Thursday, June 21, 2012

Dia Mati Sebab Minum Air Tin???


Suka minum air minuman dalam tin? Baca ini! Sangat penting


PENTING DAN HARUS DIBACA...

Jangan dipadam pesanan ini sebelum berkongsikannya pada yang lain..

Pada Hari Minggu sebuah keluarga bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga di bawa ke rumah sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU).

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi membuat kesimpulan bahawa dia terkena "Leptospirosis". Apabila siasatan lanjut dibuat, didapati ada kontaminasi sahih pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandungi leptospira.

Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai2 tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteri.)


Para penjual minuman, para pekedai dan para pengguna sekalian kini boleh mengambil suatu pengajaran dari ini. Terutamanya ibu bapa, sentiasa mengingatkan anak-anak untuk berhati-hati dengan sumber makanan dari luar.  Masing-masing bertanggungjawab menjaga kebersihan. Jadi, beringatlah mulai sekarang bahawa sebelum langsung minum dari tin, seharusnya dibilas kawasan luarannya. Atau langsung gunakan gelas sama straw.


Jadi, ingat sekali lagi..bersihkan tin minuman atau botol dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal. 

Mohon 'forward' pesanan ini kepada semua orang yang kita sayangi.

p/s : Artikel ni dalam bahasa Indonesia, berkenaan dengan kematian disebabkan virus kencing tikus yang tersebar melalui air minuman bertin. Kes2 macam ni selalu terjadi, jadi berhati2 lah.


==================================================



Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.








Ubat Kanser, Penawar Kanser, Rawatan Alternatif Kanser, Vitamin B17

Wednesday, June 20, 2012

TIPS/INFO : DOA UNTUK MENGUBATI PENYAKIT KANSER!!!


TIPS/INFO : DOA UNTUK MENGUBATI PENYAKIT KANSER!!!


Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman..":QS Al-Israk:82 

Mungkin ramai di luar sana yang telah didiagnosa menghidap BARAH@KANSER, satu penyakit yang begitu menakutkan sesiapa sahaja!!!

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian. Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Rasanya setiap orang tahu 'setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'. Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser???

Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah S.W.T. memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010. Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.


0) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ (1

2) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

3) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

4) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

5) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ



Maksudnya : -

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (0)

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)

Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)

Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran!!! Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah S.W.T. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap!!!

Cara Pengamalan

Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

PESANAN : Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar...Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala!!! Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai 'asbab' atau wasilah untuk mencapai maksud...WALLAHUA'LAM!!!

Sumber dari Facebook : Anam EyeDentity, Yazid Tahar & Nisak Said 

======================================================================




Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.











Tuesday, June 19, 2012

Sumber Protein Dari Haiwan - Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)



Sumber Protein Dari Haiwan - Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)



SIRI NO 1 ~ Pantang Makanan Sumber Protein Dari Haiwan


Daging merah (red meat)
- daging lembu
- daging kambing
- daging unta
- daging khinzir
- daging rusa
- dan lain-lain jenis daging merah


Daging Putih (poultry)
- daging ayam
- daging puyuh
- daging itik komersil
- daging arnab komersil


*** Sumber makanan berdaging merupakan antara pantang terbesar kerana
- Daging merah kaya dengan darah. Darah mengandungi kadar zat besi yang tinggi. Zat besi (Iron/Ferum) dari sumber haiwan mempunyai satu rantaian istimewa yang menggandakan kadar pertumbuhan dan pembiakan sel, termasuk juga sel kanser. Ini antara kajian oleh Harvard School of Public Health dan para pengkaji penyakit kanser di American Institute of Cancer Research.


***Haiwan ternakan untuk hasil daging diberi makanan berproses dengan hormon dan aditif tambahan yang lain. Hormon ini lah yang membina tisu otot dan darah pada daging. Apabila kita kerap makan daging, kita juga telah menerima hormon tersebut dari daging tersebut walaupun dah dimasak. Hormon ini yang akan membawa risiko sel kanser berganda lebih cepat.





======================================================================





Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.











