Monday, March 12, 2012

Apa itu kolesterol??

























Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya berlaku pada arteri yang ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung. 

Apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari jantung, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, pengelihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini berkaitan dengan atherosclerosis. Gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrient dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.

Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya. 

Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan. Namun, mengikut apa yang disarankan oleh pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.


Panduan pemakanan elak kanser payudara


image
Saintis belum menemui punca sebenar kanser payudara atau cara terbaik bagi mengelak daripada penyakit berkenaan. Namun, beberapa cadangan oleh pakar pemakanan dan perunding nutrisi dari Jabatan Kesihatan Vermont, Amerika Syarikat, Lynn Greiger boleh dijadikan panduan sebagai langkah pencegahan.
Pakar berkenaan juga adalah penulis buku berjudul 6 Weeks to Losing It for Good. Antara panduan yang diberikannya termasuk:
  • Kurangkan makan lemak haiwan. Pilih makanan berasaskan sayuran yang kaya dengan protein. Selain itu, pilih produk yang mengandungi lemak haiwan yang rendah seperti ayam tanpa kulit. Pengambilan susu tepung juga digalakkan.
  • Mencapai berat badan yang sihat dan berusaha mengekalkannya. Seseorang yang terlebih berat akan berasa selamat jika berjaya mengurangkan 10% daripada berat badan semasa.
  • Makan lebih produk berasaskan soya. Wanita Asia didapati memakan lebih banyak makanan berasaskan soya berbanding wanita Amerika dan mereka mempunyai risiko  kanser payudara yang lebih rendah. Antara yang boleh dicuba adalah susu kacang soya bersama bijirin dan mencampurkan tauhu dalam pasta. 
  • Makan sekurang-kurangnya 10 sajian buah-buahan dan sayuran setiap hari. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang beraneka warna untuk merasai kelebihan manfaatnya. Sebagai cadangan, cuba buah oren semasa sarapan pagi, sebiji epal sebagai snek selingan semasa minum pagi, sayuran mentah (salad) atau ulam-ulaman semasa makan tengah hari, sayuran mentah sebagai snek minum petang, 2 jenis sayur semasa makan malam dan pisang sebelum jam 10 malam.
  • Elakkan minuman beralkohol. Wanita yang mengambil alkohol antara 3 hingga 9 kali setiap minggu lebih mudah terdedah sebanyak 30% kepada risiko mendapat kanser payudara berbanding mereka yg tidak mengambil minuman itu. Sesetengah kajian membuktikan bahawa dengan hanya segelas wain atau sebotol bir sehari boleh meningkatkan risiko penyakit itu sebanyak 10%. 
  • Amalkan pengambilan antara 25 hingga 35 gram serat setiap hari. Tumbuhan kekacang mengandungi lebih serat daripada makanan lain termasuk nasi atau sup. Bijirin penuh juga merupakan sumber makan berserat yang baik. Setiap kali seseorang itu meningkatkan pengambilan serat, dia juga perlu minum air dengan secukupnya. Disarankan pengambilan air sekurang-kurangnya 64 auns setiap hari.
  • Minum teh dan kurangkan kopi. Teh hijau dan hitam mempunyai unsur perlindungan. 
  • Pilih makanan yang kurang diproses. Digalakkan pengambilan buah-buahan segar dan beras perang serta elakkan makanan dalam kotak, sup buatan sendiri dan makanan sejuk beku.

21 Cara Ubah Gaya Hidup Elak Kanser!!


1-MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buahan, dan bijiran yang selamat. (Selamat ini bermaksud yang kurang penggunaan racun perosak dan baja kimia). Apabila anda memakan banyak sayuran dan buahan sajian harian anda ( saranan adalah mengambil5-7 sajian sehari) risiko anda untuk kanser paru-paru, usus besar, pundikencing, oral kaviti dan perut akan menurun. Buahan dan sayuran yang tinggi serat disamping ada kandungan yang secara natural bolehmencegah  kanser  . Antara buahan yang terbukti boleh mencegah  kanser  seperti acai beri, epal, asparagus, brokoli,lobak dan strawberri. 

2-KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DALAM MAKANAN HARIAN.

Elakan makanan yang tinggi lemak samada lemak haiwan atau pun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan  kanser  payudara,prostate, rahim,ovari, pankreas, perut dan juga usus besar.Lebih penting elakan dari mengambil lemak buatan – TRANS FATTY ACID. 

3-KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING.

Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan  kanser  seperti  kanser  payu dara,rahim, usus besar, rektum,pankreas dan juga  kanser  buah pinggang. Daging barbeque, disalai,diperam lagi meningkatkan risiko untuk  kanser  jika dimakan berlebihan dan kerap.

4-JANGAN MEMASAK MAKANAN & SAYURAN SAMPAI LUNYAI

Vitamin dan mineralnya akan hilang dan tinggal serat sahaja.

5-BELILAH MAKANAN ORGANIK KALAU MAMPU.

Kalau nak bagus lagi tanam je sayuran sendiri di halaman rumah tu, disamping menjimatkan perbelanjaan anda boleh juga mencantikkan halaman rumah.

6-ELAKKAN MEMINUM AIR YANG TAK BERTAPIS.

Kalau ada duit lebih belilah penapis air, ada banyak dijual dipasaran sekarang dari yang bermagnet lah beraura lah. Tetapi yang paling mustahak air yang ditapis bebas KLORIN yang boleh menyebabkan  kanser  , logam logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria2 degil. Kalau tak mampu pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.

7-AMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN) YANG MAMPU MENINGKATKAN SISTEM IMUN.

Pada masa sekarang pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian.Ini adalah kerana nutrient-nutrient didalam makanan , sayuran dan buahan adalah tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh pertanian yang intensif dan berskala besar , ye la semua nak cepat contoh dulu tanam padi setahun sekali sekarang setahun sampai 3 kali yang pasti tanah tak cukup masa untuk memulihkan untuk mengembalikan zatnya untuk digunakan semula.Antara makanan tambahan yang direkomendkan untuk sistem imun adalah seperti TRANSFER FACTOR yang terbukti dengan kajian sains. Makanan tambahan yang tinggi nilai antioksida seperti JUS MONAVIE yang terdiri dari SUPERFOOD ACAI BERI dan 18 buahan terpilih yang lain.Manakala makanan tambahan yang bolehmembersihkan usus secara semulajadi seperti ALOEVERA.( 90% peratus penyakit adalahberpunca dari usus). Paling malas nak ambilsuplemen kurang-kurang pun makanlah vitamin C.

8-JIWA KENA TENANG DAN BERSIH serta ELAKKAN DAN TANGANI STRESS DENGAN BIJAK.

9-PEKA DENGAN PERUBAHAN PADA TUBUH BADAN.

Kenali tanda-tanda awal  kanser  dan bertindak segera dengan berjumpa yang pakar. 

10-MINIMUMKAN PENGAMBILAN UBATAN.

Kebanyakan ubatan adalah dari bahan-bahan kimia walaupun kajian telah dilakukan dan terbukti selamat dan ada juga pada mulanya selamat kemudian ditarik balik kerana kesan sampingan berbahaya sudah semestinya jika berambilan pada masa panjang akan mendatangkan kesan-kesan sampingan pada tubuh badan. Kalau tak perlu, tak payah lah makan ubat biarlah tubuh badan kita menyembuhkan dengan caranya atau ambilah sesuatu yang semulajadi untuk membantu tubuh badan melawan penyakit, biar lambat asal selamat.

11-ELAKKAN KAWASAN ATAU BANGUNAN YANG LITAR PENGUDARAN UDARA TERTUTUP.

12-ELAKKAN PENGGUNAAN KAPAL TERBANG.

Pengudaraan biasanya menggunakan pengudaraan yang dikitar semula, ini mendedahkan kita kepada serangan virus yang mungkin berbahaya.
Disamping itu juga pendedahan yang tinggi terhadap UV radiation pada altitude yang tinggi mungkin boleh menyebabkan  kanser  .

13-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA HANDPHONE.

Kalau nak bergayut janganlah guna handphone kang silap haribulan masak otak tu dan telinga berkanser pulak. Setiap alatan perhubungan sebenarnya mengeluarkan radiofrequensi yang tidak diketahui kesannya pada tubuh manusia, kemungkinan penyebab  kanser .

14-MASAK JANGAN GUNAKAN MICROWAVE.

15-JAUHKAN SINAR X (XRAY) SEBAIK MUNGKIN.

Setiap kali x ray diambil berjuta-juta sel mati, sebab tu doktor tak bagi amik x ray kerap sangat .Kemungkinan sinar X ini juga menyebabkan  kanser . Kalau kenekat testis kemungkinan boleh MANDUL.

16-KAWAL BERAT BADAN ANDA.

Banyak kajian saintifik mengaitkan kegemukan dengan  kanser . Jangan makan mengikut hawa nafsu.

17-KATAKAN TIDAK PADA ROKOK.

