Tuesday, July 24, 2012

Percayakah...Even Umat Islam Juga Makan Dan Pakai Khinzir Setiap Hari?




Percayakah...Even Umat Islam Juga Makan Dan Pakai Khinzir Setiap Hari?

AllahuAkbar, ya tajuknya memang mengejutkan. Ianya merupakan satu kontroversi besar pada umat Islam. Tapi apakan daya, dengan pelbagai industri yang maju pada masa kini, dengan berjuta produk di pasaran, memang tak dapat dinafikan bahawa ada kemungkinan pernyataan itu benar.

Khinzir merupakan suatu ciptaan Allah yang sangat bermanfaat tubuh badannya, dari daging, darah, najis juga segala apa yang ada pada binatang haram ini. Ia merupakan suatu bentuk ujian....terutama pada umat di akhir zaman.

Khinzir luas penggunaannya dalam pembikinan elemen-elemen asas bahan kimia untuk pelbagai industri seperti industri pembuatan kosmetik, industri bahan pembinaan, industri textile/fabrik dan juga industri makanan.

Ya, benar...di sini, bukannya bermakna 'kihinzir' itu digunakan secara direct, tetapi cuba fahami suatu konsep bahawa khinzir itu merupakan antara elemen bahan utama dalam pelbagai jenis bahan kimia, yang mana bahan kimia itu digunakan bersama dengan bahan lain dalam industri pembuatan.



Setiap bahagian pada babi ada kegunaannya di dalam kehidupan harian manusia. Banyak produk yang di hasilkan daripada setiap bahagian babi dari bulu, kulit, daging, lemak, organ dalaman, darah, hidung, tulang dan segala-galanya tentang babi. Semuanya boleh digunakan semula untuk menghasilkan produk lain. Ini menjadikan babi adalah ternakan yang paling menguntungkan dengan kos pengurusan yang paling minimum.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 
1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Berikut disenaraikan bahagian babi yang digunakan untuk menghasilkan produk lain.



1.Uji kaji senjata kimia:Tisu manusia dan tisu babi mempunyai ciri-ciri yang hampir sama maka ia sering digunakan sebagai bahan uji kaji untuk senjata kimia.

2.Ais krim:Digunakan untuk menghasilkan gelatin.Tambahan gelatin itu digunakan untuk mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan.

3.Baja:Dihasilkan dari bulu babi yang telah di proses.

4.Mentega rendah lemak:Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai tekstur.

5.Bir:Gelatin di bahagian ini digunakan agen penjernih.Ia bertindak balas dengan bahan pahit
dan tanin untuk menyerap elemen yang menyebabkan waran air berkeladak dan menghasilkan minuman yang jernih.

6.Pelembut pakaian:Asid lemak dari lemak tulang di bahagian ini menghasilkan warna.

7.Berus cat:Dihasilkan daripada bulu babi.

8.Jus buah-buahan:Gelatin digunakan untuk menyerap keladak air dan menghasilkan air yang
jernih.

9.Syampu:Asid lemak daripada lemak tulang digunakan menghasilkan warna syampu yang
berkilat seperti mutiara.

10.Lilin:Asid lemal daripada lemak tulang digunakan untuk mengeraskan lilin dan mempercepatkannya menjadi cair.

11.Roti:Protein dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti.

12.Peluru:Gelatin tulang digunakan di dalam peluru.

13.Ubat berbentuk tablet:Gelatin digunakan sebagai lapisan luaran ubat tablet untuk menjadikannya lebih keras.

14.Serbuk pencuci:Asid lemak daripada lemak tulang untuk menguatkan campuran bahan kimia.

15.Cat:Asid lemak daripada lemak tulang digunakan untuk menjadikan cat berkilat.

16.Tambourine:Dibuat daripada pundi kencing babi.

17.Arak:Gelatin digunakan sebagai campuran didalam arak untuk menjernihkan air.

18.Kertas:Gelati tulang digunakan untuk meningkatkan tahap kekerasan kertas dan mengurangkan kelembapannya.

19.Heparin:Bahan yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah,ia diambil dari mukus
yang terdapat didalam usus babi.

20.Sabun:Asid lemak daripada tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan pewarna.

21.Gabus:Gelatin tulang digunakan sebagai pembalut.

22.Insulin:Diambil daripada pankreas babi kerana ia mempunyai struktur kimia yang paling hampir dengan manusia.

23.Yogurt:Kalsium daripada tulang babi digunakan di dalam seesetengah yogurt.

24.Rokok:Hemoglobin daripada darah babi digunakan sebagai filter atau penapis pada rokok
untuk bertindak sebagai paru-paru tiruan.Tujuan untuk menghalang bahan kimia berbahaya
daripada memudaratkan perokok.

