Khasiat Tomato
Tomato sejenis buah yang
berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun tidak semua orang menggemarinya.
Tahukan anda buah tomato ini mengandungi pelbagai khasiat tersendir, termasuk
membantu mencegah penyakit berbahaya?
Tomato atau nama
saintifiknya Lycopersicon esculentum. Sama ada ianya dimakan begitu sahaja atau
digandingkan dalam pelbagai jenis masakan. Hidangan Mediterranean dan Asia
Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
Tomato juga kaya dengan zat
besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan
badan kita. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potassium,
kalsium dan mineral garam. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang
mengandungi kandungan likopena dalam buah tomato ini juga boleh mengurangkan
risiko penyakit jantung, dan juga penyakit yang mengerikan seperti kanser.
Ianya sesuai untuk semua jenis kanser.
Warna merah itu ialah
disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semulajadi yang memberikan
warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat antioksidan secara semulajadi
yang baik untuk kesihatan badan. Hasil dari kajian pakar penyelidikan di
Amerika Syarikat juga telah mengesahkan bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes
tomato, sos tomato dan juga jus tomato.
Khasiat tomato juga berkait
rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan
liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan ia juga boleh merawat penyakit
kulit. Ia juga mengandungi elemen penyejuk yang mampu menyejukkan kulit yang
kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C
untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Anda
boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato:
1. Mencerahkan
Kulit.
Mampu untuk membuat kulit nammpak segar
kemerahan dan berseri terutamanya dibahagian muka. Menghilangkan raut kulit
yang pudar.
2. Kulit
Muka Berminyak.
Gosokkan tomato masak yang telah dipotong ke
atas kulit muka selama beberapa minit. Biarkan jus tomato itu dikulit muka
selama 15 minit. Bersihkan dengan air sejuk sahaja. Amalkan 2 kali sehari
sahaja. Kulit muka berminyak tiada lagi.
3. Jangkitan
Pada Kulit Muka.
Gatal dan kemerahan di kulit muka. Kaedahnya sama
sahaja. Potong buah tomato dan gosok dengan lembut secara bulatan di muka. Jus
tomato mempunyai unsur asid yang mampu menyeimbangkan pH kulit.
4. Menutup
Pori-Pori Kulit.
Gosokkan jus tomato ke seluruh kulit muka
sebelum tidur, biarkan semalaman. Cuci lah keesokan paginya. Amalkan sebegitu.
5. Merawat
jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan
tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum
dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang..
6. Menghilangkan
Bintik Hitam.
7. Pulihkan
Hitam Panahan Matahari
8. Tegangkan
Kulit
9. Menyejukkan kulit yang rosak.
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua
sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit.
Bilas dengan air suam.Gabungan tomato dan yogurt mampu
menyenjukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat sinaran
matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit
dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan
kulit.
10. Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar
dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan
kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas
dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap
muka.
11.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato
dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering)
kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan
kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.Topeng penyegar muka ini kaya
dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk
membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan
pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato
segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
12.
Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu
bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air
suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan
mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan
kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan
menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit
Kenapa anda perlu
mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida?berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk
tubuh badan kita:-
v Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
v Melancarkan perjalanan darah.
v Menghalang pembengkakan dan keradangan.
v Bertindak sebagai bahan anti bakteria,
anti virus, anti kanser dan pelindungan kepada alahan.
v Membantu meningkatkan kekuatan dan
keanjalan salur darah.