Produk Susu & Tenusu Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)



Produk Susu & Tenusu Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)


SIRI NO 2 ~ Pantang Produk Tenusu (Dairy Products)

- Susu
- Keju
- Marjerin/Mentega/Butter dan lain-lain

Ramai yang keliru dengan fakta ini, bahawa susu merupakan salah satu pantang untuk pesakit kanser sedangkan susu terkenal dengan khasiat dan kebaikannya...mengapa pula susu dan produk-produk tenusu (hasil dari proses susu) tidak boleh dimakan? 

Mengapa perlu pantang dari "Susu dan Hasil Tenusu" ? Jawapannya :

- Susu dan hasil tenusu yang ada dipasaran telah diproses, bukan lagi susu asli. Jadi, telah ada bahan pengawet makanan dalam susu tersebut. Walaupun bahan pengawet yang digunakan adalah jenis yang telah diluluskan oleh akta pemakanan, tetapi awet tersebut amat berbahaya pada pesakit kanser kerana kandungannya adalah seperti beri perisai imun kepada sel kanser untuk mandiri/independant dan tidak mudah kalah dengan serangan antibodi manusia yang semulajadi. Bukan susu sahaja ada bahan pengawet begini, boleh dikatakan semua makanan yang telah diproses (processed foods) memang mengandungi bahan awet. Ini adalah kesan jangka panjang kepada tubuh badan kita.

- Tahukah anda bahawa penghasilan susu secara komersil sebenarnya adalah hasil suntikan hormon kepada ternakan.....dan susu yang dihasilkan adalah secara paksa, bukan atas kitaran semulajadi. Sebarang produk hormon adalah faktor utama sel kanser boleh membiak dengan banyak dan pantas, terutama pada pesakit kanser payudara. Hormon tersebut seperti hormon insulin (IGF-I) memaksa sel-sel untuk berganda sendiri. Dalam tubuh kita sudah ada hormon semulajadi tetapi dengan kehadiran hormon tambahan dari makanan, sel-sel dipaksa berganda lagi...begitu lah sel kanser boleh berganda...bayangkan..

- Susu sangat sensitif pada kanser payudara, boleh menggandakan risiko kepada tahap kritikal..at least double the risk.

- Risiko pada pesakit Leukimia meningkat kepada 10% dan Tuberculosis meningkat kepada 30% akibat daripada hormon susu & hasil tenusu

- Susu juga yang kaya dengan kasium akan menghasilkan mukus/lendiran pada laluan makanan, iaitu antara mulut-esofagus-perut-usus. Nak tahu bagaimana rasa mukus tu..? Cuba minum seteguk air susu, dengan serta-merta dalam rongga mulut dan permukaan lidah akan rasa seperti ada suatu lendiran asing. Itu adalah hasil tindakbalas semulajadi air liur dengan susu, yang menghasilkan mukus. Jika di dalam mulut dah rasa begitu, dalam perut bagaimana pula keadaannya? Yang bahayanya adalah >>> mukus ini pula merupakan makanan bagi sel kanser. 

Kerana sebab ini lah, perlu elak makan produk susu & hasil tenusu.


======================================================================




Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.









Mengapa Gula Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)




Mengapa Gula Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)



SIRI NO 3 ~ Gula


Kajian yang telah di-publish kan di Journal Cancer Epidemiology oleh Mile Marker telah kenalpasti bahawa "GULA" adalah pantang bagi pesakit kanser kerana gula antara sumber utama yang memudahkan sel kanser membiak dan mejadikan status pesakit kanser di tahap yang lebih merbahaya. 


Apa yang membuatkan "GULA" sebagai makanan pantang untuk pesakit kanser?






Gula merupakan makanan yang mempunyai kandungan nilai index glycemic yang sangat tinggi. Apabila tubuh menerima makanan bergula tinggi, paras gula dalam darah naik melonjak dan ini menyediakan keadaan proliferasi (keupayaan untuk berganda) bagi sel kanser dalam tubuh manusia. Penghasilan ini mengakibatkan tumor akan membesar dengan cepat.


