Khasiat buah kiwi
Kajian di
Universiti Rutgers menunjukkan bahawa buah kiwi adalah buah yang paling padat
kandungan nutrient daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai. Ini bermakna kita akan
memperolehi lebih banyak nutrisi dengan buah kiwi berbanding dengan buah-buahan
yang lain. Kandungan khasiat buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah
vitamin C berbanding oren,lebih banyak potassium daripada sebatang pisang, dan
lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijiran kepingan sekam. Kandungan
khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit
kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta
mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijiran.
Pengurus
Sains Kesihatan Zespri Internasional Limited, Lynley Drummond, berkata
pengambilan makanan member kesan terhadap kesihatan keseluruhan tubuh dan rata
masyarakat disaran memakan lebih banyak mengambil buah-buahan serta
sayur-sayuran kerana kandungannya padat dengana nutrient yang sangat bermanfaat.
Menurut
kajian buah kiwi Zespri ditemui membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh
meningkatkan daya kesihatan pencernaan dan prestasi otot selain ia dapat
mengurangkan inflamasi serta kerosakan sel. Kajian itu juga memdapati dalam
buah kiwi hijau dan kuning Zespri menyediakan banyak khasiat antaranya
meningkatkan tahap imunisasi semulajadi dalam badan selain bertindak balas
dengan cepat terhadap selesema dan penyakit lain. Buah kiwi kuning dan hijau
ini juga dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit untuk jangka masa yang panjang seperti radang
sendi, kanser, penyakit jantung,kencing manis dan juga masalah berat badan.
Ianya juga dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik
dan buruk serta mampi melindungi serangan kanser yang berkaitan dengan enzim
dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap
tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan.
Buah kiwi ini
juga sarat dengan phytonutrients yang sangat baik bagi tahap kesihatan kerana
menghasilkan polyphenols, sebagai antioksidan dalam tubuh enzim untuk
pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan
mata.
Perbezaan Antara Buah Kiwi EMAS Dan Kiwi HIJAU?
Buah kiwi
hijau dan emas mempunyai perbezaan, terutamanya adalah dari segi rasa. Buah
kiwi HIJAU mempunyai rasa yang sangat masam dan kelat, manakala buah kiwi EMAS
pula berasa cukup masak dan tropika, gabungan rasa buah mangga,tembikai dan
juga sitrus. Orang yang mendapati buah kiwi HIJAU terlalu kelat kebiasaanya
akak menyukai buah kiwi EMAS. Perbezaan lain pula ialah warnanya EMAS dan bukan
HIJAU, dan ianya berbentuk lonjong dengan kulitnya yang licin dan mempunyai
mahkota di atasnya.
Dan seperkara lagi yang anda perlu tahu buah kiwi HIJAU
perlu menungu beberapa hari lagi untuk ianya masak, tetapi tidak pada buah kiwi
EMAS, ianya sedia dimakan pada bila-bila masa sahaja.
Khasiat dan manfaat buah kiwi HIJAU dan EMAS :
Kedua-duanya
padat gengan khasiat nutrisi, dan hampir sama dari segi manfaatnya. Perbezaannya
adalah dari segi “hebat” dan “sangat hebat”. Contohnya, satu hidangan buah kiwi
EMAS mempunyai lebih daripada 300% vitamin C saranan RDA, tetapi buah kiwi
HIJAU pula mempunyai lebih daripada 200%, kedua-duanya adalah sumber yang baik
untuk vitamin ini yang berperanan memastikan kesihatan anda dan memastikan anda
penuh bertenaga.
- Asid
folik. Semua orang perlukan asid folik malah sumber semula jadi asid folik
diperlukan untuk mencegah kecacatan saraf pada bayi serta pembangunan otak
dan kognitif pada kanak-kanak.
- Vitamin
E. Jarang makanan rendah lemak apatah lagi buah-buahan menjadi sumber yang
baik untuk vitamin E (baik untuk kesihatan jantung dan ciri antioksidan)
tetapi kiwi adalah sumber semula jadi rendah lemak yang kaya dengan
vitamin ini.
- Kalium.
Kadar kandungannya sama dengan pisang tetapi hanya mengandungi separuh
daripada kalori. Baik untuk menyenggarakan tekanan darah dan kesihatan
jantung.
- Vitamin
C. Kandungan vitamin C dalam buah ini dua kali ganda berbanding oren.
Vitamin C membantu untuk melindungi diri daripada kerosakan akibat radikal
bebas terhadap sel dan tisu malah vitamin itu juga membantu dalam
penyerapan zat besi.
- Membantu
untuk memulihkan fungsi sistem ketahanan tubuh.
- Rendah
kalori. Sebiji kiwi bersaiz sederhana menyediakan 65 kalori memandangkan
90 peratus daripada beratnya terdiri daripada air.
- Magnesium.
Sumber yang baik untuk magnesium yang membantu untuk membentuk dan
menguatkan tulang, merehatkan otot dan saraf serta melancarkan peredaran
darah.