Monday, September 24, 2012

Kerana Sehelai Bulu Mata

Sakit Itu Rahmat?

Biar betul..!

Ya betul.. Alhamdulillah, syukrulah mereka yang diberi ujian sakit beserta dengan hidayah bahawa sakit itu merupakan suatu rahmat pada hamba Allah yang beriman. Siapakah hamba Allah yang beriman itu? Mereka adalah yang bersyukur atas segala apa yang mereka hadapi kerana penyerahan jiwa mereka, dikembalikan pada Yang Maha Mencipta. Apa yang ada pada jasad dan nyawa ku ini, jika bukan ianya pinjamana dari Allah SWT?

Maka, pesakit kanser juga segala penderita apa jua jenis penyakit yang sedang membaca nukilan ini. Beristigfarlah jika diri rasa telah dianiaya oleh takdir.

Yakinilah, bahawa ada rahsia di sebalik hikmah ujian yang Allah kurniakan.
Yakinilah...

Spiritually embraced,
Mentally achieved,
Physically perceived.
InsyaAllah jiwa yang kuat melahirkan hamba Allah yang bertaqwa.

Setiap anggota adalah pinjaman semata, begitu juga jantung, paru-paru, buah pinggang dan otak. Kita wajib menjaga kesihatan kerana ianya merupakan suatu kontrak tanggungjawab yang ramai tidak endah, sehinggalah mereka jatuh sakit dan merana.

Setiap apa yang ada pada kita, tubuh badan dan  hidup kita merupakan sesuatu yang dihadiahkan. Suatu masa nanti, masing-masing akan dipersoalkan apa perilaku masing-masing semasa di dunia.

Adakah kita dalam golongan yang lupa?

Jadikanlah setiap sesuatu yang kita lakukan itu bersandarkan pada Nya.

Kami berkongsi suatu kisah untuk dijadikan iktibar bersama


KERANA SEHELAI BULU MATA

 Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa."

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada.

Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu..."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang."

Disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu."

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu."

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap."

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu."

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu." ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,

"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata."

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata."

Masya-ALLAH.
===================================================================


Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.