Konsep yang mudah difahami adalah kanser sel hidup dengan pemakanan bergula dari darah dalam tubuh manusia, tetapi dari sudut sains yang sebenar adalah...tubuh badan manusia memerlukan gula atau glukos untuk tenaga. Selain tenaga fizikal, tenaga basal juga diperlukan oleh organ-organ penting dalam tubuh seperti jantung, buah pinggang dan otak untuk berfungsi normal. Jangan risau, walaupun berpantang makanan manis dan bergula, itu tidak bermakna tubuh akan menjadi lemah, tiada tenaga dan organ-organ tidak boleh berfungsi..kerana tubuh badan kita boleh menghasilkan glukos/tenaga dari sumber makanan lain seperti protein, karbohidrat dan lemak.


Gula yang banyak juga akan banyak menghasilkan 'insulin'. Insulin adalah sejenis bahan semulajadi yang dihasilkan oleh badan. Fungsi insulin ini adalah untuk tatacara sel-sel berkembang. Jumlah insulin yang terlalu banyak akan menggangu sistem tubuh dan mengakibatkan sel kanser boleh membiak tanpa kawalan. Maka, kadar pengambilan gula yang banyak bukalah suatu yang baik,kan? 


Kajian oleh Pakar Susanna Larson yang diterbitkan di American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2006 memberi bukti bahawa kadar paras gula yang tinggi dalam darah dan kadar insulin yang tinggi hasil dari makanan bergula memberi kesan berkala pada perubahan biologikal tubuh manusia. Kesan tersenut mengakibatkan stimulasi sel kanser untuk hidup subur dan membiak, terutama untuk kes kanser pankreas, kolon, perut, prostat dan payudara.

Gantikan gula/manisan dengan :
- madu asli
- stevia


Jadi ingat ya...Dengan memotong kadar pengambilan makanan bergula secara berterusan akan melemahkan sel kanser. Berhemahlah dalam pemilihan makanan.






======================================================================








Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.














Processed Food - Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)



Processed Food - Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)


SIRI NO 4 ~ Pantang Kanser - Makanan Diproses (Processed Foods)

Makanan yang diproses terutama daging lembu dan ayam seperti burger, nugget, hotdog dan sebagainya telah diproses dengan bahan kimia ber-nitrat tinggi untuk penghasilan warna yang cantik dan mengawet bahan daging tersebut. Dalam perut, nitrat bertukar menjadi nitrosamin, suatu bahan pemangkin kanser. 

Kajian oleh Sidney Mirvish diterbitkan dalam Journal of Nutrition tahun 2002 membuat laporan bahawa hasil dari pengambilan hotdog mengakibatkan kanser. Pengambilan processed meat yang tinggi juga meningkatkan risiko lymphotic leukimia. Pengambilan daging ayam proses juga boleh mengakibatkan peningkatan B-sel lymphoma. Kajian tersebut disahkan oleh kajian oleh Sabine Rohrmann yang telah diterbitkan di International Journal of Cancer, 2010.


Rujukan :
National Cancer Institute: Understanding Cancer
University of California, San Francisco Medical Center: Diet For Cancer Treatment & Side Effects
American Jurnal Epidemiology: Association Between Serum Trans-Monosaturated Fatty Acids and Breast Cancer Risk in the E3n-Epic Study;V.Chajes;June 2008
American Journal of Clinical Nutrition: Comsumption of Dietary Fat and Meat, And Risk of Ovarian Cancer in the Netherlands Cohort Study; A.M. Gilsing; Nov 2010
American Journal of Clinical Nutrition: Comsumption of Sugar and Sugar-Sweetened Foods, and The Risk of Pancreatic Cancer in a Prospective Study; S.C. Larson; Nob 2006.
International Journal of Cancer, 2010



======================================================================




Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.









Sunday, June 17, 2012

10 Tips Mudah Cegah Kanser

Jom Amalkan 10 Tips Mudah Untuk Cegah Kanser !




Tips No 1, 2 dan 3 :
JANGAN MEROKOK !  Jika anda adalah salah seorang daripada 4.6juta perokok di Malaysia, hentikanlah. Merokok dan akibat dari asap rokok merupakan aktiviti tidak sihat yang mengakibatkan 10 jenis kanser yang membawa maut. Malangnya, orang yang terdedah kepada asap rokok (walaupun mereka bukan seorang yang mempunyai tabiat merokok) juga mempunyai risiko tinggi akibat terhidu asap rokok. Ini merupakan penganiayaan, walaupun tidak disengajakan.









