Tuesday, March 6, 2012

7 Kepentingan Air Terhadap Kesihatan Tubuh Badan


Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.
Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan  mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

Sumber petikan daripada : http://psipum.org/7-kepentingan-air-terhadap-kesihatan-tubuh-badan/

Monday, March 5, 2012

Bahaya Makanan Segera




  1. Makanan segera sangat tinggi kalori (burger, air bergas dan kentang goreng) dan boleh menyebabkan obesiti
  2. Tinggi sodium iaitu kandungan garam yang melebihi keperluan tubuh. Apabila buah pinggang gagal memproses sodium, ia akan terkumpul di dalam darah dan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
  3. Tinggi lemak trans (trans fat) yang boleh menyebabkan kolestrol dan munculnya penyakit-penyakit seperti sakit jantung, strok dan diabetes
  4. Makanan segera kurang kandungan sayur dan buah dan boleh mengakibatkan kekurangan nutrien. Ini boleh menyebabkan keletihan dan rendah imunisasi, oleh itu kanak-kanak yang suka makan makanan segera akan mudah diserang batuk dan selsema. Minum kola juga tidak elok untuk wanita kerana boleh merendahkan penyerapan kalsium
  5. Makanan segera juga kurang fiber dan mengakibatkan sistem percernaan tidak teratur
  6. Percaya atau tidak, makanan segera boleh mengakibatkan ketagihan? Makanan tinggi kandungan lemak boleh mengganggu biokimia dalam otak menyebabkan kita selalu teringat-ingat (craving) makanan tersebut. Jika kamu sukar melupakan terus makanan segera, mungkin boleh kurangkannya hanya sekali dalam sebulan. Elakkan makanan segera yang bergoreng (choose grilled chicken rather than fried chicken). Jangan minum air bergas dan elakkan kentang goreng.

Senarai makanan menyihatkan



  1. keledek (sweet potato), mengandungi karotene, vitamin C, potasium & fiber
  2. buah mangga, mengandungi vitamin C, vitamin A, potasium & fiber
  3. yoghurt, mengandungi protein, kalsium, zink, potasium & vitamin B
  4. brokoli, mengandungi vitamin C, karotene dan folic acid
  5. ikan salmon, mengandungi kebaikan omega-3 (baik untuk jantung)
  6. roti gandum penuh (wholemeal bread), ia mengandungi kebaikan fiber & bebas lemak
  7. kacang kuda, mengandungi potasium, protein, fiber, zat besi, magnesium, zinc
  8. tembikai, mengandungi vitamin A, C & potasium
  9. labu (pumpkin), mengandungi vitamin A, C & fiber
  10. sayuran hijau spt bayam & sawi (mengandungi vitamin A, C, K, folate, potasium, magnesium, kalsium, lutein & fiber)


sweet potatoes

labu

brokoli

Saturday, March 3, 2012

Optimumkan Pembuangan Lemak Badan dengan Kitaran Karbohidrat












Antara cara untuk mengoptimumkan pembuangan lemak adalah dengan menggunakan diet karbohidrat secara kitaran. Carb Cycle atau Kitaran Karbohidrat merupakan diet yang melibatkan diet yang rendah kandungan karbohidrat dan juga diet yang tinggi karbohidrat. Biasanya teknik diet ini digunakan untuk individu yang ingin membina otot dan pada masa yang sama membakar lemak. Diet rendah karbohidrat akan diselang-selikan dengan diet tinggi karbohidrat mengikut hari.
Sebagai contoh, sekiranya hari ini anda mengamalkan diet rendah karbohidrat pada keesokan harinya pula anda akan mengamalkan diet tinggi karbohidrat.
Mengapa menggunakan kitaran karbohidrat?

