Tuesday, April 30, 2013

Bagaimanakah Rupa Kesan Simptom Kanser Payudara?


Menurut kajian oleh persatuan kanser di Amerika, 65% daripada peserta soal selidik kanser wanita berasa lebih yakin dalam keupayaan mereka untuk mengenalpasti tanda-tanda kanser payudara selepas melihat poster ini.
Anda bagaimana?



Tahukah anda bagaimana untuk mengenali simptom kanser payudara?

SEBUT sahaja kanser pasti yang terbayang ialah derita dan kematian. Maklum sahaja penyakit berbahaya itu bukan sahaja datang secara senyap tetapi juga membiak dengan pantas.Dalam kebanyakan kes, kanser telah merebak dan rosakkan organ.

Berita baiknya, jika berjaya dikesan awal, kanser terutama kanser payudara boleh dirawat dengan berkesan. Secara umumnya memang telah ketahui kata kunci bagi kanser payudara adalah pengesanan awal menyelamatkan nyawa.

Malah pengesanan awal yang dilakukan sendiri di rumah mampu mengurangkan risiko penyakit yang merbahaya itu.

Menurut Fasilitator Majlis Kanser Negara (Makna) Habiba Abdul Rahman, pengesanan itu penting bagi menentukan tahap kesihatan payudara seseorang malah ia juga mampu mengelakkan ia merebak ke peringkat yang lebih teruk.

Pemeriksaan sendiri buah dada atau Breast Self Examination ( BSE) setiap bulan penting kerana pada peringkat awalnya bukan bertujuan mencari ketulan tetapi yang lebih utamanya ialah untuk mengenal bentuk, saiz serta teksturnya.

Bilakah waktu sesuai yang boleh dibuat pemeriksaan itu? Terbaik dilakukan dalam tempoh tiga hari selepas haid berakhir ataupun tujuh hingga 10 hari selepas bermulanya haid.

Bagaimanapun bagi seseorang yang putus haid atau haid yang tidak menentu ataupun yang menjalani pembedahan histeraktomi (pembedahan buang rahim) pemeriksaan itu tetap boleh dilakukan.

Sebaliknya tetapkan satu hari bagi setiap bulan untuk membuat pemeriksaan itu dan pilihlah satu hari tertentu yang mudah diingat, contohnya tanggal pertama setiap bulan.

Sekiranya terdapat kelainan pada payu dara seperti perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit, gumpalan, puting tersorot ke dalam mahupun terasa sakit pada payu dara segeralah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.


===================================================================

Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.