Tips No 4 :
SENTIASA AKTIF ! Kegemukan dan tahap kecergasan yang rendah memang berkait rapat dengan kanser dan penyakit lain juga. Amalkan gaya hidup yang sihat dan cergas membantu tahap kesihatan yang optimum. Oksigen berjalan lancar dalam tubuh sekaligus membantu edaan darah yang baik. Tak susah untuk jadi seorang yang aktif, contohnya : 
- berjalan kaki dari tempat parking kereta ke pejabat 10 minit

- menyapu sampah di kawasan rumah 10 minit
- aktiviti yang mengeluarkan peluh 20 minit
- kegiatan mengemas rumah juga membantu aktiviti regangan otot 15 minit
Jadi, suami isteri, juga para remaja rajin-rajin lah membantu membuat kerja rumah. Selain sihat, keluar peluh aktiviti mengemas sebenarnya menjemput malaikat ke rumah..membawa barokah. 

Tips No 5 :
MAKAN SAYURAN & BUAHAN ! Sayuran dan buahan mempunyai banyak zat dan nutrien yang tinggi. Gantikan coklat, ais krim dan makan bergula tinggi dengan jus buah-buahan. Makanan yang diproses seperti gula-gula, ais soda berkarbonat dan kek mengandungi bahan perisa tiruan, bahan pengawet makanan dan bahan tambahan lain yang mempunyai kesan jangka panjang pada organ kita. Cara mudah untuk kurangkan risiko kanser dan penyakit kronik adalah mengurangkan 'junk food' seperti ini kepada buahan. Selain boleh bantu mencegah kanser, antara kebaikan utama mengamalkan sayuran & buahan adalah badan yang lebih langsing...tubuh lebih langsing, kulit juga cantik berseri. Pilihan bistari..hehe

Tips No 6 :
KURANGKAN DAGING MERAH ! Sumber daging merah adalah seperti berikut :
- daging lembu
- daging kambing
- daging rusa
- daging khinzir (Para Muslimin tak amalkan yang ini, kan...selamat satu perkara)
Had kan mengambilan makanan berasaskan daging merah dalam diet harian. Daging merah dimakan 2 kali seminggu boleh menyumbang kepada potensi kanser perut & usus, menurut kajian oleh American Institute Of Cancer Research.  
Makanan bersumberkan daging sukar dihadam oleh perut dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk di proses. Dan sisa-sisa yang tidak habis dihadam akan tertinggal dalam perut/usus. Ini mengakibatkan punca tindakan biokimia terhasil yang lama-kelamaan akan menjadi aktif sekaligus menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

Tips No 7 :
GORENG PUN SODAP ..? Ya, makanan bergoreng memang sedap. Orang Malaysia memang kaya dengan makanan gorengan lazat. Nasi dan mee, ada goreng mamak, goreng thai. Buah-buahan...ada pisang goreng, cempedak goreng. Sekarang ada durian goreng pulak. Ayam, daging dan ikan, ini memang biasa kita dengar. Lauk-lauk sedap hasil dari gorengan. 
Malangnya, hasil gorengan merupakan 70% sumber punca kanser seperti kajian oleh University Of Minnesota. Ini kerana kebanyakan minyak masak kita telah melalui suatu proses bagi memanjangkan tempoh penggunaan minyak tersebut. Minyak dipanaskan dengan kehadiran hidrogen dan 'metal catalyst' yang juga boleh menghasilkan trans-fat. Hydrogenated oils, selain boleh jadi punca penyakit kanser, juga boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular, kadar metabolik yang tidak normal dan kegemukan.
Maka, gantikan lah menu makanan dengan menu sihat dan gunakan minyak zaitun sebagai bahan alternatif gorengan.

Tips No 8 :
ELAK ALKOHOL ! Amalan alkohol dikenalpasti menambah risiko kanser hati, kolon, payudara dan pankreas. Ini didapati hasil kajian daripada beberapa universiti terkemuka di Amerika Syarikat dengan usahasama oleh American Cancer Society. 

