Thursday, April 26, 2012

Menu Sihat- Buah Delima


Khasiat Buah Delima


Buah delima atau Ar-rumman dalam bahasa Arabnya,ia di sebut tiga kali dalam Al-Quran. Buah delima ini merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah S.W.T sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanya sebagai yang termaktub dalam firmannya didalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.
 Kini ia telah di tanam dimerata Negara salah satu nya di China dan California. Buah delima ini menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di timur tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima ini menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang berkekalan serta dalam agama Buddha, buah delima ini dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Buah delima ini digelar sebagai “superfruit” ianya mengandungi antioksidan yang tinggi , ia terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payudara, organ paru-paru, dan juga jantung atau sistem kardiovaskular.


Kajian menunjukan buah delima boleh memusnahkan sel kanser tanpa memudaratkan sel-sel sihat dan menghalang sel kanser membentuk. Kajian ke atas tikus makmal juga membuktikan buah delima mampu merencat pembentukan kanser paru-paru yang melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima mampu menstabilkan aras PSA.Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada membiak dalam saluran darah arteri, dan juga dapat mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik. Buah delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 %. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Buah delima ini dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia juga berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Buah delima ini juga tumbuh sama seperti pokok semak atau pokok biase yang tingginya lebih kurang 3-6 meter atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula pokoknya malar segar.

Buah delima ini akan mula berkurang selepas usianya 15 tahun. Namun buah delima ini adalah sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya pula Berkilat dan berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah S.W.T. Keunggulan buah delima ini ialah susunan buahnya yang diperkukuhkan oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Buah delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utamna dagangan delima. Khasiatnya tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin,vitamin C kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar yang mengandungi antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, menopause, dan juga kanser. Biji delima yang kering digunakan untuk masalah asli India Utara. Bijinya adalah gentian kismis bagi bahan membuat kek.






Antara khasiat buah delima :-


    1.    Melawan penyakit gout.
    2.    Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak.
    3.    Merawat “ sinus”
    4.    Meningkatkan tenaga.
    5.    Membantu sistem penghadaman.
    6.    Membantu membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan. 
    7.    Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya.
    8.    Membaikpulih fungsi hati dan limfa.
    9.    Menstabilkan peredaran  darah.
   10.  Merawat cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi.
   11.  Mencuci darah kotor.
   12.  Antioksida yang tinggi.
   13.  Menstabilkan paras kolesterol.
   14.  Mencegah penyakit jantung.
   15.  Mencegah penyakit kanser .
   16.  Merangsang tenaga batin.
   17.  Mencuci buah pinggang dan salur darah.
   18.  Membuang lemak-lemak berlebihan.
   19.  Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
   20.  Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.
   21.  Mencegah dan merawat penyakit kencing manis.
   22.  Mencantikan kulit.