Khasiat Buah Naga
Buah naga
adalah buah daripada sejenis pokok kaktus, buah ini berbetuk ganjil dan kulitnya yang berwarna
merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah
naga atau dalam bahasa Inggeris (dragon fruit). Ia ditanam secara komersial di
Vietnam dan Australia. Walaupun ianya berasal daripada Amerika Selatan. Buah
naga yang sudah masak atau pun matang ia mempunyai berat yang lebih kurang 400
gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram.
Buah naga ini
mempunyai isi yang berwarna putih, merah atau ungu dengan taburan biji-biji yang
berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai,
manakala rasanya pula sama seperti buah kiwi. Buah naga ini mempunyai ciri-ciri
yang unik dan menjadikan buah naga ini amat sesuai dijadikan ramuan salad
buah-buahan. Buah naga yang berwarna putih lebih mudah untuk didapati
dipasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah naga yang isinya
berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiatnya. Secara amnya , pakar berpendapat
dan mengakui buah naga ini kaya dengan potassium, ferum, protein, serat, sodium
dan kalsium yang baik untuk kesihatan.
Kajian
menunjukkan buah naga merah sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran
darah. Ia juga member tindak balas yang memberangsangkan untuk mengurangkan
tekanan emosi dan meneutralkan toksin dalam darah. Selain itu, ia boleh
mencegah kanser usus, mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan
pada masa yang sama boleh menurunkan kadar lemak dalam badan.
Secara
keseluruhannya, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu menjaga
kesihatan jantung. Serat, yang boleh mengawal kanser usus, kencing manis dan
diet, karotin kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit, kalsium menguatkan
tulang, dan fosferus yang membolehkan pertumbuhan tisu badan.
Buah naga
juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 adalah untuk
mengawal kepanasan badan, vitamin B2 untuk menambah selera makan, vitamin B3
untuk menurunkan kadar kolesterol dan vitamin C untuk menambahkan kelicinan dan
kehalusan kulit serta mencegah pertumbuhan jerawat.
Mengikut
wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga
merah terbesar di Negara ini AL Leong. Buah
kaktus madu ini cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh
membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolism dalam badan
manusia.
Leong
berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat
buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan
pokok. Buah naga ini juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut oleh kerana
rasanya yang begitu lazat.
Buah naga ini
juga bukan sahaja ia boleh dimakan begitu sahaja, tetapi ia juga boleh
dijadikan sebagai jus, jem dan ade juga yang menjadikannya sebagai wain merah
daripada buah naga ini. Pada masa yang sama, buah yang belum masak boleh
dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau pun tulang. Bunga buah naga
ini pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh
dikeringkan untuk dijadikan teh bunga. Pokok bunga naga ini mempunyai kadar
debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus ia
menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara
penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan. Debunga bunga naga ini
juga dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi dan cukup baik untuk kesihatan
manusia.
Leong
berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad dan ulam, ianya boleh
digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup. Ianya dikatakan terbukti
berkesan untuk membuang toksin dalam badan dan mencuci perut. Di Amerika
Selatan, dahan buah naga ini dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan
ternakan seperti lembu dan kambing. Ia memang terbukti mampu meningkatkan kadar
susu, selain kualiti ternakan berkenaan.
Pada masa buah naga atau nama saintifiknya ‘
Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum cina
yang menggelarnya ‘ Paw Wang Fa Kor’. Kelebihan pokok buah nafa ini ialah ianya
tahan lasak, termasuklah tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok
kaktus, menyebabkan racun serangan tidak perlu digunakan ketika penanaman.
Seperti yang kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan
racun serangan adalah makanan yang terbaik untuk kesihatan kita.
Fungsi Buah Naga :-
§
Meningkatkan daya ketahanan.
§
Mengurangkan metabolisme badan.
§ Membantu sistem penghadaman dan peredaran
darah.
§ Mengurangkan tekanan emosi.
§ Meneutralkan toksik dalam darah.
§
Mencegah kanser usus.
§ Mencegah kandung kolesterol tinggi.
§
Menurunkan kadar lemak.