Tips No 9 :

LINDUNGI KULIT ANDA ! Walaupun kanser kulit jarang didengar di Asia tetapi akibat penggunaan bahan kosmetik juga boleh mengakibatkan kanser-kanser lain selain kanser kulit. Bahan kimia 'Paraben' banyak digunakan secara meluas oleh industri kosmetik. Ia mempunyai bahan bertindak seperti hormon estrogen, yang dikatakan berpotensi menjadi punca kanser payudara. Bahan kimia dalam kosmetik merupakan antara sumber utama berkarsinogen tinggi, terdapat dalam pelbagai jenama dalam produk kegunaan harian seperti bedak, shampu, lipstik dan sabun. 
Penemuan ini amat penting kerana kulit merupakan organ paling besar dalam tubuh kita. Penggunaan bahan berkarsinogen secara berterusan akan membawa kesan jangka panjang yang berbahaya. Baca label sebelum membeli produk. Elakkan produk seperti :
- methylparaben

- ethylparaben
- propoylparaben
- butylparaben
- isobutylparaben

Tips No 10 : 
SENTIASA PEKA ! Buatlah pemeriksaan berkala, tak kira lah anda lelaki atau wanita. Periksa keadaan organ luaran seperti prostat bagi lelaki, dan payudara bagi wanita..adakah ia menunjukkan tanda-tanda pelik dari biasa.
Prostat : adakah di mana-mana bahagian prostat timbul ketulan yang belum pernah ditemui sebelum ini? Atau di bahagian kemaluan ada lendiran yang berbau busuk, tanda tidak normal? Kencing yang menyakitkan?
Payudara : adakah ketulan di bahagian payudara atau ketiak? Adakah cairan/lelahan keluar dari puting payudara?
Rujuk kepada klinik/doktor bagi pemeriksaan susulan. Jangan disimpan, tak jadi emas pun......bertindak segera banyak kebaikan nya.



Wednesday, June 13, 2012

Sunnah Nabi SAW Waktu Betul Minum Air


Kami share kan gambarajah di atas. Minum air pada waktu yang betul sebenarnya membawa kebaikan dan kesan yang baik pada pengamal. Juga terbukti dalam rujukan dari scholar2 dari sudut pandangan sains.  

Jom kita lihat betapa mudahnya amalan minum air pada waktu2 tertentu ini dapat berikan manfaat jangka panjang :

* 2 gelas air setelah bangun tidur - bantu replenish liquid dalam tubuh/ gantian-air dalam organ2 kerana tubuh tidak mendapat air dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur. Ini amat penting untuk 'activate' internal organ.


* 1 gelas air, 30minit sebelum makan - menyediakan esofagus dan sistem penghadaman (termasuk perut dan laluan nya) menerima makanan dan bantu proses penghadaman yang lebih efektif. Menurut kajian di Eropah, 90% orang yang minum air kosong sebelum makan mempunyai tahap kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan kurang berisiko untuk mendapat kanser kolon.

* 1 gelas air sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah

* 1 gelas air sebelum tidur - membantu mengelakkan serangan strok/angin ahmar dan bantu tubuh untuk sistem kardiovaskular yang sihat.  Amalan ini juga membantu kurangkan rasa lapar di waktu malam seperti disahihkan kajiannya oleh University of Washington.

*** Amalan minum 2.5L air kosong yang bersih setiap hari, 45% membantu mencegah kanser kolon, mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 79%, dan 50% kanser hempedu. (Hasil kajian yang diperseujui oleh pakar kesihatan seluruh dunia)


Barangsiapa yang menghidupkan sunnah Nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar umat, Allah SWT akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid. Maka dengan itu, insyaALlah kita berpeluang mendapat 400 pahala mati syahid hanya dengan mengamalkan sunnah minum air sahaja. 

Jadi, bayangkan lah kebaikan dan manfaatnya kita mengikut Sunnah NAbi SAW kesayangan kita...selain mendapat kesihatan yang baik di dunia, juga diberi kebaikan dan ganjaran di akhirat kelak, insyaAllah.

Dalam adab minum air mengikut Sunnah NAbi SAW ini, membawa hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Indah sungguh Sunnah, kan? 

=================================

Ingin hidup bebas kanser dengan Produk Anti Kanser Vitamin B17
Hubungi HOTLINE B17 CAll/SMS 016-7337380
InsyaAllah kami bantu anda, itu matlamat sharing is caring.

