Kisah Nabi Yahya a.s. dan iblis laknatullah.
Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?". Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".
Lalu Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak". Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".
Kebanyakan orang merasakan membazir bila makanan di dalam pinggan tidak dihabiskan sedangkan perut sudah merasa kenyang. Kerana itu dianjurkan mengambil makanan dengan kadar yang sedikit dan berpada-pada. Biar saja dalam kuantiti yang sedikit. Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kenapa? Kerana makan sebelum lapar itu mengelakkan kita makan dengan kuantiti yang terlalu banyak.
Islam itu sangat indah. Rasa saya anda semua pasti setuju. Islam itu mencakupi pelbagai aspek. Bukan saja perundangan, kehidupan bahkan juga kesihatan. Semuanya sudah digariskan di dalam Islam. Ilmu tentang nutrisi pemakanan bukan baru bermula pada abad ke 21 sebaliknya sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Nabi s.a.w sendiri menganjurkan umat-umatnya mengamalkan pemakanan yang seimbang.
“Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.”
Hadis riwayat Muslim
Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa.
Kenapa agaknya ya pada diri setiap insan itu perlu diisi dengan keperluan sesuai dan sama setiap masa? Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan. Kerana itu, Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan method ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia.Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.
Saya pasti untuk yang berkerja atau pelajar-pelajar di university pasti saja memilih untuk menggunakan makanan di dalam tin, bukan? Semasa di universiti dulu saya juga tidak terkecuali.Bahkan hingga sekarang bila sudah bekerja pun sama. Tambah-tambah dengan rutin kerja shift yang membuatkan saya terkadang tak berkesempatan ke pasar membeli barag-barang basah. Seboleh mungkin elakkan memasak makanan di dalam tin atau pun cuba kurangkan kerana makanan di dalam tin mempunyai bahan kimia dan tidak segar. Dari aspek adab pemilihan makanan, mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka dari tin yang berkarat, makanan layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripada zat yang terkandung didalamnya.Islam dan ilmu kesihatan begitu rapat hubungannya. Sama juga hubungan ibu dan anak yang erat.
Buat para sahabat di sana yang mempunyai anak, yang sedang mengandung atau yang baru melahirkan… ambil lah kesempatan ini menyusukan anak-anak anda dalam tempoh yang dianjurkan oleh Islam iaitu selama dua tahun.Kenapa? Kerana susu ibu itu mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak. Selain dari itu makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang di antara seorang ibu dan anaknya. Akhlak yang bakal dijelmakan oleh anak itu adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika solehah si ibu yang menyusukan, Insya-Allah akan lahir anak yang berakhlak mulia dan terpuji. Sebaliknya, jika minuman awal yang diberi kepada bayi itu daripada susu haiwan, dikhuatiri akhlak bayi akan menjadi sebaliknya. Islam juga melarang amalan berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman, malah yang digalakkan adalah sifat bersederhana ketika makan.
Maaf..sedikit tersasar dari tajuk di atas.Kembali kepada tajuk yang dibawakan oleh saudara hafidzalrahman. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya:“Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya. Jadi, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.
Sementara ‘berhenti sebelum kenyang’ pula membawa hikmah besar, iaitu jika seseorang makan dalam keadaan gelojoh dan lahap, pasti ia sukar berhenti. Ini kerana seleranya tidak dapat dikawal lagi. Apabila seseorang itu sudah sendawa, ia menunjukkan perutnya sudah cukup dengan isi yang diperlukan oleh tubuh, untuk diproses dan ditukar menjadi tenaga. Tetapi apabila perut terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat, sukarlah ‘kilang’ dalam perut untuk memprosesnya. Dan Allah begitu murka kepada hamba-Nya yang suka melampau batasan, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Balasan Allah tu datang dalam pelbagai cara, salah satunya mungkin mengidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis. Jadi kenapa tak kita semua mengambil kesempatan ini dengan berdiet cara Islam?
Dari : halaqah.net
Dari : halaqah.net
===================================================================
Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.
Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian.
Kami sedia membantu, insyaAllah.