Khasiat Lobak Merah
Lobak merah
atau nama saintifiknya Daucus carota merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan
makanannya dalam ubi. Sejak dari kurun ke-16 lagi tumbuhan ini telah mempunyai
pernilaian pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita.
Tumbuhan ini juga di percayai berasal daripada Jerman. Lobak merah ini juga
tergolong sebagai sayuran dan ia menjadi bahan masakan utama yang digunakan
secara meluas dalam masakan di Negara-negara Asean.
Lobak merah
ini juga dipercayai mengandungi beta carotene, vitamin B, vitamin C, alpha
carotene, kalsium, dan juga potassium. Carotene bertindak sebagai penguat
sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Ia juga membantu meningkatkan
pertumbuhan sel-sel baru dan membuang toksin dalam badan.Ia juga dapat membantu
pembiakan dan pertumbuhan kanser ,
manakala bijinya pula boleh diminum seperti “teh” untuk mengubati penyakit
kembung perut dikalangan kanak-kanak.
Lobak merah
mengandungi banyak vitamin A. Ia diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai
fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan
yang baik pada waktu malam. Walaubagaimanapun dengan memakan lobak ianya teteap
tidak akan dapat menghalang anda daripada memakai cermin mata. Tetapi dengan
kekurangan vitamin A akan merosakan pengelihatan anda. Selain dari lobak,
sayuran hijau dan merah juga kaya dengan vitamin A.
Lobak merah
ini juga boleh dijadikan sebagai jus. Ianya mempunyai khasiat untuk memperbaiki
keadaan kulit kita. Jus lobak merah ini juga amat berkhasiat untuk mengurangkan
masalah sakit jantung, diarrhea, dan juga mengatasi selsema iaitu membentuk
antibody dalam badan. Selain itu juga lobak merah ini dikatakan dapat
memanaskan badan, ia juga dapat melancarkan pengaliran haid dan air kencing.
Khasiat Dan Manfaat Lobak Merah
- Mengurangkan kandungan gula dalam darah.
- Mencegah kanser.
- Mengubati kencing manis.
- Mencegah ghout.
- Membantu sistem penghadaman.
- Mengelak penyakit jantung.
- Memelihara pengelihatan.