Wednesday, June 6, 2012

Berapa Putih Mata Anda?


Berapa Putih Mata Kita?

Kenapa perlu endah tentang 'keputihan mata' ?

Sebab :

1. Periksa alergi mata
2. Infeksi dari contact lens, atau habuk
3. Masalah penyakit herpes

dan lain-lain...

Jika 'keputihan' di bahagian mata tak cukup putih, jernih, bersih..atau mungkin juga ada sedikit kemerahan atau kekuningan, itu tanda-tanda awal kerosakan mata. Terdedah kepada cahaya matahari juga antara faktor utama. Kacamata hitam yang tidak dilindungi dengan radiasi ultraviolet mengakibatkan membran di anak mata menebal. Ini sangat lazim dialami oleh orang Asia, 70% adalah berusia antara 40 ke atas.

Jika mata ada sedikit kemerahan, ini pula diakibatkan oleh urat darah di permukaan anak mata. Ada berdozen isu dan kemungkinan mengapa anak mata boleh menjadi kemerahan. 

ISu yang paling kerpa berlaku di kalangan kita adalah kerana kekurangan tidur yang berkualiti. Kebanyakan wanita menghadapi masalah yang sama kerana bahan kosmetik, sama ada celak atau kosmetik mata yang tidak berkualiti atau kerana contact lens yang tidak bersih.

Mata yang tidak sihat kerana kekeringan juga mengakibatkan radang mata dan timbul kemerahan. Walaupun ianya tidak serius, tetapi ini semua akan membawa kepada lebih banyak kenurukan juga mata yang berinfeksi, juga boleh mengakibatkan rabun. Jadi, isu kebersihan seharusnya dititik-beratkan.

Wanita seharusnya memilih bahan kosmetik yang berkualiti, bukan kerana kualiti produk dari segi nilai kosmetik juga kecantikan tetapi yang lebih utama adalah atas dasar isu keselamatan. Mata merah juga petanda alergi, flu/selesema atau herpes.

Simptom mata merah atau juga dikenali sebagai konjuntivitis adalah masalah yang diakibatkan oleh jangkitan bakteria. Kes jangkitan bakteria pada mata kini lebih kerap dilaporkan. Ia juga berpotensi untuk merebak dan jadi jangkitan yang lebih teruk hingga boleh menghilangkan penglihatan.


Bagaimana untuk memeriksa mata dengan cara mudah di rumah?

Lihat anak mata dan perhatikan tahap 'keputihan' anak mata di cermin. Buat secara konsisten dan jadikan ianya amalan harian. Perhatikan sebarang variasi perubahan pada anak mata. Jika anak mata putih dan sihat, Tetapi jika anak mata nampaknya 'pink' atau kemerahan, cuba elak untuk menggosok dengan kuat, elak pakai lens dan cuba gunakan eye drops yang mudah didapati di farmasi, sebagai langkah permulaan. Jika anak mata masih lagi merah atau semakin teruk, segeralah dapatkan nasihat dari pakar perubatan. Jangan dibiarkan, kerana mata satu aset yang sangat berharga. Dan rawatan laser adalah amat mahal dibandingkan dengan penjagaan harian. Maka, hargailah aset anda!

========================

Kapsul B17 juga membantu kesihatan anda, detox semulajadi, bantu minda lebih alert dan penglihatan yang lebih baik.

Hubungi kami untuk info dan pembelian HOTLINE 016-7337380



Friday, June 1, 2012



Daun sirih pulihkan hidung berdarah


Jika anak-anak mengalami hidung berdarah ambilkan beberapa helai daun sirih. Ramas dan masukan ke dalam hidung seketika. Selebihnya campurkan ke dalam air dan mandi menggunakan air tersebut. Ia turut membantu menurunkan suhu badan.




Limau nipis atasi batuk
Bagi merawat batuk, ambil sebiji limau nipis. Campurkan dengan sedikit kapur makan. Jadikan ia sebagai pes dan lumurkan di leher, dada dan belakang badan.