Walaupun bukan semua perokok itu mesti terkena  kanser , tetapi didapati terdapat kaitan rapat rokok dengan  kanser yang terdiri dari kawasan ia mula masuk,meresap dan juga bila ia keluar semua kawasan yang terlibat boleh menjadi  kanser . Yang malangnya juga, perokok juga menyebabkan orang lain terdedah kepada  kanser dengan berganda akibat asap rokok yang dikeluarkan. Maka katakan TIDAK pada rokok kerana rokok hanya pelaburan kepada penyakit dan kemerosotan kewangan di masa tua..hehe kalau sempat tua la.. 

18-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA SINAR MATAHARI TERIK.

Sinar cahaya matahari dipagi hari adalah bagus untuk kesihatan kerana dapat membantu menghasilkan vitamin D pada kulit. Tetapi pendedahan kepada sinar matahari terik sehingga “sunburn’ itu memudaratkan boleh dapat  kanser kulit.

19-BERHATI-HATI DENGAN PENDEDAHAN ALAT ELETRIK.

Jarakan diri anda dengan alat eletrik seperti TV. Kerana kebanyakkan alat eletrik menghasilkan gelombang radiasi dan frequensi walaupun kecil tapi sekiranya pendedahan yang kronik mungkin memudaratkan.

20-KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BANYAK PERISA DAN PENGAWET. 

Jangan amalkan mengambil makanan ringan kerana ia mempunyai bahan itu, dan lebih bagus jangan ajar anak-anak kita mengambilnya. Amalkan makanan yang fresh.

21-KATAKAN TIDAK PADA ARAK DAN ALKOHOL

Alkohol menyebabkan seribu satu masalah kepada kesihatan badan kita. Alkohol boleh menyebakan  kanser mulut, tekak. salur esofagus,perut, pankreas dan juga hati.
Nota diatas cuma saranan sahaja, bukan semestinya anda mengikut langkah langkah itu anda terselamat dari  kanser tetapi sekurangnya anda telah meminimumkan penyebab-penyebab  kanser .

Sumber petikan daripada : http://bicarasihat.com/21-cara-ubah-gaya-hidup-elak-kanser-97805

Sunday, March 11, 2012

Khasiat Buah Dan Jus Kaktus


Buah Kaktus 





Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.

Thursday, March 8, 2012

Ini barulah makanan seimbang!!


Pemakanan yang seimbang, berbaloikah pemakanan seimbang itu hanya dengan berpandukan piramid makanan sahaja, apa itu nisbah nutrien, 50:25:25 sebagai nisbah nutrien yang seimbang, bagaimana menukarkan nisbah ini kepada kuantiti/berat (gram) untuk hidangan seimbang,karbohidrat haruslah 2X sumber protein, manakala sumber protein haruslah 2X sumber lemak, dan sebagainya. Rasa-rasanya semua sudah mengerti apa itu pemakanan yang seimbang bukan? beberapa contoh bagaimana rupanya makanan seimbang itu menggunakan konsep yang sudah diterangkan sebelum ini.
Ini piramid makanan untuk penduduk zombie kampung pisang…  ”Kita bako! Kita bako!!
1. Nasi putih dan lauk-pauk
Nasi merupakan makanan utama negara kita dan sering diambil ketika sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Namun kebiasaanya rakyat Malaysia tidak tahu nisbahkarbohidrat:protein:lemak yang sesuai untuk memastikan hidangan nasi yang diambil itu seimbang.
Selalunya, kita dapat melihat di kedai-kedai makan bahawa rakyat Malaysia (terutamanya lelaki) mengambil nasi sehingga membukit banyaknya seolah-olah tak cukup makan selama seminggu (mentekedarah), kuah banyak membanjir macam tsunami, tetapi lauk ayam/ikan/telur hanya seciput sahaja. Lebih malang lagi, ada juga yang tak mahu ambil sayur langsung dengan alasan ingin berjimat! Isk.. teruk betul.
Tidak susah untuk membentuk nisbah yang seimbang dalam hidangan nasi. Sebagai contoh, untuk makan tengahari, 1/2 kepal nasi putih yang berat anggarannya kira-kira 85g (mempunyai 26g karbohidrat, 111kcal) hendaklah dimakan bersama dengan seekor ikan kembung goreng (mempunyai 13g protein, 111kcal). Jangan dilupa juga sumber alkaline danserat, iaitu sayur, dan seeloknya pilihlah yang tidak bergoreng (ulam-ulaman) sekiranya sumber protein anda sudah pun bergoreng. Sekiranya keperluan kalori harian anda adalah tinggi, atau kadar metabolisma anda sememangnya tinggi, maka anda boleh tingkatkan kuantiti hidangan ini sebanyak 2X ganda (ambil nasi putih sekepal atau sebanyak 170g, ikan kembung 2 ekor, dan sayur).
Bagi mereka yang sedang dalam usaha menambah berat badan, boleh rujuk entri ini (super mass gainer meal @ mamak) yang mana aku pernah membincangkan suatu menu nasi putih + lauk di mamak versi pemakanan seimbang, nisbah masih mengikut pemakanan seimbang, tetapi kuantiti/hidangannya sahaja lebih besar, bersesuaian buat mereka yang ingin mengambil kalori tambahan yang banyak ke dalam diet harian mereka.
Secara keseluruhan, hidangan (mass-gainer) ini mengandungi:
Karbohidrat = 84g
Protein = 43g
Lemak = 20g
Perbincangan lanjut boleh dibaca di sini.

