Tuesday, February 28, 2012

Tahukah Anda Tangisan Adalah Satu Terapi Perubatan?






MENANGIS PELAJARAN TERPENTING DALAM ISLAM

Menangis merupakan salah satu pelajaran terpenting dalam Islam. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.
Para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka.
Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang mengalirkan air mata. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang harta, ada yang terluka, ada yang kehilangan nyawa, ada yang terharu dan sebagainya. Namun, telah diriwayatkan dalam hadis: ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”
MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN

1.  Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan.
Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.
2.  Meningkatkan kadar degupan jantung.
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.
3.  Menghalang penyakit.
Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.
4.  Membebaskan racun dari badan.
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”
Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.
5.  Air mata mengandungi 25% protein.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.
PENUTUP

Itulah sedikit sebanyak fungsi menangis. Ia bukan sahaja satu proses yang berlaku secara semulajadi, malahan juga bertindak sebagai terapi perubatan.
Telah bersabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Permakanan Tidak Berkhasiat Yang selalu Kita Ambil



Pernah tak kita terfikir makanan yang selama ni kita makan, ada keburukannya, tambah tambah lagi seorang pelajar. Yang duduk di asrama memang tak ada kesempatan nak masak  harap kan makanan dekat kafe atau dewan selera je. Kalau duit pinjaman atau duit belanja yang mak ayah bagi  tak mencukupi terpaksa ikat perut. Jalan terbaik untuk berjimat ialah makanan segera yang memang mudah di masak dan yang paling penting murah.
Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Sardin


Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah  ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis  kanser  benign  yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab  kanser  ). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau  kanser  sama ada benign atau malignan.
  
Minuman 3 in 1


Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 %  kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer

 Panadol

.

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti, biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/03/pemakanan-tidak-berkhasiat-yang-selalu-kita-ambil/