25.Filem fotografi:Gelatin tulang babi digunakan sebagai agen pelekat di atas filem itu.

26.Makanan anjing:Hemoglobin digunakan sebagai agen pewarna merah.

27.Terapi Photdynamic:Hemoglobin darah babi digunakan di dalam ubat untuk merawat kerosakan retina.Ubat itu diaktifkan dengan pancaran laser pada mata.

28.Pelembap:Asid lemak daripada lemak tulang digunakan sebagai campuran di dalam pelembap.

29.Snek anjing:Dibuat daripada hidung babi yang digoreng.

30.Karyon:Asid lemak digunakan sebagai agen pengeras.

31.Kasut:Gam dari tulang babi digunakan untuk meningkatkan kualiti dan tekstur kulit.

32.Brek kereta api:Abu tulang babi digunakan dalam pembuatan brek itu.

33.Ubat gigi:Gliserin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan tekstur ubat
gigi yang halus.

34.Gam kayu:Gam yang kuat yang biasa digunakan di dalam industri berasakan kayu dihasilkan daripada kolagen.

35.Topeng muka kosmetik:Diambil daripada kolagen babi untuk mengurangkan kedut.

36.Sumber tenaga alternatif:Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik.

37.Makanan tenaga:Diolah daripada kolagen babi untuk memberikan sumber protein yang murah kepada atlet bina badan.

38.Krim keju:Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan.

39.Ktim putar:Gelatin digunakan untuk membentuk teksturnya.

40.Pemanis:Prosin gelatin babi digunakan sebagai agen pembalut dan mengegel dan untuk memastikan ia menghasilkan tekstur yang dikehendaki pada liquorice,arak,gula dan gula getah.

KOD "E"
Bahan-bahan yangmenggunakan gelatin dan lemak babi,mempunyai kod pengenalan tertentu.Jika Eropah bahan pewarna, penstabil, pemanis dan pemekat yang menggunakan sunber daripada babi ditandakan dengan E. Bahan-bahan itu lebih dikenali sebagai kod E yang disertai dengan turutan nombor untuk dikekaskan sebagai pewarna, penstabil, pemekat atau pemanis.

Berikut adalah beberapa bahan yang ditandakan dengan kod E, dikatakan bersumber dari babi.

E120,141,160(A),161,252,300,301,422,430,431,433,435,436,441,470,471,472(A,E),473,474,
475,476,477,481,482,483,491,494,542,570,572,631,635,920.


Menurut Penolong Pengurus,Technology Park Malaysia(TPM),Nor Amin Moh Noor,kebanyakan bahan yang bertanda kod E ini terdapat didalam ais krim,coklat dan makanan ringan yang mudah didapati di pasaran.


Pesannya lagi,bahan yang bertanda kod E ini dikhuatiri mengandungi campuran daripada lemak babi dan haram dimakan.Malah ada juga makanan ringan,coklat dan ais krim yang berjenama terkenal di pasaran mempunyai logo halal tetapi mengandungi bahan bertanda kod E.Berhati-hati ketika membeli makanan yang telah siap dibungkus di pasar raya dan pastikan bahawa ramuan utamanya tidak tercatat kod yang disebutkan di atas.Jika waswas,lebih baik jangan pilih makanan itu.


Sementara itu,menurut sumber JAKIM yang diambil dari portal halal,makanan yang mempunyai ramuan bertanda kod E merupakan kod yang di gunakan di Eropah.Antara bahan yang termasuk di dalam kod E adalah pengawet,penstabil,pemekat,perasa,pewarna dan pemanis.Bahan kod E dibahagikan kepada dua kategori iaitu kritikal dan tidak kritikal.


Bahan yang dikategorikan tidak kritikal adalah bersumber dari bahan kimia dan tumbuhan sebagai contohnya:

E100,E110,E120,E140,E141,E210,E213,E214,E216,E234 dan E280.


Manakala bahan yang dikategorikan kritikal pula berkemungkinan besar daripada sumber yang tidak halal dan perlu dikaji asal sumbernya.Antaranya:

E153:carbon black,E422:lecithin,E432:polysorbate 20, E433:polysorbate 80,E434:polysorbate 40,E435:polysorbate 60,E436:polysorbate 65,E470,E471,E472,E473,E474,E475, dan E476.



Bagi bahan-bahan kritikal tersebut akan melalui pemeriksaan JAKIM terlebih dahulu sebelum disahkan halal.Pengguna juga diingatkan supaya memilih makanan yang hanya mendapat pengesahan halal JAKIM.

Selain itu, Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi’ Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi’ 

Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan apa yg kita makan… Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat. Terima kasih :)


Sumber dari : Buku CAP (Pesatuan Pengguna Pulau Pinang), blog solehahrumanasrar.blogspot dan website syedgraphix.com