Tujuannya, adalah anda menggunakan sumber karbohidrat berdasarkan aktiviti harian anda untuk mengoptimumkan pembuangan lemak badan. Apabila kita memakan makanan yang tinggi karbohidrat setiap hari, kandungan gula dalam darah akan semakin meningkat. Gula diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Tetapi sekiranya tidak banyak aktiviti yang anda lakukan pada hari tersebut, maka gula yang digunakan akan disimpan sebagai lemak.
Sebab itu, kita ingin mengoptimumkan penggunaan gula di dalam badan supaya ia digunakan sebagai tenaga dan bukan disimpan sebagai lemak.
Satu perkara yang paling penting di dalam diet ini adalah menentukan dengan betul jumlah makronutrien yang anda makan (protein, karbohidrat dan lemak). Dengan memanipulasikan jenis kumpulan makanan ini dan juga berdisiplin dengan diet yang ketat akan mendekatkan anda dengan matlamat yang ingin dicapai.
Protein: Protein adalah sumber yang paling utama untuk membina otot. Pengambilan protein adalah sesuatu yang wajib. Ambil protein sebanyak 1 gram hingga 1.5 gram untuk setiap pound berat badan (Iaitu bersamaan dengan 132 g hingga 200 gram untuk individu yang mempunyai berat 60 kg.

Karbohidrat: Seperti yang telah dinyatakan tadi, karbohidrat sangat penting sebagai pembekal tenaga kepada tubuh badan. Dan kita akan manipulasikan jumlah karbohidrat untuk diet ini. Sebolehnya dapatkan karbohidrat kompleks dan juga serat. Sumber termasuklah, nasi putih, nasi perang, kentang, roti wholemeal, dan juga buah-buahan.

Lemak: Jangan lupakan lemak sihat. Terdapat jenis lemak yang penting untuk memastikan hormon tubuh badan menjadi stabil seperti hormon testosteron, di mana hormon ini membantu pembakaran lemak dan juga membekalkan tenaga. Lemak sihat juga akan digunakan untuk menggantikan karbohidrat pada hari tertentu untuk memastikan paras gula di dalam darah stabil dan juga menstabilkan selera makan. Sumber yang baik adalah seperti buah avokado, badam, minyak zaitun, natural peanut butter, dan juga kuning telur.
Baiklah mari kita lihat bagaimana kita boleh mengimplemantasikan makronutrien ini dan manipulasikannya untuk membina otot yang lebih kuat pada masa yang sama membuang lemak yang tersimpan sekian lama. Kadar pengambilan protein adalah kekal sepanjang plan ini. Anda memerlukannya untuk membaiki tisu dan juga menjadikan otot lebih besar. 1 gram untuk setiap pound berat badan dan kemudian nilai semula selepas 4 minggu sama ada anda perlu tambah sedikit lagi atau tidak.
Baiklah, untuk karbohidrat pula, kita akan manipulasikan supaya tubuh badan akan menggunakan lemak sebagai tenaga. Anda akan mempunyai hari tinggi, sederhana dan juga rendah karbohidrat. Sebagai contoh:
·    Isnin: Tinggi karbohidrat
·    Selasa: Sederhana karbohidrat
·    Rabu: Rendah karbohidrat.

Untuk hari rendah karbohidrat, badan anda akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan untuk memastikan otot juga kekal, kadar protein juga perlulah cukup tinggi pengambilannya.
Pengambilan karbohidrat bergantung kepada kadar workout anda. Sekiranya anda melakukan senaman berat pada hari tersebut, sebagai contoh hari isnin anda perlulah mengambil makanan tinggi karbohidrat. Di bawah adalah sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman.
·  Isnin:   Rendah Karbohidrat ;       Senaman Berat
·  Selasa: Sederhana Karbohidrat ; Kurang Berat
·  Rabu:   Rendah Karbohidrat ;       Senaman Ringan atau Rehat.

Pengambilan karbohidrat adalah lebih kurang 0.5 gram untuk setiap pound berat badan (rendah karbohidrat), 1.5 gram setiap pound berat badan (sederhana karbohidrat) dan 2.25 gram setiap pound berat badan untuk (tinggi karbohidrat).
Pengambilan lemak pula adalah sekitar, 0.25 gram setiap pound berat badan atau 20-30% daripada nilai kalori. Tetapi untuk hari rendah karbohidrat, anda dinasihatkan untuk meningkatkan sedikit pengambilan lemak sihat. Ia untuk memastikan paras hormon adalah stabil dan memberikan anda cukup tenaga untuk membuat senaman. Anda boleh tingkatkan pengambilan lemak anda sebanyak 50% daripada pengambilan biasa. Anda mesti ingat, 1 gram lemak adalah 2 kali ganda nilai kalori daripada karbohidrat.
Contoh Hari Rendah Karbohidrat
Hidangan 1