2. Roti (Sandwich)
Tak dinafikan ramai benar yang takut makan nasi ketika berdiet untuk menurunkan berat badan, tambahan pula terdapat sesetengah produk pelangsingan yang propa ‘mengharamkan’ seketika pengambilan nasi ketika berdiet dan digantikan dengan hidangan ‘shake‘ berserta dengan makanan berserat seperti buah-buahan (yang semestinya rendah kalori). Ok, tak mengapa. Mungkin pilihan seterusnya ini boleh dicuba.
Roti sandwich terdiri daripada roti (selaku sumber karbohidrat), tuna/sardin/telur (selaku sumber protein), mayonaise (selaku sumber lemak), dan beberapa hirisan timun/tomato/salad selaku sumber alkaline. Sebagai contoh kita ambil tuna sandwich. Untuk menjadikan hidangan sandwich ini hidangan yang seimbang, bolehlah menggunakan 2 keping roti gandum penuh (22.3g karbohidrat, 7g protein, 1.7g lemak), kira-kira 1/4 tin tuna (7g protein), 1 sudu teh mayo, dan beberapa hiris timun/tomato/salad (5g karbohidrat).
Maka dengan itu, secara keseluruhan, hidangan ini mengandungi:
Karbohidrat = 22.3g + 5g = 27.3g
Protein = 7g + 7g = 14g
Lemak = 5g + 1.7g = 6.7g
Resepi penuh boleh lihat di sini.

3. Alternatif lain – mix and match
Mungkin ada juga yang jemu untuk makan nasi hari-hari, atau makan gaya ‘orang putih’ hari-hari. Maka dengan itu, anda boleh pelbagaikan sumber hidangan anda dengan makanan-makanan yang lain. Sebagai contoh, menggabungkan kuih (karbohidrat) dengan sumber protein, atau menggabungkan buah-buahan (karbohidrat) dengan sumber protein, seperti berikut:
Satu camca sos bersama sebiji popiah basah selaku sumber karbohidrat (30g), dan seketul dada ayam goreng tanpa kulit selaku sumber protein (saiz sedikit kecil = 15g). Sumber lemak yang berada pada dada ayam dan popiah basah ini dianggarkan di bawah 10g.
Sekeping biskut, sos, oren dan epal selaku sumber karbohidrat (27g) dan seketul dada atam goreng tanpa kulit selaku sumber protein (15g). Sumber lemak yang terdapat pada dada ayam dan biskut ini dianggarkan di bawah 10g.
Semoga entri kali ini bermanfaat buat anda semua yang tercari-cari maksud sebenar ‘pemakanan seimbang’. Siapa kata mendapatkan pemakanan yang seimbang itu susah? Mendapatkan makanan seimbang tidak mempunyai jawapan yang mutlak seperti “makan sayur dan salad” atau “minumlah meal replacement ini 3 kali sehari dan anda akan kurus”. Makanan-makanan di luar sana ibarat puzzle, kitalah yang akan memilih, mix and match, supaya ia dapat diselesaikan.
Dan peringatan buat mereka yang ingin mempromosikan budaya pemakanan yang seimbang, terutamanya pihak kerajaan, janganlah terlalu propa dengan PIRAMID MAKANAN dalam mendidik masyarakat untuk makan secara sihat. Seperti yang SS pernah bincangkan sebelum ini, gambarajah ‘makam firaun’ tu banyak kelemahannya.

Sumber petikan daripada : http://sususejat.com/ini-barulah-makanan-seimbang/