Guarana Beri Tenaga, Legakan Keletihan



Guarana adalah pokok menjalar yang tumbuh meliar di hutan- hutan Amazon. Dikenali juga dengan nama saintifiknya Paullinia cupana, biji tumbuhan ini dikatakan amat popular digunakan sebagai produk ubatan tetapi juga produk minuman memberi tenaga. Malah selama beribu-ribu tahun orang Amazon telah menggunakannya untuk mengekal stamina dan meningkatkan ketahanan fizikal.


Biji guarana adalah bahagian yang digunakan. Ia dituai dengan tangan dalam musim kering. JIka kesemua buahnnya matang, ia boleh dipetik menggunakan gunting atau dipatah secara manual. Jika hanya beberapa biji buah sahaja matang, ia akan dipetik secara satu persatu.
Sebelum bijinya dipanggang, kulit buah yang berwarna merah perlu dibuang terlebih dahulu. Buahnya akan dikupas dengan menggunakan tangan, kemudiannya direndam dalam air atau disimpan selama beberapa hari sehingga kulitnya lembut. Biji guarana dipanggang dan diproses melalui cara yang sama seperti biji kopi.

Guarana mengandungi fitokimia seperti theobromine, saponins, tannins dan catechins. Fitokimia adalah sebatian antioksidan berkuasa yang ditemui dalam tumbuhan yang dapat membantu untuk mencegah dan menentang penyakit dalam manusia.

Tindakan guarana adalah sumbangan utama fitokimia kafein. Dikatakan juga guarana mengandungi kira-kira 3 hingga 7 peratus kafein apabila dibandingkan dengan kopi yang hanya mengandungi kira-kira 1 hingga 2 peratus kafein.


Sifat-sifat pemberi tenaga dan pemyebuh guarana telah menjadikannya sebagai ramuan ubatan popular dalam perubatan tradisional sejak dulu lagi. Pada lewat kurun ke-17, seorang mubaligh Kristian telah menulis bahawa guarana amat  bernilai sebagaimana emas kerana ia menjadi minuman yang member tenaga. Semasa zaman penjajah juga, guarana turut dijual sebagaimana emas kerana sifat-sifat perangsang, tonik, penawar demam, pelindung kepada pengerasan arteri dan untuk merawat migraine yang terdapat di dalamnya.

Sifat-sifat perangsang dalam guarana menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai bahan utamadalam kebanyakkanya di dalam minuman ringan , minuman pemberi tenagan , suplemen vitamin dan produk kehilangan berat badan pada zaman ini .

Berikutan dengan kandungan kafein dalam guarana, herba ini dikatakan mampu merangsang sistem saraf utama, menyekat selera makan dan melegakan keletihan mental dan fizikal. Ia juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi kognitif dan merangsang prestasi sukan.



Peransang

Menurut Phyllis Balch dalam bukunya yang bertajuk “Prescription for Nutritional Healing”, guarana mampu bertindak sebagai tonik umum dan pembersih usus. Ia juga mampu mengurangkan gejala-gejala penyakit keradangan usus. Guarana juga mampu digunakan sebagai diuretic dan membantu merawat penyakit saluran urinary, diarea, sakit akibat haid dan sakit kepala.

Selain itu guarana juga dikatakan mampu mencegah barah (kanser), melegakan otot lembut bronchial, melegakan kegelisah , meransang prestasi , melindungi dari malaria dan melindungi neuron -  neuron dalam otak daripada rosak .

Guarana juga mampu bertindak sebagai peransang kardiak dan membantu menaikkan tekanan darah rendah . tetapi ia amat bahaya kepada mereka yang mengalami hipertesi . selain itu , guarana juga mampu mencegah platelet – platelet dalam darah daripada berkumpul dan sekali gus mengurangkan pembentukan darah beku.

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat guarana, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Guarana mampu menyebabkan dehidrasi dan issomnia . pengambilan berlebihan mampu membawa kepada kegelisaan , sakit kepala , fikiran terganggu , loya, bergetar, muntah-muntah dan cirit-birit..

Berikutan dengan kandungan tinggi kafein dalam guarana, pengambilannya dalam seharian tidak boleh berlebihan. Malah guarana tidak dicadangkan kepada individu-individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau masalah jantung.