·  3 telur dan 4 putih telur
·  Separtuh cawan oatmeal
·  Cengkih sebagai perasa
·  Satu sudu besar mentega kacang asli

Hidangan 2

·  2 sudu serbuk protein whey dicampurkandalam air atau 1 cawan yogurt Yunani
·  1 1/2 auns badam

Hidangan 3

·  6-8 auns daging merah, ikan, atau daging ayam.
·  salad hijau dengan 3 sudu besar minyak zaitun keatasnya

Hidangan 4: Sebelum Workout

·  1/2 buah epal atau buah pisang
·  1 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.

Hidangan 5: Selepas Workout

·  2 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.
·  12 auns air Gatorade

Hidangan 6

·  6-8 auns daging, ikan atau ayam
·  brokoli, kacang hijau atau salad hijau dengan 1/4 buah avokado
·  1 cawan nasi


Contoh Hari Sederhana Karbohidrat
Hidangan 1

·  3 telur dan 4 putih telur
·  Separtuh cawan oatmeal
·  Cengkih sebagai perasa
·  Satu sudu besar mentega kacang asli

Hidangan 2

·  2 sudu serbuk protein whey dicampurkandalam air atau 1 cawan yogurt Yunani
·  1 1/2 auns badam
·  1 biji buah epal

Hidangan 3

·  6-8 auns ayam dan 2 keping roti wholemeal dan 1 sudu mayonis
·  salad hijau dengan 3 sudu besar minyak zaitun keatasnya

Hidangan 4: Sebelum Workout

·  1 biji buah pisang
·  1 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.

Hidangan 5: Selepas Workout

·  2 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.
·  12 auns air Gatorade

Hidangan 6

·  6-8 auns daging, ikan atau ayam
·  brokoli, kacang hijau atau salad hijau dengan 1/4 buah avokado
·  1 cawan nasi

Contoh Hari Tinggi Karbohidrat
Hidangan 1

·  3 telur dan 4 putih telur
·  Separtuh cawan oatmeal
·  Cengkih sebagai perasa
·  1/2 sudu besar mentega kacang asli




Hidangan 2

·  2 sudu serbuk protein whey dicampurkandalam air atau 1 cawan yogurt Yunani
·  1 auns badam
·  1 biji epal

Hidangan 3

·  6-8 auns daging merah, ikan, atau daging ayam.
·  salad hijau dengan 3 sudu besar minyak zaitun keatasnya
·  1 1/2 cawan nasi putih.

Hidangan 4: Sebelum Workout

·  1 biji buah pisang
·  1 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.

Hidangan 5: Selepas Workout

·  2 scoop serbuk protein whey dicampurkan dengan air.
·  12 auns air Gatorade

Hidangan 6

·  6-8 auns daging, ikan atau ayam
·  brokoli, kacang hijau atau salad hijau dengan 1/4 buah avokado
·  1 cawan nasi putih

Sumber petikan daripada : http://psipum.org/optimumkan-pembuangan-lemak-badan-dengan-kitaran-karbohidrat/

Friday, March 2, 2012

Menu Sihat - Makanan Serat Tinggi


Makanan Serat Tinggi


  • Salah satu cara untuk melawan penyakit kanser, pesakit haruslah mengambil makanan yang berserat tinggi seperti oat dan kekacang ( sumber'beans' bukan 'nuts' )
  • Ada dua kategori makanan berserat tinggi yang memberikan kesan yang berbeza pada tubuh kita. Pertama adalah serat larut dan yang kedua serat tidak larut.
  • Serat larut seperti kacang kering, kacang peas, oat dan biji rami. Ia juga terdapat pada jeruk epal dan lobak merah. Serat larut ini membantu mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan, selain itu dia menurunkan LDL (Low Density Lipoprotien) atau dikenali sebagai “kolesterol buruk” dan membantu mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan.
  • Untuk serat tidak larut, kita boleh menemuinya dalam roti gandum,bunga kobis, kacang hijau, pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar. Ini adalah baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan mengimbangi keasidan dalam badan.
  • Kami mengesyorkan pengambilan serat dalam jumlah 30-40gram sehari.
------------------------------------------------------

Hubungi 016-7337380 untuk info produk B17 untuk cegah dan rawat kanser

Menu Sihat -Teh Hijau


Teh Hijau

Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat. Teh hijau amat meluas diamalkan di negara Jepun dan China sejak berkurun lamanya.

