 'metal catalyst' yang juga boleh menghasilkan trans-fat. Hydrogenated oils, selain boleh jadi punca penyakit kanser, juga boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular, kadar metabolik yang tidak normal dan kegemukan.
Maka, gantikan lah menu makanan dengan menu sihat dan gunakan minyak zaitun sebagai bahan alternatif gorengan.

Tips No 8 :
ELAK ALKOHOL ! Amalan alkohol dikenalpasti menambah risiko kanser hati, kolon, payudara dan pankreas. Ini didapati hasil kajian daripada beberapa universiti terkemuka di Amerika Syarikat dengan usahasama oleh American Cancer Society. 

Tips No 9 :

LINDUNGI KULIT ANDA ! Walaupun kanser kulit jarang didengar di Asia tetapi akibat penggunaan bahan kosmetik juga boleh mengakibatkan kanser-kanser lain selain kanser kulit. Bahan kimia 'Paraben' banyak digunakan secara meluas oleh industri kosmetik. Ia mempunyai bahan bertindak seperti hormon estrogen, yang dikatakan berpotensi menjadi punca kanser payudara. Bahan kimia dalam kosmetik merupakan antara sumber utama berkarsinogen tinggi, terdapat dalam pelbagai jenama dalam produk kegunaan harian seperti bedak, shampu, lipstik dan sabun. 
Penemuan ini amat penting kerana kulit merupakan organ paling besar dalam tubuh kita. Penggunaan bahan berkarsinogen secara berterusan akan membawa kesan jangka panjang yang berbahaya. Baca label sebelum membeli produk. Elakkan produk seperti :
- methylparaben

- ethylparaben
- propoylparaben
- butylparaben
- isobutylparaben

Tips No 10 : 
SENTIASA PEKA ! Buatlah pemeriksaan berkala, tak kira lah anda lelaki atau wanita. Periksa keadaan organ luaran seperti prostat bagi lelaki, dan payudara bagi wanita..adakah ia menunjukkan tanda-tanda pelik dari biasa.
Prostat : adakah di mana-mana bahagian prostat timbul ketulan yang belum pernah ditemui sebelum ini? Atau di bahagian kemaluan ada lendiran yang berbau busuk, tanda tidak normal? Kencing yang menyakitkan?
Payudara : adakah ketulan di bahagian payudara atau ketiak? Adakah cairan/lelahan keluar dari puting payudara?
Rujuk kepada klinik/doktor bagi pemeriksaan susulan. Jangan disimpan, tak jadi emas pun......bertindak segera banyak kebaikan nya.