Para saintis telah menemukan komponen yang sangat aktif dalam pemulihan dalaman, menurut hasil kajian yang telah dijalan di pelbagai universiti. Kandungan teh hijau yang kaya dengan bahan anti-oksida semulajadi juga menjadi sumber untuk pencegahan kanser semulajadi.

Terbukti bahawa bahan kimia semulajadi terkandung dalam teh hijau mempunyai komponen molekul yang memainkan peranan dalam membantutkan pertumbuhan sel kanser. Molekul tersebut yang dikenali sebagai aryl hydrocarbon (AH) receptor berupaya unutk aktifkan gen. Maka secara semulajadi akan melawan pertumbuhan kanser, apabila diamalkan selalu.

Namun, sekiranya merokok, kehadiran toksid dalam asap tembakau buatan juga dioksin, akan mengganggu fungis teh hijau untuk melawan sel kanser. Sebaliknya, akan memudaratkan sel-sel lain..semuanya kerana asap rokok yang beracun.

Kesimpulannya, semua orang seharusnya mengamalkan aktiviti sihat dan berhenti aktiviti yang tidak menguntungkan seperti merokok kerana semua usaha untuk sihat hanya akan sia-sia apabila kita dengan sengajanya menambah toksin dalam badan...dengan merokok.


===============================
Untuk Info Produk Anti Kanser sila hubungi kami 016-7337380


sumber petikan dari : http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3125469.stm

Ketahui Berat Badan vs Kanser


Menilai Berat Anda


Sebaik sahaja anda mempunyai OK daripada doktor anda untuk mengurangkan berat badan, bercakap dengan mereka untuk memikirkan berat badan yang baik untuk umur, ketinggian, jenis badan, dan tahap aktiviti.
Kebanyakan pakar menggunakan salah satu daripada tiga ukuran untuk menilai sama ada berat badan individu dalam pelbagai sihat: imbasan DEXA, indeks jisim badan, dan lilitan pinggang.
Imbasan DEXA (tenaga dwi absortiometry x-ray), yang biasanya digunakan untuk menguji osteoporosis, adalah cara terbaik untuk menilai jisim otot badan anda lemak dan tanpa lemak. Banyak pusat pengimejan payudara menyediakan perkhidmatan ini pada kos yang berpatutan. Doktor anda boleh memerintahkan supaya ujian ini untuk menilai tahap kesihatan tulang anda - dan komposisi badan anda boleh disemak pada masa yang sama.
Indeks jisim badan (BMI) adalah petunjuk yang boleh dipercayai daripada jumlah lemak badan bagi kedua-dua lelaki dan wanita.Tetapi ia tidak mempunyai beberapa had:
  • Ia mungkin harga yg terlalu tinggi lemak badan atlit dan lain-lain yang telah membina otot.
  • Ia boleh memandang rendah lemak badan orang-orang yang lebih tua dan lain-lain yang telah kehilangan jisim otot.

Berikut adalah apa yang skor BMI anda bermakna:
KategoriBMI
Kekurangan berat badanDi bawah 18,5
Biasa18,5-24,9
Berlebihan berat badan25,0-29,9
Obes30 dan ke atas
Jika anda sedang atas atau di bawah paras yang "normal" untuk BMI dan ingin kehilangan atau mendapat berat badan ideal, anda perlu kekuatan diri untuk berbuat demikian. Disiplin untuk mengira kalori harian bagi mendapat kebaikan kesihatan yang optimum.
Lilitan pinggang diukur dengan meletakkan pita pengukur dengan selesa di keliling pinggang anda. Ukuran ini adalah petunjuk yang baik lemak di bahagian abdomen anda. Wanita hendaklah bertujuan untuk pinggang yang lebih kecil daripada 35 inci. Lelaki harus mempunyai pinggang yang lebih kecil daripada 40 inci.